السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Makan Kitchen di Tingkat 10 hotel tersebut.
Dalam restauran itu, ada banyak tempat duduk. Aku tak pasti setiap tempat berlainan harga, sebab ada tempat tu gloomy gila. Terlebih romantik. Ada tempat gaya VVIP, ada biasa - biasa sahaja. So, thanks untuk Mak Long sebab reserve tepi tingkap, bagi aku cantik sangat ! :D Aku kat Nottingham pun kalau makan, mesti cari tempat menghadap awan membiru, atau paling kurang nampak ladang menghijau di belakang, hewhew. Pencahayaan di sini sedikit malap, jadi maafkan kalau gambar kurang cantik yea :P
Segala susun atur restauran cantik ! Hiasan pun top lah. Kalah tempat kerja aku dahulu :P Uniknya, lauk pauk di sini bertemakan 3 makanan tradisional dari kaum Melayu Kristag, India-Iban dan Nyonya.
Biasalah kalau sampai ke buffet, mesti jalan - jalan lihat mana yang berkenan dahulu. Sebut nak apa ? Macam macam lauk pauk ada. Rambang mata wehhh ! Bagi pencinta makanan macam aku, semua benda nampak sedap. Heh. Nafsu nafsu.
Sekadar hiasan. Cantik kan ?
Papadom. Teringat filem Melayu lakonan Afdlin Shauki, Papadom -.-
Hah, seperti yang aku sebut tadi, ini dari 'pihak' India. Roti canai, murtabak memang tak lari kan ? Hah, tandoori pun ada sini, siap berbagai perasa disediakan. Dalam banyak - banyak pilihan, aku pilih roti bom. Hahaha Lawak sebab aku tak pernah makan roti bom selama ini. Sedap rupanya ! Ada manis manis sedikit, aku suka benda manis B)
Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaatey ! Satey ayam ada, satey daging ada. Pilih pilih. Aku cari makanan rare, so. . next time lah yea wahai en.satey :>
Hah, aku suka ikan bakar ! Pilihan di sini, seingat aku ada dua. Ikan Pari dan Ikan Kembung bakar. Ada berbagai kuah disediakan. Ini 'gerai' laris kowt, siap kena beratur nak ambil. Cuma bagi aku, sedikit kecewa bila tahu pilihan yang ada, sebab. . aku ingatkan ada salmon. Next next. . :(
Makanan berkuah ? Sini ada ! Mee, meehun, kew teuw ( aku selalu fail eja makanan ini dengan betul -.-' ) dan laksa pun ada rasanya. Pelbagai jenis kuah, hiasan. Di hujung sana, ada makanan laut. Aaaa.. seingat aku, ada ketam, tiram laut. Bak kata Ammar, " makanan Mr.Bean ", kuikuikui. But well, not my type. Next.
Hah ? Apa nih ? Doktor buat pemendahan kat sini ?
Jeng jeng jeng ! Kesukaan ramai, daging kambing panggang ! Aku ambil dua pinggan :3
Macam - macam makanan ada disini. Pilihan air, tidak kurangnya. Above all, aku cari yang sunnah. Tembikai. Kurma. Air putih dan warm water. Daging kambing buat berbuka. Itu lebih baik kan ? Cuma makan kali ini, aku kurang berselera. Nasi tiada, cuma lauk sahaja aku makan. Iaitu, daging kambing tu.
Masing masing taknak mengalah lauknya -,-
Along, nama sebenar, Encik Ammar :)
Daging kambing panggang part 1 nih, hehe
Owh, pertama kali jumpa juadah berbuka puasa ada daging rusa ! Lembut ! Daging rusa ini ambil dari tempat Nyonya ( Lupa ambil gambar bahagian sana ). Dim sum, daging itik, dan paling terliur, sup reneh diorang. Yum yumm. Banyak sangat makanan, sampai aku tak larat nak cover, ambil gambar satu satu. Malu tahu bila kau seorang terkinja - kinja dengan DSLR ? -.-' Pencuci mulut ada banyak pilihan. Paling larat part ini. Aku ingatkan aku ambil Cheese Cake, sekali Durian Cake daaa ! Kelat habis muka aku :s Kat sini, kalau sesuatu menu pencuci mulut habis, diganti dengan menu pencuci mulut lain. Sebagai contoh, ais krim durian habis, dia tukar kepada ais krim mint. Durian Cake habis, tukar kepada Pandan Swiss Roll. Kurma ? Heh, ada dalam 5-6 jenis. Pilih jea. Kalau 6 buahan tempatan habis, semuanya diganti baru, berlainan jenis pula. Yang aku ingat, tembikai ada, nangka, jambu air, rambutan, buah naga pun ada !
Asyik cerita makan jea, apa ada lagi ? Hah, sini Islamic dia better sikit. Such as, aku berbuka dua biji kurma, pekena air suam, taram 2 potong daging kambing, lap mulut dengan napkin terus cari surau. Sampai - sampai sana ramai oranggggggg. Bahagia betul kalau semua waktu berbuka di hotel macam ini gayanya ! Surau on the same floor, dekat pun dekat. Kalau di Hilton dulu, kena pergi basement. Aku sampai surau pun gelap jea -.-
Jalan jalan di luar kawasan jap ;
Kolam air diorang kecil gila -.-''
Aku, along dan. . eh, mana Sumaiyah ? Ish, asal ambil gambar jea mesti dia 'hilang' -.- Apa - apa pun, thanks Mak Long sebab belanja, huhu Thanks Pak Lang sekeluarga sebab jemput datang Bangi, hehe. Semoga kalian dimurahkan rezeki yea ! :D Paling utama, syukur kepada Allah kerana jika Allah tidak mengizinkan, mana nak dapat rezeki ini kan ? Alhamdulillah :')
P/s : Pakaian orang kat sini semua sopan sopan. Cuma, ada dua gadis berhijab. Gulp. Bergetar iman, sampai cair lihat diorang -..- Dan masa sebelum balik di Stesen Bas Puduraya, lihat dua gadis berhijab lain pula. Gulp. Bergetar iman, sampai rasa syukur lihat mereka dan rasa bersalah bila bandingkan diri aku serba lupa walhal mereka tanpa segan silu membaca al-Quran di khalayak ramai. Aku ? D;
" Let’s just follow the flow. Everything happens for a reason and when we follow the flow, you might just find life gets easier and far more interesting ! "
No comments:
Post a Comment