Friday, September 14, 2012

Marah?


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Tadi COD barang. Konsep COD ini, baru aku pelajari waktu mula berurus niaga. Bagusnya bila terima atau beri barang by hands. Buruknya satu, timing lari. Sama ada aku sendiri, atau penjual. Macam beli roti. Kalau beli roti di kedai, ambil roti bayar dan terus ngap setelah baca Basmallah. Bezanya kalau kita tunggu ane roti datang dengan motor ronda - ronda satu kampung cari pelanggan. Ada hari ane cepat, ada hari lambat. Belum kira hujan panas lagi. Kalau di kedai, ada jea kat situ. Cuma ribut tahap meranapkan banggunan jea dia tutup kedai. Jadi, amatlah tertekan bila menunggu orang. Bukan aku jenis menunggu. Time waits for no man kan ? Lagipun, semalamnya lagi aku dah set timing kata nak datang dalam pukul 8-9 pagi. Dan, sebelum sampai lokasi COD, aku dah text kata sampai dalam 10minit. Walhal, dalam 3 minit aku dah sampai. Bagi aku, rugi. Masa dibuang begitu sahaja. Tambah sedih, bila apa - apa bahan bacaan lupa dibawa. Haih. Masa muda aku terbuang selama 30 minit ! Letih menunggu, aku perasan ada  Myvi hitam SE1.5 nun dihujung sana. Dapat mesej,

" Akak dah sampai, dalam Myvi hitam "

Betul lah orang tu. Dulu pun COD orang yang sama, cuma dulu kereta yang dipandunya KIA Spectra. Waktu dibuka pintu, terus dihulur barang yang kucari. Bukan mudah mendapatkan barang tersebut. Sehari dua aku mencari, beberapa mesej aku hantar pada pembekal yang berbeza, last - last semuanya kembali kat kakak seorang ini. Beberapa maklumat bertukar tangan, segala hal perlu diperjelas hari ini. Makin dibiar lama, makin serabut bila tidak terurus. Kena pula, waktu mendaftar di Notts sana cuma beberapa hari sahaja  lagi. Saat aku bertanya itu dan ini mendapatkan keputusan, aku perasan ada anak kecil disebelah seat kakak itu. Lelaki, dalam 2-3 tahun. Comel, tersangatlah comel. Kalau tadi sekadar bernada serius, kali ini aku tanya dan jawab sekadar acuh tak acuh bila mata mula mencuri pandang anak kecil itu. Entah kenapa, aku suka dengan budak kecil akhir akhir ini. Amatlah jeles lihat kawan yang ada adik kecil yang boleh dibuat main sama. Kalau kau ada adik beza setahun, apa boleh buat ? Tickle her to death ? Geli aku. Mungkin belum cukup nikmat punyai satu adik dalam hidup aku. Mungkin aku suka lihat pure laugh mereka. Atau mungkin sebenarnya kecomelan mereka ini jadi buruan mata aku ? Sampai tadi, hati aku cair lihat mata besar dia. Lihat dia mengetap bibir pun aku dah hampir tersenyum ! Ceh, padahal bila diberi pegang anak kecil pun takut. Dalam berbual, kakak tu tanya satu soalan. 

" Maaf lama ke menunggu tadi ? "

