Wednesday, January 9, 2013

Relax ?

السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Aku melihat,
dalam hidup ini,
tiada masa sebenarnya untuk kukecapi definisi rehat,
atau dalam bahasa pasar "relax".


Kerna aku percaya,
hidupku ini merupakan rezeki atau hak orang lain jua.
Masaku, tenagaku,
semuanya perlu kembali kepada komuniti,
termasuklah keluargaku sendiri.

Tiada masa untuk berehat,
jika terbentang lautan ilmu,
tiada kusedut kesemuanya,
tiada kuamalkan,
sebarkan,
kepada semua.

Tiada masa untuk bersantai,
jika ibadahku masih berlompang - lompang,
sehingga jelas nampak cacat cela diri ini,
di mata Sang Pencipta.
Maluku pada malaikat,
kiri dan kanan,
yang asyik mencatit segala amalan.
Ku rasa,
biar siang hari kita menjadi singa bertenaga,
membanting tulang menolong ummah,
disamping membantu diri sendiri mencapai matlamat diri,

biar malam pula kita meletakkan diri sebagai hamba hina,
bersujud walau sehingga mengalir air mata sekalipun,
dalam mencari redha Illahi,
akan perjalanan hidup kita ini.

Kata pepatah Melayu,
berenang - renang dahulu,
berakit - rakit ketepian,
bersakit - sakit dahulu,
bersenang - senang kemudian.

Katafamousdari nasyid Melayu,
berjuang itu pahit,
kerna syurga itu manis.
kan ? :)

No comments:

Post a Comment