السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jenut garam tahu ? Istilah jenut garam dalam bahasa Inggeris adalah 'salt lick'. Mengikut dewan bahasa dan pustaka pula ( DBP ),
Jenut bermaksud tempat binatang menjilat garam, sira, taram, sesapan.
Garam. . garam tu garamlah.
Kalau tak tahu kantoi tak penah masuk dapur -.-'
Ikutkan gambar di atas, bentuk rupa jenut garam macam lopak air yang terhasil selepas hujan. Namun, 'lopak' ini istimewa buat haiwan di mana air lopak tersebut mengandungi bekalan garam galian kalsium, magnesium, sodium dan zink. Dari sekecil kecil haiwan sehingga ke sebesar gajah pun 'datang' ke kawasan ini bagi mendapatkan bekalan garam.
Tapi, kenapa jauh sangat beza jenut garam dengan salt lick ( istilah ) ?
Ehem, tak pernah pula aku jumpa haiwan minum pakai sudu atau bekas seperti cawan ( naturally without human reach ) . Jadi 'Lick' adalah istilah bahasa Inggeris, jika diterjemah jadi jilat, suatu kata kerja. Maknanya, haiwan yang datang akan menjilat garam ( air lopak yang mengandungi air garam ) oleh sebab haiwan minum air tidak menggunakan tangan, mahupun menggunakan ikhtiar mencari bekas buat mencedok air. Maha Suci Allah, kepentingan garam itu sesuatu yang perlu dimana ia salah satu komponen penting dalam pembikinan sel - sel otak, darah termasuk juga gigi dan tulang. Jika manusia perlukan garam, apatah lagi haiwan bukan ? Namun, garam yang sebaiknya adalah pure salt tanpa apa - apa proses kerana kandungan mineral terjaga. Kalau di Tesco misalahnya di bahagian organic food/ingredients, garam yang dijual di bahagian ini jauh lebih mahal berbanding nilai garam yang biasa dijual kerana garam ini kandungan mineralnya terjaga berbanding garam biasa. Dalam perubatan Islam, air garam merupakan salah satu cara untuk merawat pesakit tahu ?
Sumber inspirasi entry ini : Solusi Isu.41
Free source at google.com
P/s : Garam kat dapur tu dipanggil sodium chloride, a readily available type of salt. Istilah garam di sini, bertembung dengan pemahaman dunia chemistry & biology, di mana sodium chloride cuma salah satu garam yang boleh didapati di dunia ia walhal garam dari jenut garam itu sendiri mengandungi berbagai jenis garam !
No comments:
Post a Comment