Macam - macam terjadi.
Hairan bila mula pagi dengan cemerlang.
Subuh quran semua terjaga.
Siap dapat cover topik superposition yang bakal dibincang petangnya.
Semua itu berubah bila aku tidur.
Ya, jadual sem baru, gaya hidup baru.
Kalau sem lepas lepas mula belajar pukul 9,
tengah hari free pula, boleh tidur tika itu.
Sekarang kelas start pukul 11,
Jadual tengah hari ?
Penuh.
Jadi dalam pukul 9 lebih,
lepas belajar ibadah sedikit terus. .
Bummm ! atas sofa keras ruang tamu ini.
Mimpi pelik menjelma.
Berjumpa dengan pelbagai watak, sementara.
Kalau ada hari aku terjaga dengan air mata ( mimpikan mak sampai menangis, hairan. )
kali ini, aku terjaga dengan lidah basah membaca surah Al-Khafirun.
O.o ?
Hairan.
Bila satu satu perkara celaka datang menimpa aku.
Tersalah cara itu tersilap langkah ini.
Buat kerja dua 3 kali rasa macam orang bodoh jadinya.
Pergi kelas pula langsung tiada daya.
Mana pergi semangat MEng aku ?
Dapat jawapan P.Test, mood merundum jatuh.
Perfection is not when a silly mistake is made by a conscious mind.
Kepala pula berat sepanjang hari.
Paksa juga kepala sumbat segala ilmu.
Penat terasa, sendi sakit - sakit.
Kelas paling lewat, kelas komunikasi bahasa Jerman.
6-7.30 petang.
Hari selasa, macam biasa,
cuma kali ini semangat belajar bahasa baru itu pudar,
tidak bersemangat macam biasa - biasa.
Dahla buka puasa hari ini dengan coolmint jea
-_-
Sampai rumah, timbul pula masalah.
Masalah persaudaraan, bukan mudah nak diatasi,
biarpun cuba menjadi pihak pendamai.
Allah allah.
Beratnya dugaan hari ini.
Nafas ditarik dalam, hela panjang selalu dilepaskan.
Mengeluh, merintih, tiada siapa dengar.
Surah al-Imran : 146.
Sabar D-SIM sabar.
Baru sebentar tadi keluar,
cari barang dapur.
Keluar berdua, yang lain sibuk.
Biasanya keluar satu rumah,
kerna biasanya ini dikira 'aktiviti rumah'.
Sedih, hati merajuk, tiada siapa pujuk.
Masa lepas isi minyak, pam tayar.
Mesin pengapam tayar Shell sana rosak.
Habis lembik tayar depan jadinya dek cuba tak menjadi.
Senget kereta tahu ?
Perlahan - lahan aku cari tempat lain,
sama juga jadinya.
Dah merantau jauh jadinya, mencari yang satu.
Allah.
Beratnya.
Penutup segala kecelakaan,
cincin hilang.
Tak pasti hilang dimana,
mungkin terjatuh saat aku pilih potongan ayam Econsave tadi,
atau saat aku melompat terkejut bila pam angin 'bising' meragam ?
Yang pasti,
yang jelas,
hilang.
Cincin dah hilang.
Tahu tak berbulan - bulan, beribu - ribu kilometer aku cari cincin itu ?
Belum sampai sebulan,
dah HILANG !
Apa ini ?
Kifarah dosa ?
Allah allah.
Muhasabah, tapi tak tahu dimana puncanya.
Betul betul menguji rohani dan jasmani aku ini hari.
Terdiam aku, bila hilang benda yang aku sayang. . sangat.
Rasa nak mengadu kat mak, abah, tapi baru semalam mereka call.
Mereka pula cari aku, adu perihal kapan bila masa sesuaiku.
Satu lagi perkara yang perlu difikir.
Allah.
Tabiat sejak dibangku sekolah,
tinta jualah cara aku mencurahkan segala isi hati.
Ligat namaMu bermain diminda,
kerna aku tahu tiada siapa selanyaknya aku bersandar,
kecualiMu, ya Allah.
"Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ganjaran terhadap musibah yang sedang aku lalui
dan gantikan bagiku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya."
By looking at the bright side of life,
aku percaya, disebalik segala kesimpitan ruang dan waktu,
biarpun dalam keadaan lelah mencapai cita cita,
berusaha menunaikan impian ayah bonda,
berlari mengejar redha Illahi,
pasti ada kelapangan menanti.
Kalau bukan di dunia,
syurga sana nanti,
insyaAllah.
P/s : Kesempatan ini, takziah diucapkan kepada keluarga Akim. Arwah opah Akim baik orangnya, aku, abang selalu bila raya serbu datang rumah opah mencari nasi lemak buatannya. Satu kampung tahu sedap air tangannya. Lepas ini. . takde dah. . .
fuh. fenat.
ReplyDeleteWith every difficulty, there's an ease. Moga dimudahkan! :)
ReplyDeletehttp://youtu.be/0EsfNlgnKJg
ReplyDelete