Monday, August 19, 2013

Cairo & Alexandria, Egypt - Part II

Sambungan dari








The Dead City of Cairo. Mula ingat, kawasan penempatan.


Terdapat suatu tempat, luas kawasannya berhampiran kubu Salahuddin Al-Ayubi. Namanya, The Dead City of Cairo. Kenapa ? Jika di amati betul – betul, kawasan tersebut kelihatan seperti penempatan biasa bukan ? Sebenarnya, ini kawasan perkuburan, atau dalam bahasa lembut, makam. Jika ditempat kita sekadar dua batu nisan, di sini dibina seakan rumah menempatkan satu kubur di dalamnya. Maka, kawasannya luas dek adatnya begini. Berikutan kadar kemiskinan di Cairo adalah tinggi, terdapat beberapa makam disalahgunakan oleh mereka dengan menjadikan maqam tersebut sebagai tempat tinggal. Strange huh ?




Monumen ketenteraan di Al Estad, Nasr City, Cairo.
Ada askar beruniform jaga kawasan ini,
sama seperti askar di pintu hadapan Istana Negara kita.



Rafi menghantar aku ke sebuah kawasan perumahan sekitar Bandar Nasr ( Nasr City ) agar aku dapat berjumpa pula teman lain di sini. Mula niat ingin berjumpa di Universiti Al-Azhar oleh sebab kawasan perumahannya jauh dari jalan besar. Boleh juga aku berjalan dalam universiti tersohor tersebut. Universiti Al-Azhar merupakan universiti kedua tertua di dunia yang dibina tahun 969. Kebetulan pula Al Estad terletak bertentangan dengan universitinya. Ujar Pijah, nak masuk uninya, perlu ada teman lelaki, baru boleh melawat sekitar uni tersebut. Tak boleh ada lelaki dan perempuan bukan mahram berjalan bersama, istilah dalam Islam, jaga ikhtilat. Ada penguatkuasa dari pelajar Jaksi ( sebuah persatuan uni tersebut ) yang mememerhati. Suhu hari kedua di Cairo pula panas membakar sampai terasa kulit. Jadi, idea berjalan-ambil-gambar di Al Estad bukanlah idea yang bernas pada musim panas kini. Kurang bernas, maaf




Fatta shawerma (kot)


Sebelum menuju City Star Cairo, kami singgah sebuah restauran di kawasan sekitar Hadiqah Dauliah . Tema restauran ini bertemakan pizza dan kebab, menu kebiasaan orang arab disini. Demi mencari kelainan dan menjaga perut Melayu, aku mencari nasi juga. Baca menu tak faham, Shira tolong terjemahkan menu pilihan aku; " Nasi roti campur daging dan ayam". Orang arab tak makan pedas, usah pula mencari sos cili kerna yang tersedia di atas meja cuma sos tomato. Rasanya masam masam sedikit sebab bahan keju atau tomato, tapi sedap. Bawah dia ada kerak piza, nipis tapi ranggup. Portion daging dan ayam pun banyak. Kalau ikut perut aku yang kuat makan pun, separuh ini dah rasa kenyang sangat. Rugi tak bungkus kalau makanan sedap tak habis makan. Harganya cuma 14LE, murah. Hairannya, kedai tersebut cuma jual makanan sahaja. Kata rakan, air kena beli di luar, sekadar air putih sahaja diberikan percuma dalam premise ini. Jadi, kalau nak dapatkan air selain itu, kena melangkah kedai minuman yang berhampiran. Oh, air manggo Rani juga yang terbaik sebab disini air jusnya murah. Puas aku mencari manggo Rani bersama Rafi semalam, tak sangka diorang ni cari boleh jumpa (y)




Tiada apa perlu aku ulas perihal City Star Cairo. Ianya sebuah pusat membeli belah terbaru ( rasanya ) di Cairo yang menempatkan pelbagai kedai berjenama. Cuma di sini, bahagian pintu masuk dan keluar ada mesin pengimbas badan, atas langkah keselamatan. Pernah berlaku kejadian meletupkan diri sekitar Cairo dahulu, lewat tahun 2004 atau 2006. Lupa dah. Teringat pesan Rafi, di Mesir ini, kalau shades murah. Dan bila aku survey sendiri, kasut pun murah disini. Contoh, kasut Zara reka bentuk terbaru cuma sekitar 200LE ( RM100+-) Selain shades kasut, mahal. Asalnya mahu mencari baju dibuat pakai. Dapat T-shirt kosong pun jadilah memandangkan aku cuma bawa dalam 4-5 helai sahaja baju dibuat merantau negara orang selama 2 minggu ini. Tapi, kalau dah T-shirt kosong pun mahal, sekadar cuci mata jelah disini. Kalau ada pun, saiznya menjadi punca. Saiz S disini boleh jadi L kita di Malaysia ! Ingatkan boleh shoppingaku pula jadi peneman mereka shopping. Mungkin pakaian perempuan murah disini. Haih, memang nasib orang lelaki teman perempuan shopping ke camna ?




Sedang musim panas ni, sedap kalau dapat ais-krim.
Ingat murah, sekali 20LE. 
Okay, ais-krim paling mahal pernah aku beli.





Yang seakan verandah warna coklat gelap itu 
merupakan tempat khatib membacakan khutbah.
Lawa bukan seni bina masjid ini


Seterusnya, Masjid Al-Azhar, tempat yang tidak asing buat ilmuan. Siapa sangka  yang disebut sebut oleh ulama satu dunia dapat juga aku menjejakkan kaki di sini ? Masjid ini diwujudkan era Fatimah, tiadalah se'gah' sekarang. Pelbagai pembaharuan dibuat, termasuklah mendirikan menara azan, dewan kuliah, mihrab, mengikut kehendak setiap pemimpin yang memegang tanah Mesir sehinggalah sekarang. Dahulu saat Bahgdad, Iraq diserang oleh askar Mongol pimpinan Genghis Khan, ulama - ulama semuanya keluar meninggalkan tempat tersebut lalu menghidupkan insitusi ilmu di Masjid Al-Azhar ini. Percaya atau tidak, Napoleon pernah memakai jubah dan datang ke masjid ini buat menyambut Maulidur Rasul. Masjid ini terletak ditengah - tengah kesibukan bandar Cairo dan 'tenggelam' dengan bangunan tinggi kiri dan kanan. Agak sukar dicari jika anda adalah seorang penggembara yang bertemankan peta bersahaja kerna kawasan sekitarnya sesak dengan orang ramai, ditambah pula sistem jaringan jalan yang berserabut. Haa, bertuahnya disini jika ada rakan diluar negara. Boleh jadi tour guide free. Eh ?






 Vid dalam Masjid Al-Azhar ruang paling hadapan.
Sebenarnya ada ambil vid selama 1.00 minit, dari pintu masuk, 
dataran sehingga ke muka pintu masuk ruang solat masjid tersebut. 
Hairannya, masa baca doa masuk masjid, rakaman jadi 'rosak'.
Rakaman terhenti pada saat 30, tapi suara kedengaran lagi. 
Ajaib.



Cantik masjid ini. Kagum aku akan senibina dan tekstur yang terukir pada dindingnya. It's so fine and yeah, classic. Walau keasiliannya sedikit demi sedikit hilang dek pembaharuan, namun masih terdapat ciri asalnya terutama pada pintu masuk utama masjid ini, Pintu Al-Mujayyiynin. Di sini sama seperti di masjid lain, perlu dicabut selipar dan boleh dibawa ke ruang solat. Usah hairan jika terdapat selipar dalam ruang solat, terutamanya di tiang - tiang masjid. Adabnya biar selipar atau kasut yang dibawa itu tersusun atur, tidak bertaburan atas karpet. Cuma disini hati jadi berbunga, sebab disinilah kali pertama lihat wajah lelaki Melayu ( selain Rafi & dan housematenya ) di bandar Cairo, bangganya di masjid ! Berjam - jam aku berjalan dengan Rafi semalamanya, merata tempat aku pergi, cuma dua orang lelaki Melayu sahaja waktu itu, Rafi dan aku. Dari mula aku jejak kaki di tanah Mesir, sehinggalah di Masjid ini, tiada melainkan kami berdua. Perkara ini benar merungsingkan aku. Iyelah, jika berbalik di negara kita, pergilah merata tempat pasti ada Melayu, lelaki terutamanya. Aku sedar, faktor populasi orang Arab lebih tinggi berbanding orang Melayu yang merantau di sini. Cuma hairannya, hari pertama sahaja boleh nampak perempuan Melayu. Perempuan, bukan lelaki. Out of millions living people here, in Cairo, muncul gadis - gadis bercirikan Melayu dengan tudung bawal itu. Sedang batang tubuh besar dan tinggi melampai, ada sahaja tubuh genit di celah ramai - ramai itu. Di City Star Cairo sahaja sudah ramai. Bukan meremehkan kaum Hawa, jauh sekali nak mencela. Mereka disini bagus belaka, berlitup tudung labuh, memakai baju labuh. Hand socks pun pakai (y) But Malay guys here earned my respect when the first impression was themselves, at the mosque. Bertakafur, membaca Quran, ada yang aku dapati sedang menelaah nota - nota berunsurkan bidang perubatan, usrah pula bercampur bangsa, bukan sekadar Melayu - Melayu sahaja *hats off* Kan bagus jika sistem bermasyarakat di Malaysia pun begini ? Bukan sekadar rakan usrah hanya bersama rakan usrah, sehingga melupakkan rakan yang 'terkapai - kapai' dikancah maksiat. Biar sama-sama kejar akhirat, dunia tak lepas. All-rounded. Bukan Islam mahukan pemuda begitu ? Lama mata aku perhatikan mereka yang memeriahkan rumah Allah ini. Tenang rasanya lihat ciri - ciri ahli syurga disini. Perasan atau tidak, sibuk mana kita, tenang rasa jiwa bila tiba diperkarangan masjid walau asalnya rasa berat sangat nak melangkah kaki ke masjid. Kan ?


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: 

" Masjid itu adalah rumah bagi tiap-tiap yang bertaqwa dan Allah memelihara mereka yang menjadikan masjid rumahnya untuk mencari kerehatan dan rahmat serta melalui di atas landasan untuk menuju kepada keredhaanNya masuk ke syurga "


Diriwayatkan oleh al-Imam at-Thabrani daripada Ibnu 'Uthman


Cuma insiden lawak berlaku saat aku perkenalkan rakan - rakan pada orang tuaku. " Eh, ini bukan ke yang mak tegur dalam masjid tadi ? ", ujar ibu dengan suara separa terkejut. Bulat mata aku dengar kenyataan itu. Mereka terlebih dahulu 'berkenalan' dengan ibu sebelum aku kenalkan sendiri pada ibuku ? Kata ibu, usai sahaja salam terakhir dalam masjid, mata ibu terus tertancap pada seorang gadis Melayu, terus sahaja ibu menegurnya. Bersembang, akhirnya meminta diri, katanya mahu berjumpa rakan diperkarangan masjid. Alih - alih, rakan itu adalah aku. Boleh buat drama nih. Macam terserempak orang kampung sendiri di tengah bandar Kuala Lumpur, mungkin itu perasaan ibuku bila terserempak anak Melayu dalam antara orang - orang Arab di sini ?




Masjid Al-Azhar dari jauh. 
Mustahil jika ingin merakam keseluruhan bangunan 
walaupun dari muka depan atas faktor kepesatan pembangunan disekelilingnya.





Kepadatan kawasan sekitar Pasar Khan El Khalili. 



Sebelum berpisah, Pijah dan Shira bawaku berjalan di sebuah pasar yang terletak diseberang jalan dari Masjid Al-Azhar. Kalau di Malaysia terkenal dengan Jalan TAR ( Tunku Abdul Rahman ), disini dipanggil pasar,  Pasar Khan El Khalili. Katanya, tak sah melancong ke Mesir jika tidak mejejakkan kaki disini. Asalnya kawasan ini merupakan kawasan penginapan buat para pedagang, dan akhirnya menjadi pasar buat orang ramai membeli - belah. Biasanya di Mesir mataku disantap dengan bangunan tipikal warna gelap atau kelabu berhabuk debu, di sini bagaikan 'syurga' bila pelbagai jenis pakaian digantung berbagai warna oleh para peniaga sepanjang jalan disini.  




