Wednesday, September 5, 2012

Tumblr #4


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته





Hidup kita takkan lari daripada membuat keputusan. Malah, keputusan yang bakal kita lakukan akan memberi impak kepada diri kita sendiri. Jika bukan esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, malah ada yang terbawa hingga ke akhirat sana ! Jadi, letakkan beberapa piawaian seperti dalam gambarrajah di atas sebelum lakukan apa - apa keputusan agar keputusan kita mendapat redha Allah. 

InsyaAllah.

P/s : Tumblr :  mohdqhassimi.tumblr.com

Lihat gambarrajah tersebut, aku teringat satu dialog pendek antara aku dengan mak. Masa itu lalu Jalan Sultan Azlan Shah. Aku suka kawasan di sini, pokoknya besar, redup dari pangkal jalan hingga ke hujung kawasan. Paling menarik, tanah lot sini besar gedabak, kalah tanah kampung. Tapi, ehem ehem. . nilainya cecah jutaan ringgit, ada sehingga puluhan juta.

Aku :  Mak

Mak :  Hmm ?

Aku :  Kalau mimi kaya, mimi ingat nak beli tanah satu sini. Kondusif dan ekslusif.

Mak : . . . . 

Aku : . . . ( Senyap jea mak ni. Cuba menjeling lihat mak melalui back-mirror, tangan masih gengam 
kemas steering. Kelihatan mak melihat kiri dan kanan sepanjang jalan. Ada apa ? )

Mak :  Beli tanah disini, takpe. Tapi jangan bina rumah disini. Masjid jauh.

Aku : . . . .  "

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...