Friday, April 6, 2012

Nasi Lemak.

السلام عليكم 




Pagi Khamis. Ahhh, aku suka waktu pagi.  Sejuk, udara nyaman, fikiran damai dengan nikmat sebegini rupa. Tambah pula, semakin meninggi bulat matahari yang samar - samar cahayanya menyentuh lantai Bumi dek kabus pagi, keluar dari celah Banjaran Titiwangsa, menambahkan lagi perasaan blue morning, blue day. Aku ? Sudah tentu lagi suka hati, sebab cuti + baru habis test + dan ada di kampung halaman terchenta, Ipoh :D Jadi, aku adalah golongan memerhati pada pagi ini. Melihatkan ragam anak - anak kecil dengan muka mamai baru bangun tidur, keadaan lalu lintas yang sesak, ada terserempak dengan pelajar yang berjalan jauh demi mencari ilmu di sekolah berdekatan, sekumpulan makcik makcik separuh abad gaya berpeluh satu badan. Baru balik dari sesi Tai Chi mungkin ? Aku suka memerhati dari suatu sudut diam, dalam pemerhatian itu, cuba aku mencari perkara yang baik untuk dijadikan ikutan dan perkara yang buruk untuk dijadikan sempadan.


Adik nak berapa ?


Laju tangan makcik 'exercise' pagi ini. Diambil nasi dari tong besar berwarna merah, disenduk satu penuh, lalu diletakkan di atas plastik putih jernih. Seterusnya ditambah sedikit sambal ikan bilis, telur rebus yang sedia dikopek, dan ditabur kacang disudut sambal tadi. 'Bahan penghias' terakhir, 2 keping timun jadi topping. Wal lah, sedia dibungkus dan dibawa balik !  

Lambat aku membalas, aku biarkan semua pelanggan terdahulu pulang dengan makanan mereka, barulah aku masuk line. Lagipun, nasi lemak dengan aku tak kena langsung. Aku hantu roti, jadi roti canai menjadi keutamaan kalau pulang ke Ipoh. Kalau tidak, sandwich la teman, hewhewhew B) Jadi, nasi lemak ini dibeli khas untuk adik aku di rumah ~


*    *    * 

Satu yea ?


Aku angguk membisu, leka akan ketangkasan makcik itu menyediakan sebungkus nasi lemak - untuk aku. Kenapa aku alah nasi lemak yea ? Sebab sambal ? Telur rebus ? Timun ? Atau kacang ? Eh. . kacang. Teringat malam semalam, sejak dari R&R Rawang, Aizat Farhan teringin bebenar nak makan di Restauran Nasi Lemak Ayam Kampung bila sampai Ipoh nanti. Puas aku berfikir, kat mana restauran nih ? Dah dalam 7 tahun aku menetap di Ipoh, tak pernah terlintas nama restauran itu dalam kotak fikiran aku.

Google sekejap. . .




Lihat rupa restauran. . . Lah ! Restauran ini rupanya ! Selalu lalu lalang sini, tak pernah baca pun nama resatauran tu -,- Dengar cerita, selain Nasi Ganja, Ipoh pun terkenal dengan makanan ini. Ajak mak makan sana sekali, dah alang - alang Aizat nak ke sana, baik makan berjemaah kan ? The more the merrier ! :D 




Hah, inilah Nasi Lemak Ayam Kampung kegilaan Aizat. Gaya dia bercerita pasal nasi lemak ni, perghh. . aku pun terliur dibuatnya. Tapi sayang, aku tak layan nasi lemak, huhuhu. Kebetulan. . adik aku pun pilih hidangan yang sama. Ralatnya, waktu dia menolak pinggangnya ke tengah ( tanda dah habis makan ), aku perasan sesuatu. Sedikit pun kacang tak disentuh. Ya Allah, ruginya. Tambah pula, kacang elok untuk otak ?


Eh mak cik ! Tunggu kejap !


Riak muka makcik berubah. Dari gaya tekun bekerja, jadi kehairanan. Tanpa mempedulikan perubahan itu, jari telunjuk kanan aku terus mendapatkan nasi lemak di hadapan makcik itu. Nasi lemak itu masih bogel, belum dibajukan kuah sambal, atau ditambah perhiasan kacang dan timun. Lalu dengan jari kutadi, aku buat lubang di tengah - tengah kepulan nasi lemak itu. Riak muka makcik itu menjadi lebih pelik, hampir ketawa aku melihatkannya. Ringkas aku memberikan alasan kepada makcik itu. . .


" Adik saya tak makan kacang, tapi saya nak dia makan kacang tuuu. Mintak tolong makcik letakkan kacang ke tengah tu ( sambil jari menunding ke lubang yang aku buat ) dan letakkan sambal di tempat yang sama. "

Kusorok kembali jari telunjukku. Panas lagi nasi ini rupanya. Aku biar taburan kacang itu tadi camouflage dalam nasi, dengan disaluti sambal ikan bilis.
  
" Tapi. . ish, nanti dia jumpa juga kacang tu. 
Dia tak makan juga nanti. "


. . .  kembali tekun melakukan kerjanya. 


Sambil tersenyum, aku membalas. . .

" Kita ikhtior ( gaya pelat Perak ) makcik, kita ikhtior. " 
  
Makcik itu pun turut tersenyum sama. Iya, kita usaha dahulu.





Mudah, ringkas namun ayat pendek ini sebenarnya konsep baharu yang cuba aku terapkan dalam diri. Dan jikalau cari perkataan "kerjakan", beratus - ratus hint keluar dari pelbagai surah. Dari surah Al-Imran ada, surah Al-Waqiaah pun ada. Ayat ini sesuai akan apa tindakan  kita dalam menghadapi masalah kolompok masyarakat kini, mahupun kehidupan kita sendiri. Sebagai contoh, masalah clinche para jemaah di rata - rata masjid / surau, tak mahu merapatkan kaki dengan kaki, bahu dengan bahu. Sedangkan dalam hadis ada menyebut pasal kepentingan merapatkan saf :


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ



Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. 
(Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. 
Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)  



Malah, ada kajian sains dari sainstis barat membuktikan kebaikan merapatkan saf ketika berjemaah. ( sila baca link ini : merapatkan saf sholat ) Dan apa yang sepatutnya, seperti gambarajah dibawah :




Timbul persoalan, kalau jemaah sebelah "melarikan diri bagaimana" ? Perlulah rujuk kepada kesan utama tindakan tersebut, iaitu mahukah kita membiarkan saf itu terputus atau tidak ? Kita diberi dua pilihan, dan sudah pasti pilihan ini cuma salah satu daripadanya. Dan di sinilah kita mengaplikasikan konsep itu tadi," Allah tak tanya keputusan kita, Allah tanya APA tindakan kita". Again, Allah tanya APA tindakan kita. Usaha perlu dititikberatkan walau sekecil mana sekalipun. Lalu kita sendiri yang perlu merapatkan saf tadi, rapatkan kembali dengan bersentuhan kaki dan bahu sesama jemaah. Biarlah pakcik sebelah main sentuh kaki atau tidak, namun apa yang jelas, jika tanpa usaha sudah pasti saf jemaah akan putus. Biar tebal muka, biar orang keliling rasa janggal asalkan kita tahu itu yang sebaiknya, itu yang akan mendapat redha Allah. " Do things that please Allah, not humans "


Ingatlah, Allah ada berfirman :





Jadi, aku lihat pada usaha aku, sama ada membiarkan adik aku tak makan langsung kacang tersebut, atau berusaha walaupun mungkin cuma sedikit sahaja yang dimakannya. Apa yang penting, usaha dari diri kita sendiri :) 


P/s:  Gambar jenjalan dengan adik semalam, di Aeon Jaya Jusco Station 18 :D




Suka berpurdah sekarang, alhamdulillah ~




Aaaaa.... nomnomnom~~~




Hi, saya D-SIM. Itu reaksi muka saya bila terhindang rezeki Allah XD


'

Must.Not.Resist.CheeseCake





Yey ! Abah kasi beli kasut semalam. Thank youuuuu !!! :DD




Best Aeon JJ Station 18, sebab bau bangunan baru :P Cuma tak syok bila time makan tu. Masuk premis, ada pekerja ambil gambar aku dah adik aku. Bila duduk, dia ambil gambar lagi. Bila aku baca menu pun dia ambil gambar. Eh, kitaorang ni pelanggan pertama premis diorang ke ? -.- 

6 comments:

  1. Wow.Saya selalu nampak post D-sim dalam dashboard saya. Tapi saya hanya pandang sekali imbas dan scroll lagi *tak bersalah* Tapi entah kenapa post kali ini aku teringin benar nak baca.

    Terima kasih untuk post yang menarik dan ketekunan D-sim dalam menyampaikan ilmu. muhehe. Keep on posting :) Assalam

    ReplyDelete
  2. Lain pulak dgn saya. Bukak dashboard mmg cari blog d-sim =)

    ReplyDelete
  3. @zahirah : merci :)

    @liza : iye iye ooo jea, haha

    ReplyDelete
  4. iye iye lah. x nak caye sudah. tapi part badminton tu skip. haha. panjang sgt. kui3.

    ReplyDelete
  5. Satu perkongsian yang menarik. Dan membuatkan diri ini tersenyum sebenarnya melihatkan semangat saudara. Memberi semangat juga, untuk teruskan perjuangan di medan dakwah ini.

    Jujur.

    Moga, Allah redha. Mudah-mudahan..

    ReplyDelete