Tuesday, July 3, 2012

Kereta dan perempuan tu ?


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

[ Entry serabut kali ini, harap maklum ]
[ Tiba tiba IKIM.fm putar lagu ini, layan jom ? : Tekan sini ]

Bersila kemas dihadapan sofa. Netbook sudah diculik mari, diletak kemas. Jari jemari direnggang. Connect wifi, ah jom blogging dalam sejam dua ini ! Pada pagi yang indah ini ( sumpah indah, nanti aku blog kenapa ), aku nak blog pasal kereta, weeehaaa. Biasalah budak zaman sekarang, masuk sahaja degree mula menjenguk kereta kat showroom, hehehe. Niat mereka berbeza, untuk belajar, senang ke kuliah, ulang alik kampus kampung, mencari ilmu ugama atau sebab utama nak main race serta show off depan awek awek, ajak kawan perempuan lepak McD / mamak tengah tengah pagi ? Ahh, persetan semua. Reason utama aku pakai kereta sebab aku tinggal off campus. Kalau tak, tiap - tiap hari aku pakai Oscar jea pergi kelas. Sebenarnya aku terpanggil nak bercerita pasal kereta bilamana kepala aku dah ting-tong dengan ayat abah aku semalam, 

" Tukar itu tukar ini ". 

" Atau jalan alternatif, pakai viva ? ", sampuk mak.

Aku cuma. . okaaayyy. Eden checkidout dulu. Lepas sahaja solat subuh, aku mula mencari senarai barang spare part kereta. Owh, lupa beritahu, aku pakai kereta kancil abah beri, usia dah 7-8 tahun hahaha. Asal boleh jalan, aku on jea. Google punya google, macam macam forum aku terjah sampai dalam pukul 10 pagi, aku ada beberapa konklusi dan halangan. Mari rapat, aku nak share sikit.


Gambar ihsan Google.

Hah, kereta aku lebih kurang macam ini. Standard kereta buatan Malaysia, ada jea rosak sana sini. Kena pula ayah aku pakai kereta ini dahulu stok ulang alik more or less 1000km sebulan. Mula pakai awal tahun 2006 ( aku ingat lagi kowt ), so. .  dah nak menjenguk 8 tahun. Round off paling least, 7 tahun. 7 X 12 bulan, 82000km dah travel. Aku periksa balik, next tukar minyak hitam pada kilometer 151600km. Yeap, dah berjalan 150 000km++ ! Ini disadvantage terbesar kereta travel jauh jauh, iaitu metering tinggi. Metering tinggi, hampir semua benda nak wear off ( serius nih ). Walaupun masih muda, tapi harga kereta ini sekarang jauh lebih rendah daripada kereta keluaran tahun 1996. Hah, macam tak percaya kan ? Bila tang part spare part pula, hah, jenuh jugak. Sedia maklum, Perodua sudah tidak mengeluarkan Kancil dan ganti Viva pula. Macam barang antik, bila sudah tidak dikeluarkan, ada jea manusia jakun pergi cari spare part yang masih ada. Okay, husnul d'zon, mungkin eksiden atau kes barang rosak macam kereta aku ? Jadi, makin lama makin mahal sebab demand tinggi sedangkan production spare part tersebut dah berhenti . Mula carian Google,

one word

Rabak D;

Clutch complete set ( nak asco ! ), tukar gas, rim, absorber, driving shaft..lagi apa entah ? Tayar empat empat mau tukar. Tak perlu nak letak semua senarai barang di sini. Mata aku sedia berpinar, tambah pening lihat harga barang. Itu survey barang area KL, Penang, Ipoh ? Dah tentu berabak rabak. Yang paling aku takut, aku tak tahu menahu langsung pasal hardware kereta. Haram jadah kalau suruh aku explain satu satu. Fail habis kowt ! Risiko hantar kedai, hah, bahaya bahaya. Sekurang kurangnya aku kena ada seorang kawan yang expert ( alhamdulillah member Ipoh ramai sembang kencang pasal hardware kereta ) atau member kau sendiri kerja kat bengkel membaiki ( aku ada member ada bengkel. Faham tak ? ). Kalau tidak, itu yang ada kes sembang kos membaik RM500, sekali lepas baiki naik RM2000, kena tipu ! Kalau kes menganjing, atas kertas original, sekali letak dalam barang dah terpakai. Lantas risiko nak mati atas jalan dek failure mencanak tingginya !


Gambar ihsan Google. Sape la cedoi benor tak reti edit nih ?

Sebab itu mak aku sampuk pakai Viva, rusing sangat tukar sana sini, baik tukar baru. Jom sembang Viva pula. Viva ada tiga cc, 660, 850 dan 1000. Ada transmisi manual atau automatik. Rasa kaya, pilih auto. Rasa nak save minyak, pilih manual, haha. Tapi, kesemua kereta cuma memerlukan seliter ( 1 L ) untuk berjalan sejauh 15 - 19km. Seliter harga minyak sekarang RM 1.90 RON95. Rasa kaya, RON 97, RM2.90, haha. Survey pasal viva, kalau nak betul betul jimat, pakai Viva 850cc transmisi manual. Ini pendapat ramai termasuklah orang tukang baiki kereta. Kata mereka, RM 30 boleh jalan KL - IPOH - KL -> Shah Alam siap ada balance minyak, wohoo ! Tapi ikut rotation per minute ( RPM ), cara kau tekan / lenjan / berapa laju Viva kau bawa. Kalau dapat maintain 3500 RPM ke bawah, insyaAllah jimat. Tapi, kalau city driving, apa apa kereta pun pening kepala bila datang kos minyak. City driving, pemanduan dalam bandar yang melibatkan bump-to-bump traffic jam, traffic light, cruise and stop, sudden stop lagi. Semua ini menyakitkan minyak bila cuba pick-up, lagi sakit bila kereta kau auto. Tambah pula, Viva itu pakai 3 piston. Rasa nak jimat, of course kena tukar ratio gear atau pakai kereta 4 piston terus. Ikut harga, RM 375 Viva 850cc on the road boleh dapat sebulan. Lupa pula nak periksa downpayment. Tapi kalau tak silap, kakak cakap dalam RM 2000 kowt ? Lupa dah.

