السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Haha, another vid from matlutfi90. Erm, ini masalah buat orang bercinta kowt. Aku tak rasa apa apa feel kalau tengok vid ini, aku tak bercinta pun. Cuma, bila fikir balik logik pasal 'tough' dalam video kali ini, lelaki dengan perempuan pun boleh jadi lemah, kan ? Yang jelas, ada diselit mesej persahabatan disamping unsur penilaian salah yang sering kali berlaku dalam masyarakat kita. Owh owh, mesej ramadan pun ada sekali ! Satu sahaja aku tertarik akan vid ini, dia menggunakan lagu Lipstik - Teruna dan Dara. Nostalgia, itu lagu waktu aku mula masuk asrama, mula masuk ASiS. Dalam dorm 3B5, mamat sebelah katil aku pandai main guitar. Biasalah mula masuk, semua kekok antara satu sama lain. Jadi, ada satu petang dia strumm guitar seorang - seorang. Mula menyanyi lagu Teruna dan Dara. Suara dia sedap, serius. Mata semua dah terpaku kat dia. Pada aku, hebatlah dia. Tahu cara menarik perhatian, dan gunakan cara itu buat mukadimah perkenalan diri. Dia ajak duduk rapat dengan dia, menyanyi sama - sama. Kalau dahulu senyuman itu mahal, beransur murah bila bersila rapat, bertanyakan satu sama lain, petang itu juga. Secara tidak langsung, sedikit demi sedikit kami mula kenal dan rapat satu sama lain, antara ahli dorm 3D5.
Nostalgia.
P/s :
P/s :
Aku kagum dengan thepianoguys. Kalaulah masa tidak mencemburi aku, akan aku cari satu ruang buat bermain piano.
No comments:
Post a Comment