Sunday, June 17, 2012

Jam 0345



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Layan Taubat Seorang Samseng, match Greece vs Russia, download Begitulah Sayang in the same time. Kira melepas rindu kat broadband yang baru pulang setelah dibawa lari adik selama seminggu, hewhewhew B)

Taubat Seorang Samseng ?

Ikutkan aku, bukan minat aku cerita melayu nih. Tapi. . kak ya rekemen, katanya semua watak dalam cerita ini menutup aurat ? Wah wah wah, ini menarik ! Aku perasan, tiada berlaku persentuhan antara kaum adam dan hawa dalam cerita ini. Slack. . sebenarnya lelaki yang menutup aurat. Perempuan pakai tudung jea, belum sampai tahap menutup aurat. From the bright side of our film industry, ini lebih baik dari cerita lain dimana retisss pakai tak cukup baju -_-

Greece vs Russia ?

Dua - dua aku kumpulan aku tak minat ! Haha. Minat aku, Belanda = Netherlands = Holland = Orange. ( Baju away Belanda smart woah ! ) Tapi sedih, Belanda kalah dan bakal menjadi kumpulan pertama keluar dari Euro 2012 T.T Bila pertandingan bola sepak, mula aku lihat kumpulan mana. Kalau kumpulan yang aku minat ada, for sure aku die - hard - fan - yang - terjerit - jerit diorang. Kalau bukan ? Contoh, kumpulan Russia lebih hebat / terkenal daripada Greece kan ? Aku sokong Greece then ;) 

Begitulah Sayang ?

Parent baru balik tadi dari outstation, ajak keluar makan makan. Ada disiar di TV3 tadi, tengok gitu - gitu jelah tengok sebab aku depan makanan fokus 99.9999 % :P Tapi dia kisah pasal seorang ayah dan seorang anak perempuannya, kecil lagi. Tak boleh hurai banyak, belum tonton penuh lagi. So, we'll see :)


Oh yea.


Yeah, aku jatuh motor pagi tadi, masa nak masuk lorong jalan kecil dari jalan besar. Clutch dah tarik, gear pula tak masuk. Mati tersedak enjin, dah motor gebadak + berat, jatuh macam nangka busuk aku pagi - pagi tadi. Nasib kereta bertentangan bawa perlahan yang amat. Kalau kereta tu laju, merah lah tanah satu kubur malam tadi. Heh, banyak kali kemalangan motor aku lalui, camni juga situasinya - terselamat dari major accident dek jalan tiba - tiba lengang atau kereta / motor perlahan -. Syukur syukur. Mula cool, muka tebal angkat motor bertan - tan tuh, jalan bawa macam biasa, tapi waktu Zuhur camtu rasa sakit pulak -.-' Lepas dinner, terus pergi hospital Ipoh. Disahkan kes trauma, terus jea terjah Bilik 11. Walaweh, dulu masa  gastric, 3 jam tunggu kowt -.- 


Takat selok belok Hospital Raja Permaisuri Bainun ( Hospital Besar Ipoh ), 
celah gigi jelah.

Jumpa dokor, dua doktor. Seorang melayu, seorang cina. Dua - dua muda. Muka nampak tenang, kurang pesakit kowt malam ni ? Salah seorang doktor ambil kad, lihat masalah aku, terus mendapatkan tangan aku. Tekan tekan, sakit woi ! D: Aku cakaplaa, radius aku ada macam yang tak kena, fractured maybe. Doktor housemanship tu terkejut dengar apa aku cakap, medical officer pun sama. Yang sedang pegang tangan aku tadi, dia sedikit bersandar, lihat aku atas bawah. Aku bertukar jadi lembaga hospital ke ?

" Wahh ! 
Hebat budak - budak zaman sekarang, tahu yea radius tu apa "

Haha, mengekek aku gelak. 

" But I hate Biology you know "

Tersenyum doktor. Betullah, aku tak beberapa suka bios logos sebab kena hafal banyak. Berapa malam entah aku berjaga demi subjek itu sahaja waktu zaman ASiS dahulu. Advance tu, tahu sikit sikit jelah sebab haritu ada baca buku anatomy sepupu punya. Additional info kat hospital banyak tampal kat dinding haaaa... Kutip ilmu apa salahnya kan ? Kata nak jadi well-rounded ? Macam semalam berniaga di Taman Cemara, datang seorang cikgu tanya macam - macam. . related to my education history

" Dulu SPM Add Math dapat berapa ? "

" A + "

" Biology ? "

" A+ "

" Uih, dah tu kenapa ambil jurutera ? Kenapa tak jadi doktor ? "

Aku yang sedang membetulkan generator buat penghidup lampu khemah nanti, terhenti seketika sebelum aku berpaling dan tersenyum padanya. Sedih juga, kenapa tak tanya fizik sekali ? Jurutera orang tak pandang eh pakcik ?

" Sebab . . nanti saya nak kahwin dengan orang yang ada kena mengena dengan bidang perubatan. Kalau dua - dua belajar bidang yang sama, tak bestlah nanti kan pakcik ? 
Biar lain - lain, nanti boleh saling bertanya sampai kering idea nak tanya apa dah "

Tergelak besar pakcik. Mati segala soalan dia lepas tu sehingga dia berlalu dengan otak - otak yang dipesannya. Ini bukan kes aku menggatal nak cerita pasal kahwin yea, tapi ini dah lama tertulis dalam long-term-goal hidup aku. Kan, fail to plan is same as plan to fail ?  At least, we have to come out of our very own effort bila nak sesuatu, itu tanda usaha kita. Kalau Allah berkenan, jadilah, kalau tidak, ada hikmahnya, kan ? Pelan cuti aku sekarang pun dah lama aku fikir dahulu, dan alhamdulillah, I'm doing fine now woohooo !  : D

P/s : Mak pesan berhenti kerja, rehat kat rumah jea. Berhenti ? Kerja pasar malam tu pun rasa bosan bila sampai rumah balik, kalau tak kerja langsung lagi aku tak boleh bayang tahap kebosanannya  -..-

No comments:

Post a Comment