Friday, April 27, 2012

Oh waktu, putar perlahan sedikit boleh ?

Assalamualaikum.

Kesat - kesat mata, mengantuk. Lihat jam, 1 pagi. Lewatnya aku tidur hari ini. Biasanya jam 12 tengah malam dah tengah sedap bermimpi bawa Ferrari Italia 430 balik Ipoh. Kalau tidak pun, mimpikan orang. Pelik akhir - akhir ini, muka - muka yang jarang jumpa di dunia realiti pun boleh melayang masuk jadi watak heroin mimpi aku. Dalam ingatan, samar - samar mukanya kelihatan. Bila masuk mimpi, fuh muka full HD gua cakap. Jelas gitu. Kata orang, bila kita mimpikan seseorang, itu tandanya orang itulah yang selalu memikirkan kita. Iyeke ? Kalau camtu. . . Ohhhmayyyyygooddd, ramainya yang selalu memikirkan aku ! Haha Crap talk. Tidak mengapalah, janji topik last EMB untuk dicover dah pun selesai tadi, hehehehe

Alhamdulillah !

1 pagi. Eh, jam. Baru aku perasan, lebih 24-jam mesin mekanikal pemberitahu masa ini melekat di tangan kiriku. Masuk keluar bilik air pun masih setia bersamaku. Busy sangat ke hidup aku ni sampai benda kecil ini pun nak di bawa ke merata - rata tempat ? Kalau diputar kembali ingatanku, rasanya dah dalam 2 bulan aku begini. Tidur lihat jam, bangun tidur lihat jam. Haih, benar busy lah kowt aku ini. Final dah dekat, jaraknya cuma tinggal 2 minggu. 2 minggu untuk study segalaaaaaanya. Kalau dulu sebelum mula melakukan aktiviti lompat - peluk bantal - lelap, pastikan atas katil clear dari segala benda. Sekarang beg pun dah tak jauh dari katil. Tidur kadang - kadang beralaskan buku atau nota. Tidur atas laptop pun pernah ! T.T Laptop Raziqin pun tidak terkecuali, hahaha ( Technician komputer tidak bertauliah yeaa ?? ) Sekarang dah masuk waktu study hard. Pulun pulun pulun dan pulun. Itu jea yang aku tahu. Dah tiada masa nak bersenang senang macam dulu. Tiada lagi One Piece, tiada lagi download game bagai nak rak, movie - wayang pun dah lama taubat. Blogwalking, err. . selected post sahaja. Maaf kalau tak sempat nak baca semua entry kalian. Banyak sangat blog yang aku follow D; 

Bagiku, biarlah masa terisi, walau kadang - kadang aku gagah juga kaki melangkah ke library biarpun mata dah sepet tahan mengantuk. Tidur pun dah 5-6 jam sehari. 4 jam malam, 1-2 sebelum zuhur. Aku ada pegangan, pegangan yang at least, aku tak rasa beban yang kurasa dalam mengisi masa ;


Biar tidak sempat melakukan maksiat 
kerana sibuk melakukan beribadat


Study pun beribadat juga kan ? Tapi jangan sampai study itu mendahului seruan azan sudahlaa :) 


Owh, ini ilmu baharuku yang ingin sekali aku kongsikan:






"Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku 

ialah para pemimpin yang sesat." 

 Riwayat Abu Daud dan al -Tarmizi

Keterangan : Pemimpin yang sesat ialah pemimpin yang menyeru ke arah melakukan bidaah, kefasikan dan maksiat

Tuhfah al-Ahwzi 

  •  Nak tahu lebih lanjut : Sila baca buku 300 Hadis Bimbingan 


Diriwayatkan daripada Atha' r.a., beliau berkata bahawa tidaklah seseorang hamba mengatakan "Ya Rabb" sebanyak tiga kali, melainkan Allah akan mendengar permintaannya. Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa, wajar atau tidak diseru dengan nama "Sayyid", jawab beliau, "Katalah:'Ya Rabb'. kerana itulah panggilan para nabi a.s. kepada Allah dalam munajat mereka. "



  • Nak tahu lebih lanjut : Sila baca buku  101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran Khasiat & Kaifiat Beramal.


Dan baruku tahu juga, solat seorang wanita itu lebih baik di tepi katil tidurnya daripada masjid ? O.o




P/s : I just remember that my watch is turning to 3 years old. Erm, more or less that number. ( LINK : B.U.M ) My policy, " Once I buy a thing, make it last for at least 5 years ". And since the watch is reaching its lowest limit, I guess I can aim for a new one. Please take a look at this beautiful lady :
  


Do you believe in love at first-sight ?




Well, I do B) 

4 comments:

  1. nak tagheuer je , org kayo notts. boleh lah. hahaha

    ReplyDelete
  2. Hohoho.
    Tak sabar aku nak tgk D3100 sambut birthday 5 tahun,
    T sedekah kat aku je la, kira halal je senang,

    ReplyDelete
  3. POB : wokeh

    Anon : Amin. Doa tu

    @Apek : pejam celik pejam celik kamera aku dah nak merangkak masuk tahun kedua. bukan macam kamera kau, baru sebulan dua tuko baru, muehehe :P

    ReplyDelete