السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Daripada Anas bin Malik, pada suatu hari apabila Rasulullah s.a.w bersama - sama para sahabatnya, baginda tiba - tiba tertawa sehingga kelihatan gigi - gigi baginda. Beliau lalu bertanya kepada para sahabat :
" Tahukah kamu semua mengapa aku tertawa ? "
Para sahabat seperti biasa menjawab dengan penuh rendah diri :
" Allah dan RasulNya lebih mengetahui "
Baginda bersabda :
" ( Aku tertawa ) kerana perdebatan seorang hamba dengan Tuhannya pada hari pembalasan. Ia berkata : " Wahai Tuhan, tidakkah Engkau akan melindungiku daripada kezaliman ? " Allah menjawab : " Ya ". Ia berkata : " Kalau begitu, aku tidak akan menerima penyaksian kecuali berasal daripada diriku sendiri ". Allah berfirman ( yang bermaksud ) : " Cukuplah pada hari ini tubuhmu sendiri yang akan menjadi saksi, juga para malaikat pencatat amalan. "
Mulut orang itu lalu dikatup rapat dan dikatakan kepada anggota tubuhnya : " Berbicaralah ". Maka satu persatu anggota tubuhnya mula bercerita tentang semua perbuatan yang pernah dilakukannya ketika di dunia. Apabila mulutnya kembali dibuka untuk berbicara, dia mencela semua anggota tubuh ini. Dia berkata :
" Celaka kamu.
Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk membelamu ! "
( Riwayat Muslim dan al-Nasa'i )
Takut takut aku baca hadis ini, apatah lagi membayangkan setiap anggota tubuh badan aku akan bersuara bercerita perkara aib yang aku lakukan di dunia dihadapan Allah nanti ! Allah . . T.T Lihat kiri, lihat kanan. Ada dua malaikat pencatat amal dibahu kiri dan kanan. Gulp ! Semoga si pencatat amal baik bekerja keras, semoga si pencatat amal jahat berehat panjang sehingga kiamat ! Amin. Amin. Sunnatullah anggota tubuh badan kita tidak mampu berbicara selain di akhirat sana. Namun, jika kebolehan itu diserah awal semasa di dunia ini lagi, sudah tentu setiap langkah menuju keburukan ( maksiat ) akan ditegur keras oleh satu badan ! Dalam Sunan at-Tirmidzi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud,
“. . Setiap pagi, semua anggota tubuh manusia mengingatkan lidah. Mereka berkata: "
Takutlah kepada Allah untuk kami. Kami ini hanya mengikut kamu.
Jika engkau lurus, maka kami pun lurus.
Dan jika engkau bengkok, maka kami pun bengkok.". . "
Jelas dari hadis ini, semua anggota tubuh manusia tidak mampu berbuat apa, dari sudut berbicara mahupun menentang malah berasa takut saat kita berbuat maksiat kerana mereka takut akan azab daripada Allah. Sedang kita pula bagaimana ?
P/s : Badan, jom kita buat ibadah sama - sama nak ? Aku mahu kau jadi pembela aku di akhirat sana.
No comments:
Post a Comment