Mesmerising



Oh, biar dimana aku berada, asal muka pelancong sahaja pasti ada yang terpekik '' Murah murah ! " " Harga gila ! Harga gila ! " paling kurang, " Halal ! Halal ! ". Ada juga sesetengah peniaga menarik tangan atau lengan aku. Ada yang terus menerus memberikan jubah atau T-shirt sambil menyebut 'Halal'. Ini sebenarnya taktik perniagaan peniaga disini. Usah terpedaya. Harganya ? Boleh jadi 100 - 300% lagi mahal dari harga sebenar ! Biasakan survey harga dan rajin bertanya. Kalau ada rakan yang boleh berbahasa Arab dan rakan anda itu perempuanit's a plus. Haih, mendayu - dayu proses tawar menawar walau aku tak faham apa yang mereka tuturkan dihadapan aku. Aku yang bukan peniaga takat pasang telinga pun boleh 'cair' dengan diorang nih -.- Hebat perempuan bab ini. Mencari juga jubah buat rakan di Malaysia. Jubah lelaki disini kurang pilihan. Saiz pula satu hal, fit pula hal yang lain. Jubah perempuan banyak, telekung pun. Aku minat melihat texture pashmina di sini. Lawa. Asal nak beli, boleh dibuat alas meja ( I'm dead serious ), tapi rakan cakap tak berbaloi dengan harga. Katanya di Turki lagi banyak pilihan dan murah. Oh, memang aku nak pergi ke Turki lepas Mesir ni -,- Apa - apa pun terima kasih sebab bawa aku berjalan di sini. Sumpah kalau tiada mereka ni, rasa tak tahu mana nak pergi. Sudahlah bahasa mereka aku masih gagal lagi kuasai. Moga Allah sahaja membalas jasa kalian !




Terima kasih daud keladi, lain kali jadi tour guide lagi ! Eh.






Esoknya aku melewati kota persisiran pantai terpanjang di Mesir, Alexandria atau dikenali sebagai Iskandariah. Asalnya Rhakotis, bandar dari tangan orang Mesir sendiri sebelum dibangunkan oleh Alexander the Great lalu dinamakan Alexandria.  Berikutan faktor geografi Athens ( Greece ) dan tanah Alexandria adalah dekat lantas menjadi medan pertembungan peradaban Islam dan Romawi. Mengikut sejarah, bandar ini pernah menjadi tempat penghasilan Kitab Injil  (Bible) secara besar - besaran. Suhu disini ternyata nyaman berbanding Cairo dan udaranya terkadang lembap walau hakikatnya kering. Populasi di Alexandria cuma 4.5 juta dan bandar disini lebih tersusun dan bersih landskapnya. Rata - rata bangunanya tinggi menghadap Laut Mediterranean. Pencemaran bunyi disini kurang bilamana bunyi 'hon' tidaklah sekerap di Cairo. Perjalanan aku ke Alex sekadar melawat teman sahaja dek kesuntukan masa yang ada. Bas turunkan aku di sebatang jalan persisiran pantai. Pesan Aiman sebelum aku turun bas, katanya berhenti sahaja pada jalan berhampiran Kem Shezar, dia akan datang dan ambil aku. Saat aku menunggu keseorangan, rasa sunyi. Betul, sunyi. Pertama kali di negeri orang, dan pertama kali juga aku keseorangan di negeri orang. Hampir 5 minit menunggu, itu pun tak duduk diam. Risau. Sehinggalah aku dapat melihat batang hidung Aiman Radzman, Allah, gembira tak terkata ! Aku peluk dia erat, air mata hampir bertakung. Mana pernah berjumpa selepas majlis anugerah ASiS dan tak sangka pula boleh berjumpa di negeri orang. Syukur.




Guess who greets me here ?
Besar tak besar kucing ini, besar powerbank tu adalah 
sebesar tapak tangan aku. Serius aku ingat anak rimau putih
greets aku masa mula mula. Besar gedabak dan fluffy !



Nasi lemak orang bujang Alex

Niat asal nak bawa Aiman serta isi rumah sewanya makan - makan sekitar Alex. Masih belum puas merasa makanan Arab Mesir. Rupa - rupanya nasi lemak dirumah sudah ditanak, sambal pula hampir masak. Makan masakan bujang lah nampak gayanya. Ok, terharu. Lagi terharu, bila santapan di atas dulang. Pertama kali aku makan dalam dulang masa belajar tahfiz dahulu. Kedua, di rumah sepupuku, Don. Ketiga, di Intec, iftar bersama rakan disana siap dapat berjumpa Inspektor Saahab. Tak sangka disini pun sama ! Allah. Kebetulan hari tersebut adalah hari Jumaat. Dapatlah aku merasai suasana solat Jumaat disini. Aiman beri tiga pilihan kepadaku, sama ada mahu menyambut seruan azan di masjid ikhwan, masjid salafi atau masjid salahuddin ( kot, lupa dah ). Hah, menggaru kepala tak gatal aku bila dikemukan soalan begitu. Mula terfikir nama masjid, rupanya ianya masjid dengan fahaman atau aliran berbeza. Contoh masjid ikhwan, masjid tersebut membawa agenda ikhwanun muslimim. Begitulah juga dengan masjid lain dengan aliran tersendiri. Dan masjid disini jangan terkejut bila perasan ada akhwat ( perempuan ) solat bersama. Sudah tentu, mereka ada ruang solat yang dikhaskan buat mereka. Khutbahnya, dalam bahasa Arab. Maka terngangalah aku seorang tak faham. Allah ruginya. Perjalanan pulang dari masjid itu terasa panjang. Mungkin disebabkan perbualan panjang aku dengannya ? Aiman pernah ke Gaza hujung tahun lepas, dan sedikit sebanyak menceritakan perihal disana, tak lupa juga pesanan buat aku, dan juga usrah - usrah di Malaysia. Cuma ada masa aku terkesima, dan ayatnya tersebut rasa masih terngiang di telinga.


" Memang Palestin perlukan sumbangan kerana pendapatan terbesar mereka adalah dari umat Islam diseluruh dunia termasuklah dari negara kita Malaysia.Tetapi apa yang benar benar mereka 
perlukan adalah kita, sebagai Islam sejati. Kata mereka; Perbaiki dalaman diri sendiri dahulu serta masyarakat anda di Malaysia sana, 
kami akan tunggu di Al Aqsa "



Allahuakhbar. Dengan masa yang berbaki, Aiman bawa aku ke rumah seniornya, makan nasi arab 'hati yang berbolak - balik'. Ada terma bahasa Arab nya, tapi aku dah lupa. Kenapa namanya begitu, sebab cara memasaknya pun 'berbolak-balik'. Haaa, jangan dibuat main budak medik. Sibuk sibuk mereka pun pandai memasak tahu ?




Hilman ( kiri ) dan Aiman. Trem yang dhaif. Maaf, namun itulah realitinya. Jika ditempat kita dipanggil komuter ada kawasan berpagar, disini sudah menjadi kebiasan untuk melintasi landasan, langsung tiada pagar. Mungkin itu sebabnya trem ini bergerak perlahan ? Oh, sistem kutip duit macam bas lama, ada konduktor trem menghampiri penumpang untuk memugut tambang.





Mencuba Aruzubillah, minuman susu campur vanilla. 
Gelas besar dan 1LE sahaja.





Syaromah. Isinya ayam. Lupa dah harga, dalam 3-5LE rasanya.





Kiddah, isinya hati lembu. Dah beli dah makan baru Aiman beritahu -,-





OASiS di Alex ; Kiri Aiman, Syafiq 5C dan Amin Husainy.
Once OASiS, forever OASiS (y)





Berjalan sebentar sementara menunggu bas pulang ke Cairo.





Layan ais krim depan Laut Mediterrannean. 
Ais krim 5 perasa pada 1LE sahaja !
Masa tengah melepak disini, ada senior Aiman menyapa.
Rupanya dia bawa isteri dan keluarganya berjalan sekitar Alex.
Mereka baru sehari jadi pasangan suami isteri.
Mabruk !




Terharu dengan rakan di Cairo dan Alex. Mereka sebenarnya dalam musim peperiksaan, boleh pula dalam kesibukan mereka, aku muncul secara tiba - tiba dan mencuri masa mereka ? Allah, segan juga sebenarnya tapi mereka menerima kedatangan aku dengan gembira. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. 

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran aku terhadap Yang Maha Satu kerna membenarkan aku buat berada di bumi Anbiya ini. Walaupun sekejap, cukup bermanfaat dengan penuh ibrah bagi aku mengambil pengajaran.





Selamat tinggal Cairo & Alex. 
Selamat tingal Mesir.
Thanks kawan - kawan !













P/s:  Baru sebulan aku tinggalkan bumi Mesir, berlaku kejadian penggulingan Dr. Morsi dari tampuk kempimpinan Mesir yang dilakukan oleh El-Sisi, ketua pemerintah askar Mesir. Dan, minggu ini pula berlaku kejadian berdarah secara besar - besaran bilamana berlaku pertumpahan darah oleh pihak polis/tentera terhadap orang awam. Ketahui, Ikhwanun Muslimim itu saudara kita, wajib kita pertahankan mereka. Wajib itu datangnya dari fatwa Dr. Yusuf Al Qaradawi. Upaya kita boleh jadi tenaga jihad, atau selemah lemahnya menyebarkan kebenaran di tanah air tercinta kita ini. Usah terpedaya dengan media massa kita di Malaysia sedang si pemberontak sebenar adalah PM baharu tersebut bersama tentera sekutunya, yang di inaya adalah Dr.Morsi, rakyat jelata dan agama Islam secara keseluruhannya. 


Kenapa perlu kita pertahankan Mesir ?


Mesir dan ahlinya
Tanah delta Nil 
Di situ ada Yusuf 
Di situ juga Malik dayus bertakhtak
Di situ lahir Musa 
Di situ juga Firaun berkuasa
Di stu dilantik Harun 
Di situ juga hidupnya Qarun

Dari Istana dayus, timbulnya Yusuf 
Dalam selimut Firaun, terbitnya Musa

Namun ingat, dari pengikut Musa, ada roh Samiriy !


hasanhusaini | 4 Julai 13 | Nilam Puri





Sedarlah, ini bukan pertarungan antara pihak Islam dengan munafik. Dibelakang munafik itu adanya agenda agenda barat. Mereka hanya memerhati dengan tersenyum puas melihat saudara kita dibunuh tanpa belas. Ini bukan pertarungan sesama Islam, ini pertarungan antara Al-Haq dengan Batil !


* * *


Maaf lambat dan jarang update kebelakangan ini. Sibuk dengan misi MEng waktu belajar. Bila cuti, baru boleh 'cuti'. Oh, aku ada bersembang dengan seorang pakcik warganegara Mesir atas kapal terbang. Saja aku tegur, tanya pendapat orang tua. Katanya, jangan risau berjalan di tanah Arab, sebab aku ada iras orang Arab. Stay di Mesir pun orangnya kata begitu. Waktu di Tanah Haram sama sahaja, katanya ada iras orang Arab. Epik bila dipenghujung bicara, mesti mereka mendoakan "semoga awak berkahwin dengan orang Arab".


Balas aku cuma dihati, sekadar senyuman diluaran ;



"  Amin  "




Ada ke kenalan kawan Melayu aku yang bermuka arab eh ?

10 comments:

  1. Hai assalamualaikum :)

    Mesti pelik kan rasa bila sempat melihat bumi Mesir betul-betul sebelum bergolak?

    Haih, seronok kan berjalan di tempat orang dan belajar thru pemerhatian? Dan bonus untuk d-sim sebab boleh describe setiap perjalanan dengan baik pulak (Y)

    Makes me craving for more. Leulz macam komen masterchef. Crave to read lah tapinya, bukan crave to eat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      tulaa, tak sangka tetiba Mesir bergolak.
      Haih. InsyaAllah yang hak akan menang.

      Delete
  2. tak pernah dibuat org pashmina buat alas meja. kreatif hahaha.

    btw nice post. keep on writing :)

    ReplyDelete
  3. Sentap aku baca pashmina buat alas meja. Dah la member kolej aku cakap gitu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ada chemistry lah aku dengan kawan kau.
      Kim salam kat dia B)

      Delete
  4. Bestnya baca post dlm blog nih! Rasa mcm ralit ja baca smpai habis. Ada jgk info pasal mesir yg baru ja aku tau haha. Anyways we are really glad that we could be your tour guide acewah. Doakan lah kmi bleh belajar di Mesir lagi :) Salam

    ReplyDelete
  5. Patutlah muka excited semacam ja bila smpai Masjid al-Azhar and pasal khan khalili. Dekat city stars muka bosan je tgok teman kmi shopping haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana best travel jejauh end up berjalan kat shopping mall -,-

      Delete