السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Rasanya, dah lama tak buat photo blog, kan ?
Jadi biar gambar berbicara dengan sedikit isi yang aku ulaskan ;)
Gambar dari fon rashid.
Lepas Zuhur pada Isnin [ 11.02 ] ada kenduri majlis kahwin ukhti akhwat ISMA di Masjid Uniten, Bangi. Lalu kawasan Uniten, langsung mencungkil kembali ingatan aku pada Educamp YTN entah berapa tahun lepas. Educamp dahulu mula hari Jumaat sampai Ahad. Hairan kenapa mula hari Jumaat, jadi solat Jumaat dah sah - sah di sini sahaja. Waktu habis solat Jumaat itu, aku dengan beberapa rakan lain jalan lenggang kangkung mendapatkan bus. Sekali macam VVIP dah, bila semua orang tunggu kami sahaja ! Haha. Berbalik kepada walimatul urus, awesome nya sini menu hidangan utama adalah nasi arab ! :O Mana main nasi minyak sekarang B) Kedua, suasana macam. . aku berada di kawasan usrah. Keliling orang ISMA, lelaki atau perempuan. Ustazah, lecturer, Professional Engineer pun hado. Kalau setakat tudung labuh, 'ninja' penuh jea. Berjanggut kopiah berbagai warna pun ada. Aku pula, segan - segan dengan Rashid, kami haram satu usrah nak join kihkih Tapi aku seronok pergi tempat ramai orang yang tujuannya jaga silaturahim camgini. Kenal orang baharu, berinteraksi dan ambil sedikit ilmu dunia ke akhirat ke, janji ada input. Hey, salam pun ada signifikasinya tahu ?
“ Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim,
sholatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur,
pasti kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.”
[Hadis Riwayat Tirmidzi 2409]
"Tidak ada dua orang Muslim yg bertemu kemudian bersalaman,
melainkan diampuni dosa untuk keduanya sebelum berpisah."
(HR. Abu Daud)
Best bila sertai komuniti tertentu ini, bila ramai kenalan. Macam ISMA ini juga. Jadi, doakan aku jumpa usrah yang bernaqib awesome yeah, tak kesahlah usrah mana pun janji hadooo :)
Apa - apa pun, aku dengan Rashid tergedik gedik jugak salam dengan pengantin lelaki tu. Apa orang kata, ambil berkat ?
Hewhew
Lepas sahaja pulang dari Uniten, aku bersama orang rumah ramai ramai serbu teratak Shah di Bandar Seri Damansara. Ada kenduri juga, kenduri sempena hapa entah, lupa dah. Dapatlah berjumpa lagi dengan parent Shah, huhu Mak Shah ingat lagi oh nama aku biarpun baru sekali dua berjumpa O.o Yang pasti, red velvet semalam sedap hoi ! Ada cheese topping, fruit pudding pun ada ! D: Yang penting, grilled lamb aku balun B) Tapi semalam, ada seorang insan comel, Yunus namanya.
Comel baq hang
Comel dia overload sampai aku rasa nak je tangkap dia buat main ! Haha Tapi dia suka main lari - lari, kejar sana sini :/ Orang lain panggil dia buat dek jea dengan riang berlari macam taknak henti haha Cuma ada sekali dua dia berhenti tengok aku. Cis, tergoda aku dengan mata bulat beliauuu -.- Anyway, thanks Shah jemput satu rumah datang :)(:
Masjid Al - Mukarramah Bandar Seri Damansara dengan latar tadbir sunset. One word, mewah. Another word, kecik, haha. Mewah tak mewah sampai selipar jamban pun pakai Fipper, hahaha Suka aku kalau masjid mewah ni bila lihat seni ukiran pada dinding masjid dan dalaman kubah. Cara susun atur, sistem pengudaraan pun aku ambil kira. Masjid ini pula berada di atas bukit, jadi sebahagian pemandangan persiaran Kenanga dan kawasan kelilingnya boleh dilihat dari kawasan perkarangan masjid. Kalau tak silap, LDP pun boleh nampak.
Kata Aim ;
" masjid ini macam castle dari luar "
(y)
Next, masjid negara. Pertama kali solat di sini, waktu solat subuh untuk larian Hijrah. Dulu waktu kecil pernah sampai sini, tapi sekadar melawat sahajalah. Paling suka bila berada di masjid yang selalu diselenggara, bila sistem pengudaraannya sangatlah baik. Tenang masjid ini. Walaupun bangunan lama, namun ukiranya masih tampak cantik, dengan beberapa elemen moden diketengahkan seperti pembesar suara yang mula kusangkakan tiang masjid haha Solat sini wajib saf pertama, sebab feel angin sejuk dari kipas terasa :3 Dan tak sangka aku datang sini kembali, bersama DSLR. Berjimba jimba lah aku ambil gambar . . .
Bersembang dengan rakan lepas solat, rasa tenang. Kan ? Masa ambil gambar ni pun, aku dah tak ingat berapa kali aku gelak terguling guling kat sini -,-
Ops, sebelum pekena menu menu di Ikan Siakap Sg. Kantan dan Burger Bakar Kajang, kami singgah sebentar di padang MPKj untuk aktiviti membuang segala lemak dan kolestrol terlebih makan di rumah Shah tadi hahaha
RM 5 for 15 minutes and D-SIM takes the lead, like always B) Alhamdulillah rezeki kami semalam, dan rezeki aku berturut - turut sejak cuti CNY bermula hehe Mula USJ, PJ, Sunway, Lembah Keramat, Jalan TAR, BB bla bla bla sampai lah padang MPKj nih. Semuanya bermula bila Rashid mesej
" D-SIM, kau balik tak ? "
" Tak balik "
" Kalau kau nak berjimba - jimba, aku nak ikut sekali hehe ( gaya gedik dia ) "
Tetamu itu rezeki, kan ? :)
Aku suka berjalan, jenis tak reti duduk rumah. Walau cuti tak pulang ke kampung halaman nun Ipoh sana, ada sahaja tempat aku nak merayap. Ambillah ikhtibar dari kata - kata Imam Syafie ;
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh menggenang
Singa jika tak tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran
Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa
jika di dalam hutan
Keluarlah dari sarang dan hutan,
jangan duduk diam.
" Life is only once, let it be in the path of Allah "
- Sheikh Abdullah Azzam
" Life is only once. Make sure it's worth it "
- Vladmir, Battlefield 3
Seronok bila sempat berjemaah pada semua waktu kujelajah biar entah masjid mana aku jejak. Oh yea, teringat peristiwa 'lawak' semalam.
Lokasi padang MPKj.
Undur kereta. . .
Ulat parking : RM 1 dik
Me : Untuk MPKj ? ( Cuti CNY pun ambil parking tiket ? )
Ulat parking : Ya ( emotionless )
Me : ( merungut. . . mana wallet aku nih. . eh ??? ) Resit ada ?
Ulat parking : ( Lama dia tenung macam nak makan aku ) U takpalah, jalan - jalan
Me : *senyum*
I won't pay for what's free.
SubhanaAllah,subhanaAllah, SubhanaAllah lawanya masjid! Teringin sekali untuk menjejakinya.Tapi sayang jauh sangat. Ya Allah, mudah mudahan dpt jejak suatu hari nanti. :')
ReplyDelete"Life is only once, let it be in the path of Allah." - Sheikh Abdullah Azzam.
ReplyDeletesaja ulang supaya tak lupa. naisss ~
seriuosly structure masjid negara mmg lawa, terasa nak jadi engineer bina masjid je! :D
ReplyDeleteassalamualaikum rakan bloggger,ikhwah d-sim or mohd qhassimi :D
ReplyDeleteeven tak kenal,but since u dropped comment in my blog,anggaplah ini tanda apresiasi ye.keep on writing,yoshhh!
*ouh,ye.gamba2 yg kau snap sume lawa2 T__T keep it up
Cantik gambar kau snap :) (Y)
ReplyDeletekuat berjalan :B
ReplyDeletenice photos, nice entry :)
ReplyDeletecantik gmbar... =) anyway bile hg ckp 'org rumah' kan..ak ingt bini hg td..hahaha.. =p patotla sonyap jor bile eden ado kek ipoh ni ha..rupe2nye dh balik sane...nseb baik anep gtau..
ReplyDeleteAnon : InsyaAllah suatu hari nanti sampailah anda ke masjid
ReplyDeleteini. Tapi yang lebih penting, masjid berhampiran rumah
jangan dilupakan :)
Farhana : Semoga bermanfaat (y)
Cahaya : Cahaya tu your real name ke ? Classic ! Jadi jea apa
apa yang diminati, asal ia dijalan Illahi :D
Ir : Waalaikumsalam, salam perkenalan juga :)(:
Nad : Biase B)
Adibah : Lelaki bukan anak dara kena duduk dalam rumah :B
Fatin : Thanks :D
Yan : Amboi, laju jea otak bila part 'orang rumah' haha
wah bagusnya post selit selit kata kata Islamik dgn gambar cecantik.
ReplyDeletesisp ambik berkat pengantin lagi haha
@run : lama tak pegang kamera pun, berkat tu wajib ambil haha
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteI know that it's a bit late, haha, but kalau ada pergi jalan-jalan lain kali, mohon update dalam blog lagi :)
Hiburan untuk saya yang berjiwa suka berjalan tapi tak mampu keluar banyak-banyak tampat sekaligus macam ni. Haha. One day insyaAllah.
Jazakallahi khairan :D
W'salam. Haaaa insyaAllah :D
ReplyDelete