Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidiladha 1433 Hijrah



“ Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni’mata Laka wal Mulk La Syarikalak “

Assalamualaikum ! InsyaAllah jika dipanjangkan umur, Jumaat ini ( 26 Oct  2012 / 10Zulhijjah 1433 ) kita seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Memandangkan ramai yang sudah mula bercuti, atau mungkin dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, saya, D-SIM, ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah. Semoga pengajaran kasih sayang serta pengorbanan dari sejarah antara dua rasul mulia, Nabi Ibrahim dan Ismail, menjadi pedoman kita dalam kita dakwah di muka bumi ini.


P/s : Sedikit pesanan, esok insya-Allah 9 zulhijjah, hari Arafah ( Hari Temu ) di mana kita semua disunatkan berpuasa.

“Barangsiapa berpuasa pada hari Arafah kerana mengharapkan redha Allah, Allah akan menghapuskan dosa 1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang.”
(Riwayat Muslim)

 Jangan lupa bangun sahur yea ? :)

2 comments: