السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Bukan kali pertama, tapi kali kedua. Kali kedua aku tahu ada solat sunat nikah. Bila jadi yang kedua, sekadar peringatan lah kan ?
Dalil solat sunat selepas akad nikah
Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya :
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.”
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata :
Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud r.r. lalu berkata : Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata :
“ Sesungguhnya cinta berasal dari Allah S.W.T. sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T.. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.”
(Riwayat Abd Razak)
Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat. Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.
Wallahualam.
- Ustaz Rashidi Haji Wahab
P/s : Kalau pembaca entry ini baru pertama kali tahu pasal solat sunat ini, beruntunglah aku :')
Alhamdulillah baru semalam terpikir perkara nie..tup2 dh terjumpa..sblom nie aku terpikir boleh ke suami istri solat sunat sama2 slps akad? sbb tiap kli aku dtg dan tgk org lepas akad nikah hanya suami tu je yg solat dn istrinye dok tengok suami solat je."..tiap tu aku slalu trpikir mcm "kekurangan" kemesraan dlm hbgn dr situ..jika bg aku yg serba daif hal nie "bkn hanya suami je yg mohon keberkatan sje istrinya pon turut sama perlu lakukn hal yg sama sbb nk idop semati brsama kn...perlula mohon keberkatan sama2...*ehem*sorry la bro aku terlebih "advance" plak..walauapapun syukur Alhamdulillah Allah bg ko ilham utk sampai msg nie bg org mcm aku nie..sesungguhnya bg org mcm aku yg first time baca entry nie maka beruntung la anda!
ReplyDeleteerm, tak tahu nak komen apa sebab aku tak pernah pergi ikut majlis akad nikah orang..diri sendiri apatah lagi.
ReplyDeleteselamat beramal dengan ilmu baharu