Friday, September 7, 2012

Terinaya ? KPDN ada.




السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

[ Khas buat carian google ]

Kisahnya begini.

Pada 28 Ogos lepas, aku ada hantar kereta di sebuah bengkel terletak di Station 18, Ipoh. Hantar untuk tukar clutch sahaja. Katanya, aku boleh mengambil semula kereta pada lewat petang esok dalam pukul 5 petang. Namun kecewa, bila keesokannya aku dapati kereta aku masih sedang diperbaiki dan dia perbaharui janjinya dengan menjamin esok tengah hari baru siap. Tertangguh sehari niatku ke Alor Setar untuk melawat atuk aku yang terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan penyakit demam kuning serta beberapa pemedahan yang bakal dijalani disana. Alhamdulillah, pada 30 Ogos keretaku siap diperbaiki dan aku terus memulakan perjalanan dari Ipoh ke Alor Setar dalam jam 2 petang. Sewaktu memandu atas lebuhraya, batas pemanduan aku hanya sekadar 100 - 110km/j sahaja, cuma ada sekali dua terbawa sehingga 130 - 140km/j. Rasa lebih selamat memecut dengan clutch baharu, tambah pula pemanduan yang lancar pada petang tersebut. Setibanya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dalam jam 4.30 petang, terdapat tanda - tanda kerosakan berlaku pada bahagian tayar hadapan sebelah kiri. Terasa bagai melanggar lubang besar walhal jalan kawasan parkir hospital tersebut rata malah masih berwarna hitam kilat. Sebagai orang yang baru mengenal dunia automotif serta baru memiliki kereta sendiri, aku cepat - cepat menghubungi rakanku berkenaan kejadian yang dialami. Mengambil langkah keselamatan, aku menyusur keluar hospital tersebut bagi mencari bengkel terdekat. Aku harus segera, barangkali aku terpaksa bermalam di sana berikutan hari sudah lewat, kebanyakkan bengkel sudah mula menutup kedai dalam kehangatan malam ambang sambutan hari kemerdekaan. Kemungkinan besar aku terpaksa bermalam 2-3 hari di sana jika gagal menemukan mana mana bengkel. Sedang dalam perjalanan, tiba - tiba sahaja tayar kiri hadapan hilang kawalan menyebabkan tayar kiri membelok ke kanan sedang tayar kanan masih elok kehadapan. Langsung kereta tidak mampu bergerak walau seinci. Waktu itu, dalam 5.30 petang.



Aku minat mini cooper. Idaman aku sehingga kancil pun aku panggil mini cooper. 
Rakan aku pun menggelarkan sedemikian.


Rezeki ada kawan yang belajar di Jitra, dia sanggup turun Alor Setar dalam memudahkan urusan aku pada petang tersebut. Syukur ada bantuan bila tiba saat yang memerlukan, alhamdulillah. Trak tunda dipanggil, dan setelah pergi beberapa buah bengkel sepanjang Jalan Langgar, akhirnya jumpa bengkel kereta yang masih beroperasi meskipun azan magrib sudah berkumandang saat itu. Apabila pemeriksaan dijalankan, didapati nat yang mengikat tie rod end dengan wheel spindle hilang. 


Sumber google.

Punca utama yang paling logik, nat tidak dipasang ketat sewaktu pemasangan semula tayar selepas membaiki clutch. Dan boleh jadi, loose sehingga tercabut dari tempat asal. Langsung teringat aku kedai sebelum ini dimana sewaktu aku melawat kedai tersebut pada hari ke-2, aku dapati kedua dua tayar hadapan ditanggalkan bagi memudahkan proses membaiki clutch. Dalam 8 suku malam, segala proses pembikinan siap dilaksanakan.

Kos yang ditanggung akan kerosakkan tersebut :


  • Kos menunda ( towing )   : RM 60 ( kira murah, di Ipoh boleh jadi RM 200 )
  • Tie rod end  tukar baru dan kos upah  : RM 70
  • Kos keseluruhan : RM 130
Ini tidak termasuk kos membetulkan alignment tayar yang sudah lari retetan masalah kerosakan tersebut. Nasib tidak menyebelahi apabila kedai membuat alignment tayar di kawasan tersebut semuanya tutup. Balik semula ke Ipoh, pada 3 September aku mendapatkan kembali pekerja dari bengkel yang membaiki clutch sebelum ini. Niat perbincangan yang baik, disertai bukti kos servis serta tie rod end yang rosak juga dikemukakan. Setelah berbincang lama, pihak beliau cuma mahu menganti kos produk tie rod end sahaja. Tidak termasuk upah pekerja, tidak termasuk kos menunda kereta. Ini belum kira kos alignment tayar sedang masalah ini berpunca daripada kecuaian pekerja mereka. Malah, kecuaian mereka itu mempertaruhkan nyawa aku pula. Dengan layanan loyar buruk dari tuan kedai, akhirnya aku mengikut nasihat ibu saudara aku yang dahulunya pekerja di bahagian KPDN, untuk membuat kes tuntutan tribunal terhadap bengkel tersebut ( atas nama syarikat ).



