Monday, June 18, 2012

Ahad. Jam 2341


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alat kawalan jauh dicapai, ON. Lampu L.E.D merah berhenti menyala lalu " AUX " muncul di skrin kecil home-theater jenama Philips. AUX ? Lagu Guba ft Yuna - You're So Fine sedas ? Na'a, lain kali. AUX ditukar kepada FM. Kejap, ada 30 siaran radio sedia diset pada memori sistem ini. Nak pilih stesen radio apa yeah ? Yang aku ingat ;

1 - Fly Fm
2 - Hitz Fm
3 - Mix Fm
4 - X-fresh Fm
5 - Hot Fm
6 - Era Fm
9 - Red Fm
30 - IKIM Fm

Ikut mood malam ini. . 

Down on my knees, I thought I was stronger,
Just like that, like you said I'd do,
I'm crawling back to you.

Bergema keluar lagu Back To You dari pembesar suara. Agaknya sudah 5 tahun umur produk Philips ini. Setia bersamaku, mendendangkan lagu suka duka mengikut musim hatiku. Melabuh perlahan punggung di atas katil queen size, sebelum perlahan lahan memberatkan badan. Melepaskan lelah setelah berjaya mengemas rumah. Tabiat aku sebelum tidur, tawaf satu rumah untuk susun mana yang patut, kemas mana yang perlu. Kalau ada pinggan cawan tidak berbasuh, wajib kubasuh malam itu juga. Kata mak, jin guna pinggan cawan yang tidak berbasuh itu saat kita tidur. Logik atau tidak, aku iyakan sahaja bila mak aku menegaskan ayat " kata ustaz " . Perkara sebegini kena jaga, risau kita secara tidak langsung 'bela' jin pula, nauzubillah.

Tiada bulan, bintang pula terang bertebaran di dada langit. Biarpun sudah malam, bahang jerebu dari Indonesia itu jelas terasa. Pusing kiri, pusing kanan. Susahnya nak tidur. Malam ini bukan seperti sebelumnya. Semalam mungkin aku penat berjaga, manfaatkan masa yang ada. Berbeza hari ini, blue day. Semua benda nampak slow, semua perkara nampak gloomy. Aku yakin, semuanya kerana hari ini hari Ahad. Esoknya hari Isnin. Yeah yeah, bukan aku bekerja pun, jadi buat apa yang perlu aku risau ? Aku risaukan parent aku. Mereka kerja esok hari. Ini bermakna, seminggu lagi terpisah dek kerja outstation. Sedih ? Boleh jadi. Makanan sedap - sedap tiada, no more cupcakes, tak boleh tengok mak buat chores macam selalu. Haih, nasib aku pilih membujang di bumi Ipoh. Nasib aku tolak ajakkan mak untuk bercuti di tempat mereka sahaja. Tadi sebelum pulang pun, berbagai pesanan ditinggalkan. Solat itu ini, pokok itu ini, basuh, rumah, sampah, buku, kereta. . etc etc etc. Ayah pula sebelum bergerak pulang, datang mengurut tangan aku yang sedia sakit ini. Terasa kepanasan tangannya tapi hampir tertidur aku dibuatnya. Aura parent lain kan ? Dalam mereka pulang sebentar pun weekend ini, ada juga masa mereka untuk anak - anak mereka. Saat bukakan pintu pagar untuk mereka, sempat lagi mereka pesan itu ini. Aku hanya tersengih sebelum bersalaman.

" Okaylah, jaga diri.
Rasa penat, tak payah kerja.
bye bye. Assalamualaikum "

Serentak suara mereka kedengaran. Tangan mereka masih melambai lambai, sebelum aku membalas sama. Dalam samar samar malam, kereta buatan Jepun itu mula bergerak perlahan di sebatang jalan panjang sebelum membelok ke lorong Hala Pegoh 30. Hilang. Hilang kereta tersebut dari pandangan. Aku menghela nafas perlahan. Another weekdays without them. That's pain. Depan mereka tadi, aku berlagak tenang. 

" Ok mak " , 
" Iyea iyea " , 
" Nanti mimi buat yea "

tapi dalam hati ? Dada ditepuk perlahan. Sabar D - SIM. Kelabu dalam diam, mengeselkan kepalanya di pangkal kakiku, seolah - olah cuba menenangkan hati kecil ini. La Tahzan kan Kelabu ? Semua ini sementara jea. Lagipun, mak abah dah banyak berkorban demi aku. Ikutkan perasaan, mak nak ikut ayah outstation sana. Siapa nak bila dah berkahwin, disebabkan kerja pula kena duduk berjauhan ? Tapi kata mak, biarlah. Biarlah duduk berjauhan dahulu asalkan pendidikan kami terjaga sampai habis SPM, lepas itu baru apply pindah ikut ayah. Kualiti pelajar di bandar sudah tentu lain bedanya berbanding pelajar kampung sana. Sistem pembelajaran dan pengajaran, corak pemikiran orang sekeliling pun begitu juga. Dan setelah 8 tahun, habis lengkap adik - beradik aku tamat pelajaran SPM, aku dan abang aku selamat di IPT dan paling kecil pun sedang tunggu hari pendaftaran kolejnya. Ulas mak waktu bersembang dahulu, ". . setelah 8 tahun, akhirnya. "

Aku faham, aku mengerti. Hak seorang isteri adalah bersama suaminya. Apa kuasa aku untuk halang perkara itu ? Ayah pun 8 tahun dahulu hidup membujang outstation sana, takkan aku cuti 3 bulan ini tak mampu nak mengatasinya ?

A parent's love is whole, 
no matter how many times divided.

P/s : Muhasabah diri. Mereka bersusah payah membesarkan aku, adakah aku membesar seperti apa yang mereka inginkan ?

2 comments: