Friday, February 8, 2013

SMS + Otak - otak !



السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Jari jemari menari di atas papan kekunci. Terkadang tangan mendapatkan pula tetikus berhampiran. Lepas gian seminggu dengan komputer riba kesayangan pada internet kelajuan 8Mbps ! Sedang leka mencari maklumat, suara hilaian Brook kedengaran. Mesej dari abang ?


" Mimi cuba cari google tulis " otak 2 ipoh " lawak "


Hmm ?
Otak - otak ?
Tangkas jari aku menekan carian yang dimaksudkan.


" Yang mana ? "


Aku merungut tatkala keluar carian yang merepek - repek.
Mana nih ?

" Tulis kat google " otak otak Ipoh " dan cari wakakaka "


Mungkin, carian gambar ?

Tekan - tekan sahaja. . .


" Abang dan bekas rakan sekelasnya "

gambar ini jadi gambar mukadimah carian gambar dari Google, hahahaha. Ok, ini sumpah lawak.


" Hahaha, mana gambar aku ? "


" Ko kan pergi sembahyang time tu
ada orang call aku tadi nak otak otak famous aku wahaha "

KAHKAHKAH !

Sumpah tergelak aku sampai sakit perut.
Sampai orang call ?

Aduyai. Bila ingat balik, memang abang aku ada beritahu, ada seorang dua ambil gambar sambil meminta beberapa details pasal perniagaan kecil kami tu.




Erm, ini cara abang dan aku manfaatkan cuti sem lepas. Seronok juga berniaga sebenarnya, duit keluar masuk semua didepan mata. Kan, sebaik - baik pekerjaan adalah dari usaha tangan sendiri, kan ? *hadis.

Anyway, thanks abang for cheering me up today :)


P/s : Sem break lagi 4 bulan dan aku dah plan apa nak buat. 
         Cuma, modal besar diperlukan. Rabbi Yassir Walatuasir.

2 comments: