Saturday, October 6, 2012

Air Terjun Jeram Toi

السلام عليكم و رحمة الله و بركات





Alhamdulillah, petang Jumaat 21 Sept kami serumah ada kelapangan masa untuk mengikuti rakan - rakan dari rumah yang lain untuk bersama - sama melawat tempat rekreasi alam semula jadi, Air Terjun Jeram Toi. Semenyih - Jeram Toi tidaklah jauh mana, cuma dalam 30-40 minit jika lalu Broga/Ulu Beranang, manakala sejam diperlukan jika melalui Beranang. Menariknya, hampir sepanjang perjalanan, semuanya dihubungi dengan jalan kampung. Aku suka jalan kampung kerana sekitar pemandangan menghijau. Tambahan pula, Jeram Toi ini terletak pada tulang belakang tanah Semenanjung kita, iaitu Banjaran Titiwangsa. Tidak hairanlah jika beberapa bukit curam terpaksa ditempuhi dengan angin sejuk menyapa pipi. Lagi seronok, bila ramai - ramai 4 kereta join sama, kan heaven macam tu ?




Air Terjun Jeram Toi terletak dalam kawasan Hutan Lipur Jeram Toi, Kuala Klawang, daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, Jeram Toi ditemui semasa zaman pemerintahan British pada tahun 1895. Nama asalnya sempena nama To' Batin Toi, seorang ketua puak orang asli yang menghuni hutan ini suatu ketika dahulu. Mengikut ceritanya, To' Batin Toi merupakan seorang pemimpin yang bijaksana sehingga berjaya mengalahkan sekumpulan orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To' Batin Toi. Daya tarikan Jeram Toi adalah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari Puncak Gunung Telapak Buruk. Kawasan ini sesuai sekali untuk beriada bersama keluarga, dikelilingi alam rimba yang mempersonakan.



Cantik kan ?

Rasa tiada apa lagi perlu diceritakan, cuma pada pandangan aku, kawasan ini cantik susanan alam semulajadinya dan yang paling seronok, airnya sejuk dan kurang berbau. Ikutkan hidup aku, jarang sekali aku bermandi pantai mahupun sungai / air terjun. But I think, Jeram Toi Waterfall is another exception :P Jangan berendam dalam kawasan takungan, cuba dekati kawasan air mencurah jatuh, sejuknya air jauh berbeza dengan air takungan air terjun, pencemaran pun kurang pada benda yang mengalir berbanding bertakung. Nak tahu tahap mana sejuk air sini ? Aku pergi kawasan berbatu - batu tempat air terjun mengalir deras dan aku tahan sedikit arus buat sejukkan badan. Ianya mengambil masa dalam 5 minit untuk otak terasa sejuknya ! Tetapi tak boleh lawan air terjun Cameron Highland, betul - betul putih jernih, tidak berbau langsung, dan cuma berendam sekali dalam kawasan takungan sahaja sudah cukup membuatkan otak terasa sejuk. Itu belum tahan arus air terjun lagi ! D:

Owh, ada satu dua gambar lagi :




Maaf gambar cuma dari lensa talifon sahaja. Maaf bagi kawan yang tiada dalam gambar, nanti aku ambil gambar dari talifon Rashid, gambar ramai - ramai beratur di tebing sana tu. Apa - apa pun, terima kasih sebab mengajak kami turut serta sama ! :D

P/s : Seronok, bila pengetahuan yang aku kutip dari Google Earth masa cuti lepas boleh diguna pakai dalam perjalanan kali ini, hehe. Ingat balik, aku terfikir jalan mana yang menghubungkan Gunung Hantu Besar atas sebab dalam peta tiada petunjuk langsung, sekali nah Allah bawakan teman yang menunjukkan jalan ! Ya Allah ! Syukurnya ! Dengan jalan tu, silap haribulan aku boleh lepas ke rumah lama aku Pahang sana :P Owh yea, aku jumpa jalan dari Semenyih ke Ampang cuma 44km tanpa perlu mengambil jalan MRRII. Sedikit jauh, tapi kurang kereta, jalan kampung, redup dan tiada tol :->

2 comments: