السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hah, kali ini aku nak bercerita pasal free source material from Youtube. Pernah dengar group MrAllTheShared ? Begini ceritanya. Dahulu ada satu malam aku pulang ke Ipoh tanpa dirancang ( atas sebab parent dah mengantuk drive malam, baik aku yang drivekan dari KL ke Ipoh ). Kebetulan pula, laptop tertinggal, disebabkan perjalanan yang tak dirancang langsung. Ehem, itulah masanya nak guna netbook mak, hehehe. Dan baru - baru ini aku buka kembali netbook mak, buka folder, terjumpa beberapa video tanpa nama. Rupa - rupanya, video tersebut dari group MrAllTheShare yang pernah aku layan tempoh hari. Oleh sebab aku sedang bercuti panjang, ada masa nak berblogging, meh aku share sedikit, hehe.
About MrTheAllshared's channel
". . .ASSALAMMU'ALAIKUM..kitorang hanya sekadar menyampaikan cara penyelesaian dalam isu2 yang melibatkan para remaja dan juga menyeru seluruh remaja agar kembali mengamalkan gaya hidup ISLAM yang sememangnya indah, kitorang menggunakan kaedah lakonan n multimedia untuk menyampaikan mesej kitorang. Kitorang berpandukan kepada ALQURAN dan HADIS dan juga pendapat2 yang berdasarkan hukum ISLAM..
IF WE ARE GETTING WRONG SOMEWHERE, HOPE U ALL CAN HELP US TO GAIN MORE KNOWLEDGE ABOUT ISLAM..INSYAALLAH..WALLAHU'ALAM.. . ."
Apa yang menarik pasal kumpulan ini, mereka terdiri daripada golongan muda ! Woot woot ! Bila golongan muda, mudahlah mereka mengenalpasti masalah remaja kini seterusnya mencari jalan penyelesaian. Dengan kemajuan teknologi sekarang, alhamdulillah mereka memilih dakwah melalui laman sesawang dengan bantuan gajet ( logam ) untuk membantu rakan - rakan di luar sana ( aku pun sama ) dalam mencari kesalahan yang sering kita pandang enteng. Bagi aku, jalan penyelesian yang diutarakan adalah berbentuk mudah, tidak rumit untuk difahami. Tapi dah nama menuntut ilmu, ada sahaja ilmu baharu yang aku jumpa sampai ada part aku terkejut !
Terkejut ?
Dalam video ini, aku terkejut dengar. . .sikat rambut tengah adalah sunnah nabi. Aku. . sikat tengah. . err. . . -..- Aku cuba perlahan - lahan. . demi sunnah Rasulullah, insyaAllah.
Okay, berikut merupakan video yang pernah aku layan :
Paling hottttt :
Yeah yeah. Bab kahwin vs couple. Dah takde modal lain ke ? Kalau nak tahu, video mereka yang ni hit tinggi kowt ! Dan kalau nak tahu, setiap bulan blog aku mesti ada dikunjungi dengan search keywords perihal kahwin dan couple. Kawan - kawan Melayu kita di negara barat pun ada singgah kat blog ini atas keywords melayu kahwin muda ! Haha Oh well, prinsip aku, perkara baik diketengahkan. Perkara buruk, diam diamkan dalam masa yang sama, cuba buang perkara buruk itu jauh - jauh dari kehidupan kita. Kan Syurga itu terdiri daripada ahlinya yang berkelakuan baik waktu di dunia. Jadi, pilihan jalan yang baiiiikkk ! :D
Oh yea, ada seorang junior ASiS aku dalam group mereka tu, haha
No comments:
Post a Comment