Gulp. Aku risau bila bertemu soalan begini. Jenis soalan yang seakan cuba merobek keluar segala marah yang dipendam dalam hati. Risau, segala 'rintihan' aku keluarkan dari lubuk hati lalu terbit di mulut dalam bahasa yang meninggung perasaan orang. Siapa tak kenal aku dengan bahasa sinis ? Aku lihat riak muka akak pada waktu itu pun bagai dah bersedia untuk 'dibaham' singa dihadapannya. Atau paling kurang,  telinganya disebalik tudung itu mungkin sudah disumbat dengan earplug terlebih dahulu. Daripada dengar orang membebel, lebih baik dengar lagu rancak Dance dance dari Fall Out Boy. Kan ? Mungkin masa itu jadi bukti obvious, tapi reaksi aku kepadanya pun turut sama ke ? Aku tidak menjawab, bagi aku past is past. Dan bagi aku, menyatakan ' Ia ' akan memanjangkan berbincangan aku sedang aku perlu berkejar ke tengah pekan pula sebentar lagi. Banyak perkara perlu diuruskan. Tidak berbaloi menjawab, aku cuma membalas senyuman tanpa menuturkan sebarang kata. Aku entah, rasa teringin jadi seperti Harith, Kedah, Paep - golongan jenis muka otot marah tidak berfungsi. Provoke lah banyak mana, muka plain jea. Hanya dari isi katanya sahaja baru boleh perasan, dia marah, rungsing atau kehadiran kita rasa annoying. Aku nak jadi macam itu. Kadang kadang segan bila orang lain tahu kita sedang dalam jiwa api marah menyala walau mulut terkunci. Macam ada hari, aku consult dengan seorang peniaga dalam mendapatkan keadaan yang terbaik pada harga yang berpatutan. Waktu itu, aku tolong mak aku. Berbincang lama, aku terdiam, dan terus mak aku kata " Lain kali saya datang sini lagi " kepada peniaga tersebut. Mak aku perasan muka keruh aku, muka rungsing tak puas hati. Waktu pilih jenis ikan bakar pun sama. Mak aku tunjukkan itu ini, aku lihat sahaja mana jari telunjuk mak aku pergi. Dari hujung sampai hujung satu lagi mata aku melirik, tahu sahaja mak aku mana satu yang aku berkenan, cuma dari muka. Haa, itu belum waktu marah. Semua orang perasan bila dahi berkerut hodoh !

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رجلا قال للنبى صلى الله عليه وسلم: أوصيني ، قال: لا تغضب ، فردد مرارا ، قال : لا تغضب .  رواه البخارى .

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. dengan katanya; Berilah nasihat kepada saya, Baginda berkata: jangan kamu marah, lalu diulangi beberapa kali, baginda menjawab; jangan kamu marah”, Hadis riwayat al-Bukhari.

Kenapa baginda sebut jangan marah ? Kerana ada bahana menanti jika fitrah itu tidak diurus baik. Sebagai manusia biasa, perkara ini bukan mudah. Tambah pula ego lelaki, lagilah payah. Bila keadilan itu dicabuli, amarah mula naik. Bila rasa terganggu sedikit, mula rasa ingin melenting. Bila datang perkara yang tidak diundang sama sekali, cepat sahaja mulut menyumpah. Diri terseksa, orang lain turut rasai sama. Kalau bukan dek simpati, mereka terasa kita ini jenis yang perlu dijauhi kerana dicop sebagai si panas baran. Naya. Jangan hairan muka handsome comel cantik kacak bila marah rasa seperti lihat hantu mengamuk. Kata seorang ustaz, rupa orang marah merah padam mirip wajah syaitan kerana saat itu kita terikut amalan jahat syaitan haroomm iaitu MARAH.

Apa langkah aku ?

Ahmad, Termizi dan Abu Daud meriwayatkan dengan maksud; Jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia diam, Rasul Allah mengulanginya sebanyak tiga kali”.

Diam. Diam tanda kita berkabung, berkabung melihat nafsu marah kita ditanam dalam hati. Tapi, ini lebih baik, dan sebaik baiknya perkara yang kita boleh lakukan sewaktu marah. Waktu berdiri, duduk, baring sekalipun, diam boleh dilaksanakan pada ketiga - tiga kedudukan tersebut. Lagipun, bila kita diam, hilang sebentar satu keupayaan kita, iaitu bercakap. Bila diam, tenaga akan pergi pula kepada keupayaan kita yang lain, dan salah satu keupayaan kita sebagai manusia, adalah akal untuk berfikir. Kita manusia ciptaan terbaik Allah, kerana diletakkan akal dibuat pemikiran. Lantas gunakan sebaik mungkin dalam menghadapi pelbagai situasi kehidupan sebagai seorang manusia. Marah itu fitrah, namun jika tidak diuruskan dengan baik mudah sahaja jadi fitnah. Saat marah itu, pinjamkan sebentar masa 5 - 10 saat. Apa kebaikan aku bila memaki orang ? Apakah kebanggaan dicari dengan mengerunkan musuh dengan sifat syaitan ini ? Kalau aku marah, situasi bertambah tegang atau kendur kembali kepada normal ? Ingat, bila marah hati kita dipermainkan syaitan. Bila marah, hati orang lain terusik sama. Jangan lupa antara kosep diketengahkan dalam kalamnya ; HabluminallahHabluminannas. Haaa, bila kita guris hati orang lain, bukan itu menafikan hak dia sebagai seorang teman, sesaudara Islam malah ahli keluarga sendiri ?  Ops, bila kita nafikan orang lain, hilang satu doa dari mereka tahu ? Kalau hati ibu bapa terguris, lagi parah bila baginda bersabda dalam hadis riwayat at- Tarmizi : “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” 

Gulp.

Marah, boleh merosakkan sel sel otak, otot otot muka jadi tegang berwajah hodoh, situasi bertambah runcing, hati jadi tak tenang malah dosa pula bertambah tambah jika tidak dikawal sempurna. Hak manusia untuk marah, tapi Allah Maha Mengetahui. Masakan tidak Allah sudah perjelaskan dalam surah al-Araf ayat 199. Be different bila orang biasa - biasa akan marah bila dihulur marah, namun kita ini bijak, berfikir, dan menggunakan akal sebaik mungkin untuk tidak bertindak seperti mereka. Jadi, apa sitausi pun, kita perlu jadi lain daripada yang lain iaitu sabar dan senyum. Be different bila kita jadi orang gagah yang sebenar sedang orang lain lemah membiarkan nafsu amarah bergelora di dada.

“ليس الشديد بالصرعة ، انما الشديد الدي يملك نفسه عند الغضب “

Ertinya: Bukanlah orang yang gagah itu orang yang kuat bergusti( menjatuhkan orang lain ), tetapi orang yang gagah itu adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah”.

Soal muka keruh tanpa dipinta itu mungkin tidak boleh diubah, kerana body language bercakap lebih banyak kebaikan buat diri dan orang lain sebenarnya. Macam minum air yang kelat, muka pun jadi kelat sama. Tapi kalau sudah terbiasa minum air tersebut, muka pun jadi tawar sebagaimana rasa air yang kelat pun dirasakan tawar ! Maka dalam mencapai tindak balas tubuh badan yang tenang jenis immune makian herdikan, perlu bermula dari hati agar hati tenang terlebih dahulu. Dan amalan orang yang berhati tenang salah satunya selalu beristighfar dan kurang ketawa. 




Save your day by smiling because :) is a drug that everybody's looking for.


P/s : Marah itu perlu bila memarahi diri yang lemah melawan nafsu. Ekploitasi marah tersebut dengan taubat serta amalan yang berganda. Senyum pula perlu murah dan manis bak gula, tapi jangan sebarangan senyum. Salah senyum, fitnah menanti, dosa pula yang jadi.

4 comments:

  1. assalamualaikum. maaf lambat. kalau nak pegi ceramah dr zakir naik tu boleh register dekat link nie.

    Register here : http://drzakirnaikmalaysiantour2012.eventbrite.com/

    harap2 sempat :))

    ReplyDelete
  2. Hahaha just what I need, semi. Just what I need. aku tengah rasa sangat pissed off with someone but then, you came and wrote this. La taghdhab =) thanks !

    ReplyDelete
  3. semoga bermanfaat jajan oit :D

    ReplyDelete