Tuesday, August 14, 2012

Oh no !

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Berjerebu. Kawasan Ipoh dilanda jerebu sejak semalam lagi. Tapi, penduduk Ipoh bertuah kerana sudah dua hari berturut - turut cuacanya redup, berangin dan haba bawaan jerebu tidak terasa. Alhamdulillah (Y) Mengambil keputusan untuk keluar dari kepompong teratak No.17, saat kubuka pintu pagar buat laluan keluar keretaku, aku terpandang isi dalam plastik jernih peti suratku. Ada kertas putih terang dilihat mata. Eh, ada surat. Cepat - cepat aku buka perutnya, lalu mencapai lembut kertas tersebut. Wohooo ! Surat ini beralamatkan nama aku ! 


Mungkinkah ini surat chenta dari MARA ?
Oh, aku sangatlah ternanti - nantikan ini :D

Atau. .  sampul surat berisi kad hari raya seperti tempoh hari ?
Another admire I guess ? :P


Lihat jam, sudah lambat. Risau tokey jahit baju tutup kedai, melepas kiraan ambil baju melayu raya aku hari ini. Kena ambil barang di kedai dobi lagi. Haih cepat, cepat. Hati - hati tanganku membuka sampul surat tersebut takut rosak kertas isinya nanti. Teringat beberapa tahun lepas, aku tersalah koyak sampul duit raya, terkoyak habis RM10 aku T.T Lipatan kemas surat dibuka cermat, tangan melurut-lurut betulkannya. Oh ! Surat formal lah ! Hati bangga membaca nama pada surat tersebut, mungkin terbit ucapan tahniah dari MARA sekali lagi ? Teehee. Aik, lain macam. Mata terkebil - kebil, tidak percaya. Apakah. . 





Baca lagi. . kenal pasti dengan betul. .


Oh no !




P L K N ! ! !

Kusangkakan surat chenta dari MARA, rupanya salam ingatan dari PLKN ! 

T.T 

Hadui !!! Semuanya bermula dengan, 




permohonan kecuali/tangguh aku telah tamat tempoh. Sebenarnya, ada haritu PLKN hantar surat suruh jelaskan berkenaan permohonan kecuali/tangguh. Tapi aku buat dunno, buang surat tu, hehe Ingat lagi, masa tu bulan ramadan di ASiS kalau tak silap, check PLKN melalui khidmat SMS. Bila dapat balas, nama naik, rasa macam nak membakorrr ! Sumpah ! But, ehem, I skipped this nightmare due to my health problems. Easy huh ? Taklah suka mana kalau masalah kesihatan itu meleret sampai sekarang. Masalah lagi satu, kaki aku. Dah berapa lama tak main bola & futsal risau - risau masalah sama berulang. Main pun kena berhati-hati. Sekali kena sakit woooo -,-




Tahun lepas kena di Kem 1 PLKN Sri Impian,Sg.Bakap, Pulau Pinang. Ikutkan, aku dapat kem yang sama dengan Hazmi ! Mula dapat tahu kawan baik pun dapat sama, tiada pun rasa nak mengelak dari khidmat negara ini. Lagi rasa seronok, lagi rasa ada semangat serta sama adalah. Sekali, mak suruh fikir pasal diri, kesihatan terutamanya. And. .  pwehhhh, it's worth it B) 


Kenapa ?


1. 3 Bulan


Gila hapa kem 3 bulan ? Pergi kem 3 hari 2 malam kat Taiping dulu pun rasa ralat ! Ada hari tidur 2-3 jam jea. Ini sangat sangatlah bertentangan dengan keperluan utama badan serta nafsu aku. Heh. Night walking, jungle trekking, flying fox, redah sungai aku suka. Tapi aku hygienicA-day trip boleh, kalau berpanjangan sampai 2-3 hari pakai baju sama, erk, bukan aku. Aku pembersih dan pengeemas hokeyy B) Kalau fikir dalam dalam, memang 3 bulan bagus buat 'basuh' otak para pelatih, sayangnya, aku tidak rela, haha Tempat kem tawaran tahun ini, Lawan Kuda, Gopeng, dekat jea dengan Ipoh. Mak ayah aku boleh datang melawat tiap - tiap minggu. Homesick jadi kurang kalau kawasan dekat, bayar upah bas tak sampai RM 5 pun dah boleh sampai rumah. Tapi . . 3 bulan boleh buat macam - macam kowt !


2. Kesihatan.


Ehem, duduk sekolah asrama penuh pun kesihatan tidak terjaga, how can I expect a healthier environment, medical attention in the jungleeeeeeeeeeeeeee. Hazmi cakap kem kat Pulau Pinang tu bukan kat hutan sangat, kira hujung kampung. How cares kalau sekolah aku dahulu dalam bandar, medical attention still sucks ? From my own experiences, I doubt it . I've suffered a lot. Nuff said.


3. What ?




Self-transport ? Hell noooooo ! Ai, dah tiada duit ke ? Haha


4. Perkara yang membuatkan aku gelak secara berjemaah dengan ibu terchenta.




Kahkahkah ! Dari RM 450 kepada RM 150 sebulan ? Adoi. Aku duduk goyang kaki kat rumah pun mak aku beri lebih daripada itu -,- In fact, aku niaga tiga 4 hari dah dapat banyak itu kowt *winkwink


Konklusinya ?


Tahun ini tidak perlu pergi klinik/hospital bagai dapatkan pengesahan penyakit sebab aku cuma perlu sertakan surat tawaran belajar Nottingham sahaja. Mudah. Senang. Tak serabut kepala. Yang perlu aku segerakan sekarang, surat tawaran PLKN. Aku kena usahakan itu, sebabnya dalam surat tersebut disertakan sekali surat permohonan kecuali/tangguh. Surat itu dahulu. . aku buang, hehe -00- Inisiatif kerajaan ini bagus, dan lebih baik daripada Singapura yang mengenakan kem yang sama tetapi untuk 2 tahun berturut - turut buat belia di sana. Tapi, bukan semua orang berminat, kan ? I need to find a doctor, a very good, kind doctor that can listen to my health problems where he or she can bring this to an end. Malas dah nak fikir perkara remeh macam ini. Dan, hairanya, kawan aku yang sihat pun boleh dikecualikan disebabkan mak bapak kawan ataupun sedara mara mereka adalah doktor, asal aku yang sakit tak boleh ? What a cold world, tak adil betul -.-'


P/s : Erm, ramai orang yang aku tahu dah terbitkan novel. Aku, bila pula ?


I found this on my Tumblr dashboard.

Le truth. Nasib lintas mana-mana nama dalam kepala terus kembali ingat Allah. Tapi, terkadang lupa juga, sampai lalai. Bukan senang tahu nak kawal nafsu lelaki ini ? Minda aku, masih perlu didikan sempurna. Nafsu pun sama. Aku nak ingat Allah selalu, sampai mati. Para sahabat dahulu berhenti sekejap jea zikir hati ( kalau tak silap ), terus menangis nangis katakan dirinya MUNAFIQ ! Kita pula bagaimana ?

5 comments:

  1. plkn..? okeh je pon. klu x sihat.... boleh je dikecualikan dr aktiviti.. duduk je dalam bilik rehat. ada je yg mohon balik umah...banyak kali pulak tu..dgn alasan mslh kesihatan la... x rasa rugi ke x join awal2..lau tangguh t kne join plkn dgn bdk2 plak lepas abis blaja...kakak kawan saya terpaksa join plkn lepas dye abis study...

    ReplyDelete
  2. i'd like to share the photo you found on tumblr :)

    ReplyDelete
  3. gmbar last tu,

    terpanah sejenak =D

    woit memang elaun dia 150 sbulan la -.-
    total 450

    ReplyDelete
  4. mye : erm, Hazmi kawan baik tu balik jadi robot. takut ah :P

    FA : err. . cuba avoid plkn jgak, aha

    DQ : go ahead, sharing is caring kan ? :)

    IS : Owh yeke ? sorry sorry -,-

    ReplyDelete