Sunday, May 13, 2012

Di Pondok Kecil

Assalamualaikum.

Mood : Mengantuk !
Muzik : Alexgrant.com ( Rindu nak main piano weh ! )


Adeh. . mengantuk !


Ingat mengantuk nie kesan mengantuk semalam laa. Semalam lepas isya'a dah mengantuk, tapi tahan jugak mata dengan mulut yakin berkata :

" Layan Prison Break satu episod jea, alang - alang dah lepas exam Calculus II petang tadi. 
Kira nak release tension lah D-SIM "

Tapi hampeh, dari lepas isya' sampai jam 3 pagi aku layan Prison Break ! Wuuuu~  T.T Dah tidur lambat, meme berat nanang lah bangun subuh, jemaah Subuh terus fail pagi tadi -.-' Dan buat sekian kalinya, aku tidur balik lepas Subuh. Mau tak kepala pentoi pergi exam Islamic Studies tengah hari tadi ? Dah la datang lambat, kena duduk depan pula tuuu. Kata ustazah :

 " Seat belakang dah penuh, awak duduk lah kat sini. . "

. . . seraya jari telunjuknnya menunjukkan satu tempat duduk di tepi perempuan. Aku ulang, TEPI PEREMPUAN. Tepinya tiada jarak kowt, kau toleh kepala sikit jea dah boleh zoom jerawat dalam lobang hidung dia weehhh. Segan -segan aku duduk tadi. Padan muka  kau D-SIM, siapa suruh datang lewat 20 minit ? -.-'''


2 subjects down, 5 to go !

Memang sekarang jam sudah melewati 11 malam, tapi aku dah janji kat diri, kena siapkan tutorial 5 Algebra malam ini jugak, baru nak berblogging atau baca buku lain sebelum tidur. Nasib aku buat teh'O panas kasi pekat biar high caffeine, kurang sedikit mengantuk. Haih, ingat lepas zuhur tadi boleh study habis bab 5, cuma sempat study nota sahaja dek Meshah, Apek dan Paep datang jemput aku kat Notts. Kita orang pi meronggeng keluar sat, hehe. Kira meronggeng tak ingat dunia sampai boleh eksiden tadi ! Hahaha, sumpah lawak. Buat malu jea dengan Lukman, Den pondang dan Rayyan - diorang saksi kejadian ! -..-


Lain kali bawa tu baca doa dahulu, 
hati hati masa di atas jalanraya. 
Kang silap silap kereta ini pulak kita naik~ 


Jadi, sedang buat tutorial, tiba -  tiba teringat kat lirik lagu ini :

~~ wahai abang ku kemana ayah 
ku sayang ayah ku cinta ayah ~~

Google sekejap, jumpa - Di Pondok Kecil nyanyian Aeman & Bazlin UNIC


Lagu ini dengar rasa sedih kowt. Lagi bertambah perasa sedih tu bila baca top komentarrr salah satu video liriknya :


Cuba kalau orang yang cerita kisah ini akan menceritakan 
kisah yang sama dari kehidupan kita ? Rasa sedih tak ?

Macam mana aku kenal lagu ini ? Adalah dalam 2 - 3 bulan lepas, dalam waktu petang aku keluar bilik, cari kerusi panjang sikit, stretch sikit dengan mengeliat, then Boom ! Aku kasi hard landing atas sofa, hehe Kepala disorongkan bantal kecil comel, tangan mula membelek majalah Solusi. Mak beri baca, kalau tak silap, itulah kali pertama aku baca majalah tersebut, tapi terus jatuh cinta ! Cewahhh ! Kedengaran bunyi sudip besi berlaga dengan kuali tembaga dari dapur. Mak masak buat berbuka kowt. Dalam masa yang sama, ada ceramah dipasang kuat dari corong radio, juga datangnya dari dapur. Mak aku peminat setia ceramah di Perak FM, setiap hari pukul 6.30 petang. Kalau dengar bunyi radio pasang kuat, ketahuilah akan 4 perkara :


1. Mak aku di dapur
2. Siaran Perak FM diutarakan
3. Waktu sudah hampir menjenguk 6.30 petang
4. Ada ceramah bakal menyusul !