Apa itu KPDN ? KPDN bermaksud Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau nama penuh ' KPDNKK ' yang bermaksud Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan. Kementerian ini mula ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Salah satu tujuan penubuhan badan kementerian tersebut adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna. Ini bermaksud, jika ada sebarang kesulitan perihal penjual dan pembeli, dan masalah antara mereka berdua semakin meruncing, maka salah satu atau kedua - dua pihak tersebut boleh mendapatkan khidmat KPDN. Kalau macam aku terinaya ? Jangan risau, KPDN ada.




Nasib aku jenis suka simpan resit, jadi segala resit ini boleh jadi bukti hitam putih bagi kes aku. Bagi orang  Ipoh ( Perak juga ) khidmat KPDN boleh dapat di Aras 2, Blok A, Bangunan Persekutuan Ipoh ( Greentown ), Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450, Ipoh. Kedudukan bangunan persekutaan ini terletak di sebelah Padang Ipoh, berhampiran UNIKL, di belakang kawasan Hospital Ipoh. Ikut pengalaman, mulanya mati kutu dek tidak menahu akan atur cara. Lagipun, ini baru kali pertama aku jejak kaki aku disini. KPDN pun dahulu tahu sekadar lalu telinga sahaja. Tetapi syukur apabila baru mengorak langkah satu dua di aras tersebut, ada pekerja menyapa aku, tanya apa yang boleh dia bantu. Rupa - rupanya, dia pekerja kaunter pertanyaan bahagian aduan. Alhamdulillah, everything went well. Cuma nak beritahu di sini, ada beza buat aduan dengan buat tuntutan tribunal di KPDN. Setakat yang aku faham, jika aku buat aduan, pihak KPDN akan jadi orang tengah, akan cuba berhubung dengan pihak bengkel tersebut mendapatkan keadaan menang - menang bagi kedua - dua pihak. Cumanya, dalam aduan, tiada akta. Akta, mungkin itu istilah yang betul. Bila aku buat aduan, pihak KPDN yang jadi pengantara tidak mempunyai apa - apa kuasa untuk menyatakan apa apa syarikat perlu membayar kepada penuntut. Sebagai contoh, jika KPDN pergi ke bengkel tersebut dan tuan kedai tidak mahu menanggung apa - apa kerosakan yang terjadi, maka KPDN tidak mampu berbuat apa - apa kepada tuan kedai tersebut. Kiranya, takat yang KPDN mampu cuma menasihati sahaja. Tak brutal lah kan ? 

Berbeza pula dengan tuntutan tribunal.




Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 37 seksyen berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna seperti keanggotaannya, bidang kuasa, prosiding, award-award yang dibuat dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Obejektif tribunal tuntutan pengguna Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut. Ikutkan sejarah, dahulu sebelum akta ini diadakan, segala kes tuntutan ringan ke berat perlu dihadapkan ke mahkamah civil. Ini merumitkan, memakan kos yang tinggi serta perjalanan mahkamah yang panjang. Inilah menjadikan faktor orang awan dengan masalah kecil seperti aku lebih rela mendiamkan diri apabila kes 'ianya' terjadi. Akan tetapi, akta baru ini cuma melibatkan kos tidak melebihi RM 25 000. Tribunal ini sudah tentu ada aktanya sendiri. Salah satunya, jika aku menuntut, dan pihak bengkel terbabit tidak mahu membayar apa - apa, maka tindakan yang lanjut akan dikenakan kepada pihak bengkel tersebut. Apa yang sama antara aduan dengan tribunal ini, perbicaraan akan dibuat dalam mencapai persetujuan yang sama.




Hah, salah satu bezanya borang aduan dengan borang tuntutan tribunal, borang ini berwarna kuning ( lol obviously ) dan perlu dibayar pada harga RM 5 sahaja. Murah bukan ? Beberapa butiran perlu diisi, nama alamat no.ic no.tel diri sendiri serta penentang perlu diisi pada muka surat hadapan. Dalam muka surat ke 2, ruangan ini khas untuk menuntut kos yang aku tuntut, serta sedikit penerangan ( esei ) perlu dibuat beserta lampiran. Contoh lampiran, gambar resit di atas tadi. Borang ini datang dengan 3 set, untuk salinan penuntut, penentang serta pihak KPDN dan ketiga tiganya perlu diisi dan dihantar semula pada pihak KPDN.




