السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Khamis lepas ( rasa 15/10 kowt ), kami serumah memilih untuk keluar makan bersama. Target utama, NotBadLaa Burger Bakar di Kajang. Mula keluar lewat, dalam 10 malam baru keluar. Setibanya di sana, sesat pula, sehingga tersesat ke Fuyoo Burger Bakar. Oleh sebab Fuyoo tersorok, gaya kurang pelanggan dan belum terbaca atau dengar mana - mana komen berkenaan gerai tersebut, kami terus mengabaikan Fuyoo. Adeh, ikutkan nafsu sangat bila di depan mata ditolak. Puas pusing - pusing jalan, jumpa juga gerainya namun telah ditutup. Hampa ? Kecewa ? Sangat. Berminggu dah target nak makan sini weh ! Jadi kami hanya makan char kuew teow di gerai berhampiran. Sebelum pulang, tiba satu idea,
" Apa kata kita jalan - jalan di Uptown Jalan Reko ? "
Lewat malam, sunyi jea melintasi bandar Kajang dari Sg.Sekamat ke Jalan Reko. Sampai sana, parking, keluar - keluar ternampak satu gerai kecil :
Chessy Burger Bakar.
Chessy ? Yeah, dari jauh boleh bau keju. Tertarik, lalu kami singgah sebentar di gerai tersebut.
Paling basic, RM 5.50. Murah kan ? Jika dibandingkan NotBadLaa, ada orang cakap paling murah RM 8 ! Dengan duit elaun MARA belum masuk ( T.T ), duit yang berbaki, jadi kami memilih Basic + Cheese
Mentah.
Hah, pertama kali lihat orang bakar daging padat. Padat ke ? Melihatkan tukang panggang, dia ambil daging mentah hancur dari bekas, digempal sedikit, lalu dileperkan di atas tempat pemanggang. Oh, aku ingat dagingnya dah siap dibuat macam daging burger kat Econsave tu ? Proses memasak ? Agak lama. Dalam 10 minit kowt ? Jadi, sementara menunggu burger dimasak, aku test drive Canon D60 Shah punya !
Pening juga bila team Nikon mencuba awek team Canon. Aku suka, lagi - lagi bila lens yang dibawa Shah adalah portrait lens, f1.4.Woohoo !
Eh, eh !
Hampir siap.
Wallah, dah boleh angkat makan nih !
Opsss, camwhore bersama burger terlebih dahulu sebelum makan, teehee. Pertama kali rasa burger bakar, rasanya ini lagi tip-top berbanding Grilled Chicken Burger ( GCB ) bawaan MCD. Cuma dagingnya kurang padat, mungkin terlebih tepung atau ditidak dilenyek padat. To be honest, sedap weh burger bakar ! Besar, mulut kena luas betul - betul baru muat nak gigit. Eh, kantoi lah aku makan comot. Daging bakar sedap dimakan panas, campur dengan keju cari, salad segar, sedap sedap sedap sedap ! Cuma bagi aku, kalau ada sos lebih, itu lagi baik, baru kaw pedas. Ok lah, aku nak sambung makan, korang lihatlah gambar teman rumah aku terlebih dahulu yea ?
nomnomnom
Kenyang. Berbaloi. Nafsukan burger kulempiaskan pada burger. Siapa tak tahan wei bila selalu makan burger MCD, KFC, C.Juniors tiba - tiba berhenti dek dihimpit kesedaran anti barangan Isreal ? Jadi aku muka gembira gila bila puas dapat makan burger haha.
Janji ini lagi murah dan besar !
Janji ini lagi murah dan besar !
P/s : Waktu dalam perjalanan pulang ;
" D-SIM kalau lepas study mesti nak jalan - jalan. "
Ha'a, aku baru perasan itu -.- Tiada watermark IAMD-SIM bila gambar dari kamera orang lain. Apa apa pun, thanks bagi pinjam dslr Shah !
No comments:
Post a Comment