Nak aku tegaskan, Viva ini minyak murah ikut kelas dialah. Jangan layan Viva vs City, atau Viva vs Swift atau whatever...memang Viva kalah laa. Again, Viva murah dan 3 piston jea.

Perbandingan ?

Viva 850cc lebih jimat daripada Kancil 850cc. Ini pendapat ramai juga. Kalau perasan, Viva lebih kecil daripada Kancil ? Haaa.. sebab itu aku pilih nak stay dengan Kancil juga sebab aku nak niaga tu barang semua muat muat jea dalam Kancil ! Hahaha Masih teringat lagi seorang rakan niaga, pakai Viva baru, balut plastik kereta pun tak berbuang habis lagi. . guess what ? Dia sumbat berpuluh - puluh durian kat seat belakang sampai penuh ! OMG ! Nak jual durian sekalipun, tak sayang kereta ke hapeee ??? D; Kalau fikir economic, kereta tu dah nak habis bayar dah. Jadi, tak semena mena jadi aset solid pertama aku nanti. Kalau tukar Viva sekarang, dah another 9 years sakit bayauuu. Rasa baik susah sedikit dulu dengan stay Kancil kan ? Fuhh, kereta sendiri + dah habis bayar. Nikmat nikmat. Fikir future, aku tunggu PRU. Kerajaan BN turun, naik baru PAS PKR DAP, demand lah cukai kereta hapus atau kurang daripada 300% kepada 50% at least. Time itu, insyaAllah kalau nak pakai Honda City pun tak pening kepala ! :D Aku kuat lenjan, atas highway mesti selaju boleh. Dalam hujan lebat mana pun aku bawa >120km, biarpun gelap malam. Aku slow down pun kalau parent suruh, haha Ini reason utama aku rasa sangat shit bila beza pakai City dengan Kancil, rasa tak puas ! Aku taklah materialistik, parent jea risau. Pak Lang Mak Lang pun rekemen pakai kereta baru, risau kereta lama lama nih katanya. Aku ? Kalau orang nak tukar, eden tak kesah, eden terima jea kalau orang yang bayarkan B)


Ehsan Google lagi. Sejak aku mula tengok The Italian Job, 
minat aku terhadap awek seorang ini tak pernah lari sampai sekarang ! 
Setiakan aku ? :P

Eh, perempuan tu ?

Semalam, gerimis nipis masih sama, baik sebelum magrib atau selepasnya. Pedih juga mata memboceng balik dari masjid ke rumah. Elok - elok sahaja aku parking motor, kedengaran suara perempuan menjerit. Huh ? Apa tu ? Kena pula lupa buka lampu luar rumah, jadi dalam gelap aku boleh skodeng dari mana datangnya suara itu. hewhew Oh, rupanya suara seorang perempuan cina dalam kereta Vios. Tiba - tiba suara lelaki memekik. Eh, ada orang lain di hadapan keretanya ? Dengar dalam diam, baru kufaham. Kes langgar langgau. Siapa betul siapa salah, itu aku tak tahu, tapi yang aku perasan, kereta Vios tu remuknya teruk dibahagian tepi. Motorsikal EX5 tu pula, ada rosak bahagian depan. Lihat tingkah laku brader motor ( budak sekolah jea ), dia ada jatuh tu. Bukan head-on-collision kalau remuknya kereta kat tepi, tapi tanda jelas motor tu yang head on the car. Obvious eksiden kat mana - mana persimpangan. Aktiviti memekik terus berlaku sampai perempuan tu nak taknak kena bagi duit kat dia.


Gambar ihsan Google. Helmet itu penting.
Kalau mati atas jalan sekalipun,
sekurang kurangnya anda mati bergaya.

Sigh. Kesian perempuan itu. Bagi aku, yang salah adalah brader motor tu. Kenapa ? Dia pakai selipar, helmet tiada. Muka pula budak sekolah. Silap silap tiada lesen ? Paling kurang pun, kalau dah helmet tiada, tu dah lesen besau nak menang kat court tu ! Nasihat aku, biar apa pun kemalangan menimpa, dua dua tunjuk muka kat balai polis dulu. Nak bertekak, pergi mahkamah pula. Bagi aku lagi, perempuan itu bagi sebab dalam keadaan tertekan ? Cuak, risau rasa bersalah pun boleh jadi. Again, bawa balai. Ikut kes tu tadi, dah kompom budak tu tak berani nak pergi balai, dah helmet pun tiada ! Lesen lagi ?! Haha Kesian perempuan tu laa, dah la bayar kat budak tu, kos ketuk pintu kereta tu lagi ? Kalau kat USA, boleh saman atas nama sakit hati, jiwa tertekan tahu ?

P/s : Emosi perempuan atas jalan pun boleh jadi. So, please perempuan. Bagi ayah atau abang kau bawa boleh ? Kami lelaki rasa 'ngeri' dengan pemanduan anda. Kalau line kanan atas highway korang rasa laju dengan 120km, sila ketepi hokeyy ? Aku mintak secara gentleman nihhh -,-

No comments:

Post a Comment