Wednesday, September 12, 2012

Tumblr #5




السلام عليكم و رحمة الله و بركاته






Terkadang persoalan ini datang bermukim dihati. Siapa tidak mahu diri disayangi ? Sekurangnya aku tahu, dalam perjalanan hidup sunyi ini, ada mata yang selalu memerhatikanku, ada hati dari jauh terasa berat bila aku ditimpa celaka, ada bibir tersenyum saat melihatkan aku gembira. Namun aku tahu serta sedia maklum, Allah sayangkan aku sepanjang masa, pada detik susah mahupun senang. Saat aku dekat, kuterasa rahmat. Pelbagai rezeki bertandang, sehingga diri mudah menguntum senyuman. Saat aku menjauh, Dia lemparkan peringatan, buat kukembali berpaut pada tali yang benar. Bukan tanda sayang itu terdiri daripada nasihat serta peringatan ?

” Allah menyayangi hambaNya melebihi 
kasih sayang ibu kepada anaknya “
( HR Muslim )

P/s : Visit my Tumblr, mohdqhassimi.tumblr.com


somehow, macam situasi aku sekarang. 
Erm.

No comments:

Post a Comment