Wednesday, July 18, 2012

Bila Penyu Ber-snorkeling


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Peringatan : Sila tunggu sebentar buat semua gambar dimuat turun sepenuhnya.

Cerita 5 Julai 2012.

Hah, penat sudah melihat bulan. Perut pun dah kenyang pekena roti canai sambil mata menghadap pantai Teluk Nipah bersama Idzhar. Lihat jam, dah menjenguk 9 pagi. Heh, bagi diorang 'baru' 9 pagi. Diorang ? 10 rakan lain selain Idzhar dan aku, masih tidur di dalam dorm. Kami punya trip, ada 12 orang ikut menggila sekali. Setakat nak berjaga pagi ramai jea, tapi kalau suruh berjaga lepas Subuh ? Tinggal aku dan Idzhar sahaja huh -.- Dan, aku ada idea super brilliant untuk mereka semua bangun, bungkus 10 nasi lemak untuk mereka. Sampai sahaja dorm ( dorm lah murah untuk ramai penginap, kan ? ) aku jerit, 

" Wey kome ! Bangun ! Bangun ! 
Ni ada nasi lemak aku belikan. 
Bangun makan ! "

Guess what, within a minute, ada dalam 5 orang terus berjaga. Pasal makanan free semua suka eh ? -__- Macam ikut dalam pelan bercuti kami, snorkeling menjadi pembuka aktiviti bagi hari ke-2 kami di Pulau Pangkor. Snorkeling murah sahaja, RM10 untuk sejam. Kena pula aku tak pernah jejak kami di sini, plus the fact, belum pernah snorkeling. Fyi, aku dah 6-7 tahun tak mandi laut, hewhew Kenapa ? Nanti aku jelaskan.

Snorkeling (1)

Snorkeling (2)

Dua - dua muka baru bangun tidur, lol. Snorkeling ini dinasihatkan buat seawal mungkin. Kalau makin tengah hari, matahari makin terik. Tambah pula di lautan luas, lagi terasa panasnya. Susah pula bagi pemandu bot, sebabnya, air akan jadi lebih cetek, menyukarkan mereka untuk hantar kami ke Pulau Giam ( Coral Island ), tempat di mana kami bakal ber-snorkeling. Owh yea, bila waktu tengah hari sudah puncak, kita boleh berjalan kaki dari pantai ke pulau tersebut dek ceteknya air itu ! Eh, dah lambat ni ! Jom snorkeling !!!

Snorkeling (3)

Untuk keselamatan, semua penyu wajib memakai cengkeram masing masing. Walaupun nampak hodoh, tapi wajib demi nyawa diri sendiri, hewhew. Goggle perlu jika nak berendam lihat sendiri dasar laut. Ada rezeki, boleh lihat nemo bermain di celah celah terumbu karang. . kata mereka ? Entahlaa.

Snorkeling (4)

Snorkeling (5)

Snorkeling (6)

Snorkeling (7)

Snorkeling (8)

Bot itu kami kena seret sampai ke bibir laut ! Haha Tak berat pun, bot jenis plastik ringan tapi tahan. Bukannya sampan kayu gaharu, kehkeh.

Snorkeling (9)

Snorkeling (10)

Snorkeling (11)

Owh, polisi keselamatan yang aku baru belajar, muatan dalam bot cuma 5-6 orang sahaja. Jadi, ada 3 kali trip untuk kami semua. Yang lain ? Termenung la menunggu ! 

Snorkeling (12)

Snorkeling (13)

Snorkeling (15)

Snorkeling (16)

Snorkeling (17)

Jeng ! Jeng ! Jeng ! Aku pilih trip ke-2 sebab aku dah taaakk sabar ! Give a special privileges to the photographer please ? B)

Snorkeling (18)

Snorkeling (19)

Rasa cuak juga bawa DLSR atas bot. Otak aku pula jenis berkira - kira keberangkalian sesuatu itu berlaku. Macam, bot terbalik, tenggelam. Risau ? Risau DLSR basah leee T.T Dengan gaya tekanan dan rintangan, aku terpaksa pegang kuat kamera tu ! Gulp ! Nak taknak, pusat graviti badan aku rendahkan -.-'

Snorkeling (20)

Snorkeling (21)

So here we are, Coral Island :)

Snorkeling (23)

Snorkeling (24)

Snorkeling (25)

Snorkeling (26)

Snorkeling (27)

Snorkeling (28)

Snorkeling (29)

Hati dah melonjak - lonjak nak mandi, tapi fikir trip ke-3 belum sampai, tunggu sekejaplah. Ambil gambar mereka satu dua, barulah boleh berjimba sama ! Ingat soonang jadi photographer nak cover-up segala benda ? Belum masuk kes " si photographer tiada dalam gambar " lagi -,-

Snorkeling (30)

Snorkeling (31)

Maaf tiada gambar dalam laut, aku tiada kit untuk itu, hahaha. Jadi, aku ambil gambar pemandangan yang ada di sana. Jom teman ambil gambar sekali ?

Snorkeling (32)

Snorkeling (33)

Snorkeling (34)

Snorkeling (35)

Snorkeling (36)

Snorkeling (37)

Snorkeling (38)

Snorkeling (39)

Snorkeling (40)

Snorkeling (41)

Snorkeling (42)

Snorkeling (43)

Snorkeling (44)

Sebelum balik, ada satu bahagian di pulau itu airnya jernih boleh tahan. Cuma yang menariknya si nemo hemo main berhampiran aku dan Hanif macam kawan dibuatnya ! Kalau kat tengah laut tadi, kena hulur roti main kejar kejar baru boleh lihat kelibat ikan tu. Jadi, atas permintaan Hanif, dengan separuh badan aku dah masuk dalam air, aku nak ambil sekeping gambar si makhluk cilik tersebut. Baru buka penutup lens, entah macam mana tercampak penutup itu ke bawah ! Tangan ingin cepat capai kembali lens yang dah masuk dalam air, tapi otak fikir keselamatan DLSR.  ITU LEBIH UTAMA ! Tangan sebelah lagi penuh dengan barang snorkeling. . . . . . Ralat ralat kulihatnya pergi. Sedih tahu ? Sedih gila, tapi redha jela T.T

Snorkeling (45)

Ini gambarnya. Kurang jelas, lupa setting lah ni, padahal dengan mata jelas jea. Heh, lens dua biji mata Allah bagi ini juga aku kagum, teramat.

Eh, kenapa aku tak suka mandi pantai ? Sebab air laut kotor ! Lagi lagi kawasan Melaka dan Port Dickson. Aku dahulu ada buat kajian sempena HKSBP, tahukah anda segala tinja tinja babi yang diusahakan macam cendawan di Melaka itu semuanya disalir TERUS ke air laut ? Terus ? Sistem pengaliran teruk, diringkaskan cerita, seolah babi berak kat kandang, tahinya sampai ke laut. Ada faham ? Tapi itu 2-3 tahun lalu. Sekarang tak tahulah, tapi still rasa geli -_- Coral Island is the only exception, away far from Melaka and crystal clear turquoise water ! I was so attached to it ! 

P/s : Kesudahan penutup lens aku ? Entah macam mana aku turun dari bot, tercampak jatuh penutup lens tu ke dalam bot, dari goggle aku ! Mungkin saat dia jatuh campur pergerakan kelam kabut aku, goggle aku "terkaut" benda itu kowt ? Rasa sangat bersyukur waktu itu ! Hikmahnya, senantiasa beristigfar agar tidak berasa terlalu sedih akan kehilangan harta dunia.


No comments:

Post a Comment