Monday, July 9, 2012

Tidak sah !




السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


" Kami datang menaiki kereta,
walau jauh tidak terasa,
hajat ingin memetik bunga,
kerana kumbang mengada-ngada.


Tidur malam tidak lena,
fikiran melayang serba tak kena,
senyum lebar hingga ke telinga,
hati tak keruan teringatkan bunga. "

Hehs,iwangss disitu. Menurut sifu kamera Ipoh, Brader Syed, ini pantun orang datang nak merisik. Tidak hairan dia boleh buat status macam ini kalau kerja dia weeding photoshoot, sepenuh masa rasanya. Mesti ada dengar satu dua orang beradat Melayu berpantun kan ? Jadi, ikut adat Melayu, pihak lelakilah yang berpantun ini kan ? 


Kalau kes macam ini, pihak perempuan pun boleh berpantun, hehe

Ada dalam dua tiga minggu lepas, waktu berniaga di Pasar Malam Taman Cempaka, Seri Kinta, Ipoh. Waktu itu gerai aku disebelah gerai yang menjual benjo. Petang itu baik - baik sahaja, tidak panas, angin bertiup pun sekadar mendamaikan. Seronoknya berniaganya disini, bayang - bayang Bukit Kledang menutup kawasan sini, walaupun langit masih kelihatan biru, awan putih bercampur jingga. Subahanaallah, indah bukan ? Dalam ralit berniaga, datang seorang rakan sepekerjanya. Ikutkan jam, datangnya lewat sedang matahari dah lama keluar pancar oren, tunggu masa sahaja untuk melabuhkan tirai. Oleh sebab jaraknya antara gerai ke gerai cuma sekaki, tangkap sahaja telinga aku akan perbualan antara mereka berdua. Bunyinya lebih kurang sebegini :

" Tadi aku solat ( asar ) di surau dekat sini haa. Saja lepas solat duduk sebentar melepaskan lelah. Tengah hari kan panas ? ( duduk sebentar sebelum / lepas solat adalah sunnah. Ada ciri ciri alim dia nih ) Lepas tu ada datang ramai orang. Aku hairanlah juga. Rupa - rupanya ada 2 orang nak bernikah. ( 2 pasangan ). Aish, selama aku hidup, tak pernah pula aku tengok orang angkat lafaz nikah. Kira lambat tadi lihat merekalah. Saja duduk senyap senyap di jemaah belakang. Segan rupanya si lelaki kena duduk di tengah tengah bersama tok imam. Kena pula kamera sana sini ambil gambar dia cover malu. Aku pun cuak macam itu. Tak hairanlah ada kes orang gugup sebut " aku terima nikahnya " sampai berkali - kali. ( Aku dah tergelak kecil dari jauh. Betul juga. ). Bila selesai si pengantin lelaki lafaz angkat nikah, tok imam pun ( tok kadi ) sebutlah sah. Dah disebut, dia tanya beberapa orang. Sah, sah, sah, sah semuanya. Aku terfikirlah masa itu, apa jadi kalau aku seorang angkat tangan, bangun cakap " TIDAK SAH ! "

Hahahaha, semua orang tergelak saat itu termasuklah aku ! Adeh, aku mula muhasabah diri. Iyea, aku pun tak pernah ikut mana - mana majlis akad nikah sepanjang hidup aku. Sebab itu aku ada tanya atuk Apek ( LINK ) perihal adat istiadat orang Melayu kahwin. Nak tahu juga. Tak berani ulas panjang, tiada pengalaman sendiri tapi aku teringin tahu. . apa kuasa orang selain tok kadi itu sebut sah atau tidak yea ? Perlukah mereka diiktiraf oleh mufti negeri sama seperti tok kadi tu ? O.o


P/s : Nak tukar tali jam. Tapi, tali jam aku tu harganya RM100. Kena tunggu tempahan 4 minggu pulak tu. Naya naya #.#

3 comments:

  1. selalu tgk org akad nikah sbb ayah kena jd wakil pihak pengantin, cuak jgk! rasanya kalau ada yg ckp xsah, akad itu perlu diulang ~pengalaman tgk akad nikah live kat tv~

    ReplyDelete
  2. yg ckp sah tu saksi kt sblh.. tok kadi akan bwk 2 saksi utk dgr sama ada btul @ x lafaz tu.. so, kiranya pndangan saksi jela yg didengar..

    p/s: pengalaman tgk abg kawen live dpn mata..:)

    ReplyDelete
  3. owh. . kena sampai puaskan hati semua pihak eh ?

    ReplyDelete