Oh, salah satu lampiran yang perlu disertakan sekali dalam borang kuning tersebut adalah salinan butiran syarikat penentang. Butiran tersebut boleh didapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Di Ipoh, SSM ini terletak pada Aras 3, Bangunan Greentown Mall ( dikenali sebagai UO, atau GM ). Butiran syarikat tersebut terletak pada harga RM 13. Maksud aku, untuk mendapatkan butiran apa - apa syarikat, ianya jatuh pada harga tersebut. Dalam butiran tersebut, tertulis bermacam maklumat. Nama kedai, alamat, tahun penubuhan, tujuan pembukaan, siap nama pemilik serta alamat dan no.tel tuannya sekali. Butiran ini mungkin diperlukan oleh pihak KPDN.

Kos keseluruhan menuntut cuma RM 18. Pada mak ayah aku, harga kerosakan bukan ukuran sangat. Apa yang mereka marah waktu aku di Alor Setar lepas adalah kecuaian pekerja mereka sehingga mendatangkan kesulitan. Nyawa yang dipertaruhkan kowt, kalau korang berada di sitausi aku, apa korang hanya berdiam diri atau tegakkan keadilan ? Budaya tegur kesilapan pekedai perlu wujud dalam masyarakat kita, demi kebaikan permaslahatan juga. Bukan itu cabang dalam muamalat Islam ?


UPDATES :

I won the case EASILY  :) Begini, ketiga - tiga borang tersebut perlu mendapatkan pengesahan oleh pihak KPDN. Jadi selepas zuhur pada 4 September, aku dapatkan cop pengesahan dari jabatan tersebut. Pihak KPDN ambil satu borang, dan satu borang serta resit bayaran RM 5 kes diberikan kepada aku. Dan satu lagi ? Satu lagi ada dua pilihan, sama ada aku pos borang tersebut atau bagi terus kepada pihak bengkel tersebut ( by hand ) Jika pos, proses akan jadi lambat bukan kerana kita terpaksa mendapatkan khidmat orang tengah lagi ( orang tengah untuk hantar lampiran tersebut ). Jika pos borang itu, borang itu akan jadi surat khas dibawah akta pos. Err. . err, kurang ingat bahagian ini. Yang masih segar dalam ingatan, kad kuning akan diterima oleh pihak bengkel dari pihak pos. Setahu aku, pos yang boleh digunakan hanyalah POS Malaysia. Private company macam DHL tak boleh yea. .  Pilihan aku ? Pilihan kedua, by hands. Jimat masa. Face - to - face dengan pihak bengkel. Lagi cepat kes dapat dikendalikan.

Jadi aku pergi ke bengkel tersebut dan serahkan borang kepada yang berkenaan. Mulanya dia tercengang, terkejut bila aku sebut ' report '. Teringat bila semalamnya waktu aku serahkan salinan resit kos servis yang aku tanggung di Alor Setar, aku mengingatkan dia bahawa aku akan membuat report. Bukan nak provoke, niat aku untuk menjelaskan sampai ke mana tahap masalah yang aku ingin bawakan. Dia selamba membalas " You reportlah reportlah ", sambil tangan gaya menghalau pergi. Hah, bila aku kemukakan report dia tercengang pula ? Haih, manusia. Sedikit ketegangan berlaku bila dia dapati kos aku menuntut ialah RM 153.53 berbanding pada 3 September, aku menuntut RM 130.00 sahaja. Ops, waktu di KPDN, aku dijelaskan bahawa aku boleh menuntut lagi mana - mana kerosakan yang terjadi kesan daripada apa yang terjadi di Alor Setar lepas. Jadi, aku menuntut lagi RM 23.32 sebagai kos alignment tayar. Mulanya dia tidak mahu menerima, gaya seolah tidak mahu melayan masalah ini. Malah, mengembalikan semula borang kepadaku.

Jadi, apa perlu buat ?

PERTAMA : Perlu minta dia tanda tangan pada borang aku, tanda dia tidak mahu menerima borang tersebut. Setahu aku, akta KPDN akan bertindak keras kepada si penentang.

