Wednesday, October 31, 2012

Tumblr #8


السلام عليكم و رحمة الله و بركات

SPM di Padang Masyar ?


Sedang berblogging dan mengedit gambar, tiba - tiba tertekan satu folder berisi satu video. Rakaman hari keputusan SPM tahun 2010 di SM Sains Alam Shah rupanya. Melihatkan muka satu per satu, reaksi rakan - rakan dalam video mengamitkan kembali memori aku pada hari tersebut. Kalau nak tahu, seminggu sebelum keputusan SPM keluar, aku berjalan melawat rumah rakan - rakan di sekitar Lembah Klang. Alasannya ? Takut. Takut ibu bapa ikut sama ambil keputusan di ASiS ( nama gelaran sekolah tersebut ) Mulanya sedih, bila tiada ibu bapa bersama. Nasib aku ditemani dua pupu aku, yang juga bersekolah di sekolah yang sama, pada umur sebaya. Jadi, tidak bermasalahlah untuk sampai ke sekolah bila ibu bapa dua pupu aku tolong bawakan kami berdua. Saat itu, jantung berdetak kencang bila tiba kereta cikgu yang membawa keputusan SPM. Tak fikir lain dah, sama ada cemerlang atau tidak. Dalam kepala mula menyusun seribu satu ayat untuk menghadapi saat saat ‘gagal’. Dah tak fikir orang lain dah. Walau ramai sahabat ada bersama, malah ada kawan baik sekalipun di sisi, mana mampu melawan kegelisahan dihati. Keputusan ini, akan terbawa - bawa sehingga alam perkerjaan nanti !
Namun aku terbayang, kalau di Padang Masyar pula bagaimana ? Kita sering kali terdengar ibu atau bapa sendiri pun sibuk dengan hal masing - masing bila di akhirat sana sehinggakan anak - anak terbiar dengan hal mereka sendiri, apatah lagi suami atau isteri, dalam diri gelisah berhadapan dengan Allah. Gelisah bila segala amalan baik atau buruk, diadili dan dihakimi Allah akhirat sana. Kalau waktu SPM pun semua orang dah lupa segala benda dan asyik terfikir pasal keputusan sahaja, apatah lagi tiba waktu di sana pula. Tambahan pula, keputusan kita yang dihakimi Allah itu nanti akan terbawa - bawa sehingga ke syurga, ataupun neraka ! Kalau gagal SPM, atau cukup cukup makan, berbagai alasan boleh diberi, pelbagai simpati boleh diraih. Akhirat sana ? Tubuh badan yang berbicara, sedang mulut pula terkatup tidak mampu berbicara. Malah, amalan buruk sekecil - kecil zarah pun dikira sama membuktikan tiada cacat cela pengadilan disana berbanding pengadilan kecil du dunia ini ! 
Ya Allah !
Berikan kami kesudahan yang baik !
P/s : Alhamdulillah aku diberi rezeki dalam SPM. Mencari satu sudut, jauh dari kelompok manusia, jari menekan papan kekunci cellular, menelefon yang tersayang. Air mata aku deras mengalir, bila aku dengar ibu aku menangis teresak - esak kegembiraan dihujung talian. Kalaulah ibu ada dihadapan mata saat keputusan itu dilihat bersama… How I wish I could turn back time.
Kalau hebat, cari aku dalam lautan manusia dari rakaman RTM TV1 ini.

No comments:

Post a Comment