Tuesday, April 16, 2013

Hati ini jika resah, siksa jiwa takkan sudah.

                                                                   السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Malas - malas kubuka mata. Kelihatan siling kosong dengan putaran kipas sederhana perlahan menerpa pandangan pertama aku. Segala sendi terasa sakit, kepala pula terasa pusing. Saat fikiran kusut berserabut pun boleh jatuh tertidur ? Betullah, kehangatan musim segala due date, test dan final exam kian terasa sehingga tubuh fizikal turut menunjukkan 'ketidakselesaan' aku tatkala ini. Tadi, sudah entah berapa kali aku berjumpa dengan Dr. Tberkenaan projek kerja yang sama. Saat rakan - rakan lain melompat kegembiraan dengan miniproject yang menjadi, aku terus mengerutu dihadapan miniproject aku. Apa salah aku ? Copper connection betul. Connectivity check sudah, component failure dah buat, jumper siap berselirat dari bottom view. Masih tak menjadi juga. Mahu atau tidak, jari - jemari aku berlari juga atas papan kekunci dalam menaip email kepada Dr. T, pinta akan temu janji, lagi. Langkah pula terasa berat saat menapak ke bilik hujung lorong itu. Aku pemalu orangnya. Segan sekali bila tiba saat meminta bantuan luar kemampuan aku. Tebal - tebal muka aku ketuk pintu dia, greetings manis bak gula, berusaha sedaya upaya melayangkan sebaris senyuman plastik kearah manusia tinggi darjatnya disisi aku. Kesian aku pada diri aku kembali. Penat berusaha, hasilnya tiada. Kesian pada labmates setia menanti keputusan aku. Kalau projek aku fail, habis markah buruk tercalit pada keputusan sem mereka. Kesian pada Dr, terpaksa menangguh meeting dia hanya kerana pintaan aku. Allah, malunya aku. Menambah kisah deritaku lagi, bila. . satu per satu masalah 'luar' ingin melakar gelap kisah kehidupan aku saban hari. Ingin sahaja aku luahkan perincian akan bertapa rumitnya masalah - masalah yang berlaku disekeliling aku. Namun aku tetap dengan pendirian aku, segala aib berkenaan manusia lain tempat curahannya hanya di tikar sejadah sahaja. Kerana aku tersangat takut, kalau sepatah kata mampu mengecewakan hati sesiapa. Hilang sudah suatu keberkatan doa dari insan bergelar kawan. Silap haribulan, jadi lawan. Kawan biar beribu, musuh jangan ada walau satu. Kan ?

Azan magrib sayup - sayup kedengaran. Lembut sahaja dengarnya dari rumah sewa ini, namun cukup menyentuh hati. Inalillah wa Inna ilaihi rajii'un. Semuanya kembali pada tuhan yang satu. Senyap aku akan perkaraku pendamkan sendiri, menahan sabar walau terkadang hati tercalar juga dengan tomahan serta tindak tanduk kurang matang. Firman Tuhan yang kucinta ; Sabar itu solusi terbaik ( If ye show patience, that is indeed the best (course) for those who are patient ).


Dalam surah yang sama, An-Nahl, ayat 42 ;


" (yaitu) orang-orang yang sabar

dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal "


Tangan mencapai botol mineral 1.5L dari atas meja. Dengan nada bersahaja, aku merendahkan diri dihadapan tuhan, memanjat doa sebelum aku putuskan lapar yang kutahan sejak subuh paginya tadi. Pantas kupanjat tangga pula, menuju bilik tempat aku bersendiri dirumah ini. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, mata 'menerokai' setiap penjuru bilik bagaikan aku orang yang asing. Kemas, tiada apa yang berubah, semuanya ditempat yang sama sahaja. Cuma ada tempat, sampai berhabuk jadinya. Ah, tiada masa aku menghadap bilik ini. Kalaulah aku pilih bermalasan melayan nafsu sendirian, nescaya cadar lembut itu kuulit diri tak mahu lepas. Pasti, bilik ini jadi saksi kebanyakan masa aku buang dari diri remaja. Dulu, sekarang jauh berbeza. Usia semakin meningkat, tanggungjawab juga turut serta sama. Walaupun berat, aku harus hadapi realiti. Bila terdetik rasa putus asa, firman Allah mula bermain dalam kepala ;


" Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya

melainkan orang-orang yang sesat (kafir). "



Kecewa -> putus asa -> kafir ?

Allah.


" Hidup ini memang payah
Kadang gelap kadang cerah
Hati ini jika resah
Siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
Ku terima ku berserah
Hati ini bila pasrah
Yang susah bisa mudah. " - sini.



Pesan mak, kita kena senantiasa bersangka baik pada tuhan, biar apa yang berlaku sekalipun. Baik atau buruk semuanya ada hikmah. Fungsi mindset juga kena reset, wajib menerima sesuatu perkara buruk sebagai pengajaran atau bahasa lebih manis, pengalaman untuk belajar sesuatu perkara baharu. Waktu suka pula perlu beringat, bukan semua rezeki itu nikmat. Salah diatur, jadi pengikat maksiat. Lagipun, detik gembira dalam kehidupan lah saat dimana seseorang hamba diuji keimanannya. Muhasabah diri, berapa ramai ingat tuhan bila sedang bersembang dengan rakan sehingga gelak sakan ?


Aku turunkan baju pilihan buat sembahyang dari jeriji besi itu. Terpegun aku sebentar melihatkan pemandangan diluar jendela. Awan biru yang selalu kunantikan, selalu aku puja dari skrin lebar kisah dunia luar, kini berlangsung dihadapan mata ! Ya Allah, campuran berlapis warna cerah ke warna gelap baru pertama kali aku lihat dari mata kepala sendiri. Subahanaallah ! Subahanallah ! Lama aku mengidam perkara ini, lama aku mencari lokasi sesuai ambil gambar pemandangan begini, lama aku nantikan saat saat keemasan begini, siapa sangka tuhan berikan saat kusulit begini ?


Dan,
siapa kata,
tuhan tidak mendengar rintihan hati kecil setiap hambaNya ?


Aku bersyukur, kerana aku tidak terkecuali juga. Tersenyum aku melihatkan senyuman bulan ditengah - tengah dada langit membiru. Tiada awan, tiada burung berkicauan. Biru, sungguh biru menawan. Dari campuran sisa matahari yang masih tinggal, langit cerah itu beransur tenggelam dengan warna biru pekat langit itu sendiri. Dalam kepekatan itu, yang tinggal cuma senyuman putih makhluk itu, sungguh buat aku tersipu malu. Kerana bulan itu terus tersenyum walau hakikatnya disana cumalah tanah gersang lagi berdebu. Sedangkan aku miliki segalanya disini, orang tuaku, rakan - rakanku, sihat tubuh badanku dan paling utama akal & imanku. Berdustakah aku akan nikmat pemberian tuhan ?



"Nikmat apa lagi yang perlu engkau dustakan ?" Ar-Rahman



Mata leka memandang langit, dalam usaha mengejar masa.
Basikal kuletak tepi, memberi salam pada rumah Illahi.


Rabbi Yassir walatuasir.
Terima kasih Allah.


*senyum*




P/s : Saat aku menaip coretan ini. . .








Doakan akan ketenangan hati diriku ini dalam sujud kalian, boleh ?

2 comments:

  1. "Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dirimu dengan RahmatNya dan BerkahNya."
    #itu doa saya utk awk. :)

    Here i wanna send something for you from Him. Ayat2 cintaNya yang hendak disampaikan kpd awk supaya awak bankit dan cepat2 mara ke hadapan! Insyaa Allah. :)

    (Al-Kahfi:7)
    Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

    (Ali 'Imran:186)
    Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan.

    ReplyDelete
  2. Banyakkan bersabar..
    Banyakkan berdoa..
    Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati..
    Dan hanya kepada Dia jua kita kembali..

    kan?

    Moga Allah redha :)

    ReplyDelete