Sunday, March 10, 2013

Kisah ini kisah cinta.

السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Kisah ini kisah cinta. Kisah cinta Allah kepada hambaNya, walau dia seorang pendosa. Dan cara Allah tunjukkan cintaNya, adalah dengan dia bercinta kepada manusia lain.

*   *   *

Laju aku masuk ke dalam rumah, mendapatkan barang apa yang perlu. Aku perlu bersiap segera, banyak kerja perlu dilakukan di rumah sana. Lab report sahaja pasti sudah memakan masa. Kalau dibiar santai - santai melayan sifat 'M' aku, bila masa pula waktu untuk belajar buat ujian Jumaat nanti ?

Tangan mencapai mengambil tempat. Dua beg kertas digengam erat tangkainnya. Kedua - dua coraknya berbeza, isinya juga. Lalu kuangkat sederhana tinggi ;


" Haaa, ni ada hadiah buat Along. 
Hari jadi Along minggu lepas kan ? "


Sebaris senyumanku layangkan kepada Along. Minggu lepas aku sibuk, langsung tiada masa melawat Along pada hari jadinya. Harap hadiah ini sebagai tanda aku ingat dia walau setiap isinya itu tiada berbalut. Tak sempat tadi.


" Eh, betul ke abang Qhassimi ? "


Riak wajahnya langsung berubah 180'. Wajah ceria jelas terpancar dari tubuh gempal itu. Amboi, sengih dia. Sumaiyah, kupanggil Su, disisi abangnya itu pun turut tersenyum. Su awal - awal lagi sudah terima hadiah hari jadinya sebelum kami semua mengambil abang - abangnya dari Darul Huffaz tadi. Si cilik itu mula - mulanya segan silu denganku. Senyap sahaja sepajang perjalanan kami, sehingga ke meja lunch. Ada suatu waktu, habis sahaja aku santap makanan Sundra, buku Sudoku kukeluarkan dan dibuat main. Tiba - tiba dia bangkit dari kerusinya, lalu mendapatkan lengan kananku. Ai, bila masa pula minat main Sudoku ? Si Angah pun begitu, mendapatkan lengan kiriku pula. Hah, ini peluang terbaik untuk mengajar mereka buat perkara yang bermanfaat ! Aku ajar mereka cara bermain, mengira serta susunannya satu demi satu agar mereka faham cara permainannya. Ada masa, mereka buat keputusan yang betul dengan menulis nombor yang tepat. Ada masa, mereka bingung, mana satu nak letak. Adakalanya, suasana damai di restauran tersebut pecah dengan hilai tawa kami bertiga. Ya Allah, tenangnya rasa ! Geli hati kecilku ini melayan telatah mereka. Setiap kali mereka meneka nombor mana yang perlu diletakkan, pasti aku tanya ' Kenapa ? '. Hah, haru mereka mencari jawapan yang tepat. Aku mahu mereka memahami akan sesuatu perkara, bukan sekadar menerima sahaja. Be realistic, setiap kejadian yang berlaku, pasti ada sebabnya. Mana mungkin sebuah epal jatuh dikepala Newton kalau tiada kuasa graviti Bumi bukan ? 


Mana mungkin Allah ciptakan manusia tanpa sebab bukan ?



Tugas utama kita ? Rujuk Surah Al-Fatihah ayat ke - 5.


Aku perasan, Angah lihat sahaja hadiah yang diterima adik beradiknya yang lain. Atototo, kesiannya dia


" Nah, Angah pun ada hadiah Angah. 
Kalau nak hadiah banyak,
 kena tunggu hari jadi Angah lah pulak yea ? "


Cuba aku memujuk punca kedamaian aku itu. Angah yang tak expect apa - apa, terus melompat kegirangan. " Yey ! Yey ! " Allahuakhbar, gugur rasa beban dari bahu ini melihat dia gembira. Terlupa segala masalah yang kutinggalkan sementara waktu di rumah sana. Rasa penat, rungsing memikirkan apa barang yang perlu dibeli tadi turut hilang. 

Ya Allah bahagianya rasa dengan limpahan kasih sayang ini. 
Rasa cinta ini, membuatkan kumalu pada penciptaku. 


*   *   *


" Eh, abang Qhassimi dah nak balik ? "


Aku tersenyum tanpa berkata apa - apa. Maaf sayang, cukup sahaja masaku pada kalian disini sahaja. Aku perlu bermanja bersama ilmu electrical & electronic pula.


" Assalamualaikum ! "


Jerit kecilku dari dalam kereta sambil melambai - lambai arah mereka. Along yang masih memegang erat hadiahnya turut membalas lambaianku, Angah pun juga. Eh, Su mana ? Segan kot. Pedal minyak dan clutch dimain serentak. Roda kecil keretaku pun mula mengorak langkah dibawah terik mentari sehingga hilang pandangan mereka dari cermin belakangku. Sekejap sahaja rasa masa berlalu namun cukup bermakna buat hariku ini. Ya Allah, kecil sahaja nikmat dunia kau lemparkan tepat ke hatiku, mudah sahaja buatku mengukir senyuman yang masih tak lekang dari tadi. 


Tetapi aku pula ?


Amat sedikit kamu yang bersyukur
( Al-Mulk : ayat 23 )



Rabbighfirli

. . Ya tuhankku, ampuni aku.

Warhamni

. . sayangi aku.

Warhamni

. . sayangi aku.

Warhamni ya Rabb

. . sayangi aku ya tuhanku.





P/s : Daripada belikan mainan, baik aku hadiakan barang buat mereka guna dalam menimba ilmu. Semoga Allah redha. Minggu lepas lagi aku terfikir, mungkin alatan tulis hadiah terbaik buat mereka. Idea timbul pun bila Jajan rekemenkan. Mengambil pandangan teman dunia akhiratku disini pula, si Harith, buku - buku sirah berkenaan mukjizat para rasul terdahulu pun kuselitkan dalam beg kertas itu. Kebetulan pula baucer buku RM 250 dapat minggu lepas dari pihak Notts. Alhamdulillah, semua kerja berjalan lancar walau kepala pusing memikirkan mana satu alatan tulis yang terbaik buat anak - anak kecil tu ! Akhir kata, sila tiba 2 JAM LEBIH AWAL di kedai buku kalau mahu tampilkan hadiah yang terbaik buat seseorang. Belum campur waktu balut setiap hadiah lagi :s


Tiba - tiba rasa rindu saat ini :




 Lokasi gambar ini ? 


Di hati.


11 comments:

  1. Membca smbil tersenyumm. .btw thniah da dpt baucer buku :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Kehadapan Encik Mohd. Qhassimi :P
    Walaupun segan nak komen memandangkan blog ini beratus-ratus pengikut sedangkan blog saya cuma berbelas-belas, tapi atas dasar terima kasih sbb tak boring komen di blog saya, maka terimalah komen yg panjang ini. Hihihi.

    Bukan senang untuk membuat orang lain bahagia. Maka awak adalah insan bertuah yang mampu membahagiakan, dan mungkin atas dasar itu, Allah mengurniakan kebahagiaan pula kepada awak, tanpa perlu awak bersusah-payah. Seronok saya tengok orang lain yang pandai membuat orang lain bahagia, dan tak selfish.

    Mungkin doa saya ni tak membawa erti yang besar, sebab saya cuma seorang stranger yang singgah di blog. But yeah, semoga kebahagiaan milik awak selalu :)

    ReplyDelete
  3. Salam alaik.

    Seingat saya sendiri, dua tiga tahun kebelakangan ni juga rasanya saya terfikir benda yang sama, beli hadiah yang bermanfaat buat seseorang instead of beli teddy bear letak atas katil.
    :)

    Bermanfaat buat dia, moga ada sahamnya sekali untuk kita.
    Moga, biiznillah. :)

    p.s : Org jauh nak vaucer buku juga xblh ke? -.-

    ReplyDelete
  4. nadi : :)

    IS : hai awok, saya rindu awok -00-

    hamizah : kenal, dua dua senior kat Notts ni haha

    Hanisah : thanks and good luck fly nanti !

    Adib : tersenyum ? thanks :)

    ftn : pftt mention nama penuh tu -,- Amin. Mudah mudahan persaudaraan kita bersama manusia manusia sekeliling semakin erat dengan nilai kasih sayang. InsyaAllah

    Izzati : W'salam. Bagi saya lah kan, apa yang penting bukan harga hadiah, tapi usaha mendapatkan atau buat hadiah itu. Itu lebih berharga kan ? Nilai yang disertai dengan titik peluh sendiri lebih dikenang. Orang jauh xboleh, duit elaun dah cukup byk nk cover buku kaaannn :p

    ReplyDelete
  5. Menarik..
    Selamat menyentuh hati manusia dengan penulisan.
    Lastly, everything back to Him :)

    ReplyDelete