Wednesday, November 7, 2012

Tumblr #9

السلام عليكم و رحمة الله و بركات





Jamie Oliver’s Food Revolution. 

Aku seorang je ke yang rasa beliau ini awesome yang amat ?
Chef terkenal dari England, datang ke Amerika untuk membaiki kehidupan kanak - kanak di West Virginia. Misi utamanya ? Datang ke sekolah rendah, bantu kanak - kanak di sana untuk mengenali apa kandungan masakan yang mereka ambil, serta meningkatkan kesedaran bertapa bahayanya makanan segera yang mudah didapati di negara barat sana. Malah, dia sendiri menjadi ‘chef on duty’  dibelakang tadbir kantin dengan segala menu masakan berasaskan bahan - bahan segar. Semuanya demi kebaikan kanak - kanak yang sering kali tertipu akan kelazatan serta warna warni masakan tanpa menyedari makanan tersebut mengandungi bahan - bahan yang tidak berkhasiat.
Aku pun nak jadi seperti dia, menggunakan segala ilmu & kemahiran yang ada, lalu dicurahkan demi kebaikan manusia sejagat. Bukankah itu lebih bermakna jika dibandingkan ilmu penuh di dada tetapi segalanya hanya untuk diri sendiri ?

عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ‏ما يحب لنفسه. صحيح مسلم.

Nabi SAW telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu sebelum dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri
HR Anas Bin Malik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...