Haha, penjelasan detail di situ. Senang nak tahu mak di mana, senang nak tahu jam agak - agak pukul berapa. Dan aku masih ingat lagi, ceramah petang itu disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias. Pernah sekali jea aku dengar ceramah dia 'directly' di masjid negeri. Ceramah di masjid negeri ni ada setiap hari Ahad, jam 9 - 11 pagi. Mak pak aku rajin gila pergi, walhal pintu hati aku buka tutup jea nak pergi, haha. Hebat parent aku dalam jaga hal - hal sebegini. Semoga istiqamah lah yea :) Banyak perkara yang ustaz ulas. Pasal malaikat, pasal sabar, pasal peperangan, pasal Rasulullah berdiri atas kubur orang berpangkat kafir yang kalah dalam peperangan menanyakan soalan pasal sesalan selepas mati, dan tiba - tiba masuk bab bapa. Entah macam mana dia blend cerita jadi menarik, sampai telinga jadi lagi fokus mendengarkan ceramahnya sehingga apa yang dihadap mata kurang masuk dalam fikiran. " Power juga ustaz ini tarik audience ", iyelah, dari main topik sampai ke sini tanpa terasa perasaan 'dah jauh sangat melencong nih'. Hebat, hebat. Dalam ustaz bercerita pasal pengorbanan seorang insan bergelar bapa, hati dan ingatanku dah tak ingat orang lain kecuali. . abah. Ustaz menjelaskan kesilapan seorang anak kepada bapanya, mengetengahkan kepentingan menjaga hati bapa, dan juga pengorbanan bapa kepada anaknya yang selalu kita terlepas pandang. Mulalah hati meruntun bila satu per satu rasa bersalah itu datang. Kenapa aku tak sedar insan yang bergelar abah ini banyak berkorban buat aku yang banyak buat dosa kepadanya ??? Dalam kepala tengah pusing, dari suara tegas ustaz bertukar lembut bertutur ayat yang lebih kurang sebegini :

" Anak - anak, jangan sampai bila ayah sudah tiada baru kita nak menyesal. Macam mana nak berbakti lagi bila ayah dah dalam kubur ? Memang menyesal tak sudah sahaja nanti. 
Takat doa sahaja buat pengirim rindu. Ada pernah dengar lagu ini ? "

Owh, tersentap dengan kata - kata ustaz tu ! Air mata, dah mula bertakung. Aku kalau dihina dikutuk dicaci diherdik, aku cool, pandai mak aku ajar agar berlagak tenang dan sabar biarpun hati menggelegak panas, tapi bila tiba bab - bab macam ini, mulalah. Dan tiba - tiba ustaz menyanyi ( sedap jugak suara ustaz ni ) :

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

Aku tutup rapat majalah Solusi ditangan, masuk ke dalam bilik sambil bersila kemas atas toto belang cheetah. Takut air mata 'munafik' ini mengalir, kantoi dengan mak. Atau dengan Balqis, mana tahu ? Dalam cuba tenangkan diri, terdengar juga lagu yang dialunkan ustaz :

wahai abang ku kemana 
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah

Bayangkan sebuah empangan kukuh berjuta liter air isi kandungannya pecah ? Situasi yang sama berlaku dalam bilik aku petang tu. Abah. Bila fikir balik, aku mula kagum dengan abah dengan cerita ini ( LINK : Kisah mak dan ayah aku bercinta ) Yeap, mula kagum atau erti kata lain, dah besar panjang baru nak sedar akan siapa sebenarnya support aku dari aku kecil sampai aku besar. Mungkin disebabkan mak dan abah aku senantiasa ada di sisi aku, membuatkan aku terlupa bahawa tanpa mereka aku bukanlah siapa - siapa. Bila berjauhan, baru tahu perkara itu dan ini sukar nak diatasi tanpa insan bergelar abah. Mungkin ini proses kematangan aku, mula berfikir apa dan siapa, kenapa dan bagaimana akan sesuatu perkara / kejadian yang melibatkan perkembangan kemenjadian diri. Refleks balik, kebanyakan ciri yang baik - baik itu datang dari orang tua aku sendiri. Sedihnya, yang buruk - buruk pula entah dari mana aku kutip ? Benar ibu dan bapa ada tanggungjawab mencorakkan kehidupan anaknya, sama ada membentuk ahli syurga atau neraka, tapi tanggungjawab anak itu sendiri dalam memilih kebenaran atau sengaja menjerumuskan diri ke lembah hina. Rasa bersalah tinggi, bila aku sedia tahu, dosa pun double hit kat abah kita bila kita buat dosa ! Sungguh aku anak derhaka !


Dalam kita mengorak langkah satu dua,
berusaha merentangi lautan cita - cita,
jangan lupa bapa yang sedang berusia !