KEDUA : Jika dia enggan juga berbuat demikian, kes ini jadi lebih mudah apabila kita akan 'menang tanpa perbicaraan'

Oleh sebab itu, aku nyatakan kalau tidak berpuas hati, ambil borang tersebut, tunggu perbicaraan kita. Kalau tidak mahu, sila tanda tangan atau " Kes ini terus I menang U kalah ". Habis berapi dia. Inilah peniaga Cina. Jika kita perhatikan, orang Cina ini mindset mereka money-maker. Mereka buat kerja bagus, tetapi bila tiba kes ini, satu sen pun jadi berkira. Berbeza dengan peniaga Melayu yang kebanyakannya beragama Islam, sikap toleransi dan ihsan itu ada dalam perniagaan. Cumanya, orang Melayu kuat dengki dengan peniaga lain pula, hantar segala 'benda'. Pathetic. Dalam keadaan tertekan, dengan segala sumpah seranah dia ( siap cakap aku bodoh kowt ) dia keluarkan sejumlah not bernilai RM 160, dia mahukan kes ditutup secara luar perbicaraan. Aku tak ambil dahulu sebaliknya aku mendapatkan nasihat emak. Aku risau kes ini boleh jadi rasuah untuk menang kes ( Bunyi macam pelik, tapi itu jelah yang aku fikir ) Kata emak, nanti tarik balik kes di KPDN. Jadi aku terima dengan syarat. . . .




Surat akuan. Dalam dunia kini, hal berkaitan aset, duit menjadi perkara yang paling sensatif bila dibicarakan. Perkara sebeginilah yang menjadi punca semasa manusia bergaduh, seperti aku dengan pihak bengkel tersebut. Apa yang perlu dilakukan, sepotong ayat beserta nama anda, nama syarikat sertakan ayat " PERSETUJUAN SAMA ", nilai persetujuan dan tanda tangan dari kedua - dua penerima dan pemberi. Persetujuan sama ini jadi bukti kita sudah 'berbincang secara baik' di luar perbicaraan. Andai kata tiba - tiba si pemberi memanggil semula kes, ayat itu jadi bukti terbesar akan kes yang kita selesaikan sendiri. Poor handwriting ? Pardon me. Waktu itu kelam kabut, dan kena buat dua salinan 'surat akuan', satu untuk aku, satu untuk pihak bengkel. Sudahlah waktu tulis surat itu, telinga panas dengar dia membebel. Dengan ayat kesat lagi.

" Saya ambil law haa ", pendek sahaja aku balas.

Law, yeah. Aku sedang belajar law dari Universiti NCIS, CSI Miami, CSI New York, CSI Los Angeles, Criminal Mind, The Mentalist, dan paling banyak membantu dari kolej Leverage. Tindakan itu perlu, cuma beberapa langkah sahaja yang perlu dicatur dalam minda supaya mudah checkmate, thanks Sherlock. Gonna wait for le season 3. (Y)

" Ini law U punyalaa, menyusahkan olang ", balas dia sebelum kembali merungut panjang.

Aku bawa cara baik kau tolak.
Aku bawa borang akta, kau tolak.
Aku buat surat akuan, kau kutuk pulak.
Tapi, kau akur jugak, siap cepat cepat tanda tangan serah duit lagi.

Pelik manusia bila tengah marah ni. Akhirnya, rugi diri sendiri. Dah aku dapat extra RM 30, haha Alhamdulillah, selesai kes walau memakan masa dua hari kerja perjalanannya. Semoga pengalaman aku ini memberi manfaat, atau mungkin peringatan terhadap mana - mana pembaca entry ini bila 'terkena' suatu hari nanti. Who knows right ? :)

P/s : Reaksi pertama aku bila tahu punca kerosakan ? Terkejut, kerana nyawa aku dari Ipoh sehingga ke Alor Setar hanya bergantung pada satu nat sahaja ! Ya Allah, tidak terbayang saat aku memecut di atas lebuhraya sebelum itu. Boleh jadi, atuk aku pula melawat jenazah aku di ruang menuntut jenazah hospital yang sama atuk duduki. Syukur, syukur aku tiba selamat di Alor Setar ! Owh, aku jangan dibuat main. Perkara serius, aku serius. Ada orang kampung buat ladang mak aku tak jadi jadi. Duit pula mengalir macam  air, padahal satu pokok pun tak naik. Asyik toleransi yang memakan diri kesudahnya, akhirnya aku suruh mak bawa ke balai polis terus atas dakwaan ceroboh tanah. Habis cerita. 

5 comments:

  1. nice info ! KPDN aku tak pernah jejak lagi. thanks for sharing yaw.

    ReplyDelete
  2. Addin : Biasoo :B

    Ilham : err.. jangan jejak lah kesana. kalau jejak bukan tu maknanya ada masalah ? so, biar aku doakan kau agar tak perlu jejak di sana. Amin.

    ReplyDelete
  3. Wah.. ko memang awesome la... Skrg baru tau cara nak buat claim. tqvm

    ReplyDelete