Jarang sekali kita mendengar pengorbanan seorang bapa kan ? Yang selalu diutarakan, pengorbanan seorang ibu. Benar perkataan ibu disebut 3 kali oleh Rasulullah berbanding bapa sebanyak sekali, tapi tahukan anda :


“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. 
Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

Riwayat Muslim
Sumber : Islam.gov


Haaa ! Jangan main - main ! Kalau timbul perasaan marah, benci biarpun sedikit, takut takut terjerumus menjadi kafir ! Hey kengkawan, main sini nak cerita sedikit. Bapa kita memang dah banyak makan asam garam kehidupan. Banyak sangat. Dia tahu mana baik, mana buruk. Paling kurang, mesti bapa kita pernah buat trial and error zaman dia dahulu. Jadi, dialah orang yang selanyaknya membetulkan kita. Kalau bapa tegur itu ini salah, terima teguran dia ! Dia menegur bukan nak tunjuk ilmunya hebat, atau egonya tinggi, tapi teguran dia atas dasar kasih sayang. Dia nak kita buat perkara yang betul, dia nak kita jadi orang yang perfect, jauh dari sebarang kesilapan dalam kehidupan. Harus diingat, kita anak dia. Apa kau fikir bapak kau nak menganjing kau, anak dia sendiri ? Cubalah teliti bapa kita betul - betul. Dalam apa - apa pekerjaan yang dia lakukan, aspek 'emosi' itu diletakkan tepi. Dia buat sesuatu perkara dengan ikhlas, terpancar jelas dari riak mukannya. Dia tidak mengharapkan belas, tidak mengharapkan apa - apa balasan. Apa yang dia tahu, anak bininya makan minum terjaga, segala kelengkapan ada. Tak pernah pula bapa aku ungkit segala benda yang dia buat kerana dia tahu tanggungjawab dia. Dan sudah tentu, nilai - nilai Islamic cuba diterapkan dari pelbagai sudut supaya tidak tergolong dalam golongan si suami / bapa yang dayus. Jadi, marilah kita sama - sama celik mata, buka minda. Tanya diri balik, apa yang pernah kita lakukan kepada bapa kita. Adakah hentakan kaki melawan ? Atau mengela nafas dalam kita berikan ? Ingat kawan, lelah si bapa mencari nafkah buat perut kita ni tidak terbalas sedikit pun segala budi kita berikan ! Jasa mereka jaaaauuuhhh lagi besar daripada jasa kita. Bila sudah tahu akan keadaan tersebut, jadilah anak yang soleh/solehah. Berhenti menyusahkan mereka, mula menyenangkan hati mereka setiap masa. Ada nampak peluang sahaja untuk tolong urusan mereka, terus kita bantu. Ingat, ego bapa tinggi dalam meminta bantuan kerana baginya dia ketua keluarga, suppose to be capable to do all things by any means. Biarlah lahir sikap ihsan terhadap dia, kerana dia semakin berusia. Biarlah kita sedikit demi sedikit mengurangkan bebanan kehidupan dia, agar dapat dia nikmati kasih sayang kita pula. Biarpun hukum mentaati bapa itu wajib, namun keikhlasan dari hati kita yang bapa kita lihat. Janganlah sampai melebihkan kawan lebih daripa bapa kita sendiri. Jangan sampai bapa kita menjadi watak bapa dalam kisah ini :


" RASULULLAH menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya.
 Lelaki tua itu berkata: 

“Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. 
Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. 
Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. 
Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. 
Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan.
Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. 
Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.”

Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya:

“Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.”

Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, 
Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.


Ada aku dengar cerita benar di Malaysia ini, seorang pakcik kaya, terdengar cerita meja kopi disebelahnya. Terdengar perbualan seorang bapa kata setiap bulan anak berikan duit yang tidak seberapa. Katanya, nilai bukan jadi ukuran, tapi pemberian tanda ingatan mereka kepada dia. Si pakcik kaya itu tersentuh dengan berkata, " Aku memang setiap bulan gaji berpuluh K, tapi anak aku takde hantar duit pun kat aku ". Hah ! Duit dah  banyak pun belum tentu kaya kasih sayang tahu ?

Dari cerita di atas, kasih sayang adalah perkara utama yang mereka harapkan dari kita. Kalau dahulu mereka bersusah payah membesarkan kita, takkan kita tidak mampu menjaga mereka pula ? Dayuslah kita kalau mereka berjaya membesarkan kita, tapi kita gagal menjaga mereka walhal tidaklah sebesar mana pun effort yang diperlukan. Bagi yang masih hidup, jagalah mereka sebaik mungkin. Biar mereka rasa senang dengan kehadiran kita dalam kehidupan ibu dan bapa kita. Bagi yang sudah tiada, bantulah dalam menjelaskan hutangnya jika ada. Berbuat baik kepada kawan - kawannya. Berdoalah kepadanya, mudah - mudah dipertemukan semula dalam Syurga. InsyaAllah :)  


P/s : Kalau bapa yang seorang mampu menjaga 10 anaknya, belum tentu 10 anaknya itu mampu menjaga bapanya yang seorang itu. Kan ?

4 comments:

  1. Mula-mula aku happy je baca part kitorang datang kacau kau study, meshah buat stunt ngeri,

    scroll scroll bawah,
    haru aku dibuatnnya,
    T.....T

    ReplyDelete
  2. asal semua T_____________T nih ? :O

    ReplyDelete