Sunday, March 30, 2014

Mampukah kita ?


السلام عليكم و رحمة الله و بركات



" Apa yang boleh saya buat lagi ? "

" Teruskan kehidupan. Untuk itu perlu terus belajar. "

" Belajar untuk apa ? Daripada siapa ? "

" Belajar daripada Siti Hajar ! "

Dia seperti terkejut.

" Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim ? "


" Ya,"

jawab saya perlahan.

" Dia tak sama dengan Nabi Ibrahim. Dia suami yang kejam, 
dia tinggalkan saya bukan atas sebab sebab yang munasabah "

" Ya, dia bukan Nabi  Ibrahim. Tapi puan boleh belajar untuk jadi seperti Siti Hajar. "

" Saya ?  Saya belajar seperti Siti Hajar ? Bolehkah ? "

" Begini, ramai isteri yang mengharapkan suami seperti Nabi Ibrahim, bukan ? 
Siapa yang tidak inginkan lelaki soleh, tabah, berani 
dan sanggup berkorban kerana Allah sepertinya. Tapi. . . "

" Itu saya tahu. Saya pun begitu", 

pintasnya.

" Tapi, tak ramai isteri yang mahu mencontohi Siti Hajar. "

" Maksudnya ? "

" Mana mungkin kita mendapat suami sebaik Nabi Ibrahim 
kalau kita tidak menjadi isteri sebaik Siti Hajar ? "



Sedang membaca buku ini ;





Dua tahun (kot) lama mak sudah beli, baru berkesempatan membaca :/ Oh, ayat di atas aku tersentap sebenarnya. " Begini, ramai isteri yang mengharapkan suami seperti Nabi Ibrahim, bukan ?  . . . "  Hmm, jadi seperti beliau itu. . ketahuilah, Nabi Ibrahim kesayangan kita itu awesome sangat. Hebat sangat sampai namanya disebut paling kurang 10 kali sehari ! Waktu bila ? Masa tahiyat akhir ! Baru baru ini ada habis membaca sebuah buku sirah Nabi Ibrahim. Siti Hajar asalnya hamba Siti Sarah, yang akhirnya menjadi isteri beliau kerna Siti Sarah belum mampu mengurniakan cahaya mata buat Nabi Ibrahim. Saat beliau diutuskan agar 'meninggalkan' Siti Hajar di Hijaz (Mekah), sedikitpun hati Nabi tidak risaukan akan keselamatan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail meskipun saat itu berada di padang pasir luas tanpa sebarang tanda kehidupan melainkan lautan pasir yang luas dengan cuaca panas terik.


Apa yang awesome di sini ?


Mampukah orang yang kita sayang, ibu bapa atau ahli keluarga, rakan terdekat kita tinggalkan begitu sahaja ? Sedang yang ditinggalkan adalah wanita beserta bayi yang bersifat lemah fizikalnya. Namun atas perintah Allah, dilaksanakan jua perintah itu tanpa sebarang ragu. Persoalannya kini, beliau tekad dan nekad akan segala suruhan Allah walau kita manusia biasa meragui sesuatu hal seperti kes 'meninggalkan' Siti Hajar dan anaknya itu. Begitu jua saat Nabi Ibrahim mendapat wahyu untuk 'menyembelih' anaknya Nabi Ismail. Dia melaksanakan perintah tersebut dengan kedua anak beranak itu redha akan perintah Allah tanpa sebarang ragu - ragu. Terkesan sebuah riwayat ( maaf tiada buku tersebut berdekatan buat hadis rujukan ) menyatakan, Allah berfirman kepada para malaikat, " Bukalah pintu langit seluas - luasnya dan lihatlah akan hambaKu yang paling bertaqwa ", sehingga beberapa inci cuma parang tersebut mencium leher Nabi Ismail, Allah perintahkan malaikat turun membawa berita gembira kepada mereka berdua.

Ternyata dua cerita di atas menegaskan akan besarnya keimanan Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta. Fikirkan, syaitan senantiasa membelengu mereka, cuba menyuburkan rasa sangsi akan arahan Allah, namun diterimanya dengan sepenuh hati. Sedangkan syaitan tanpa bicara masa kini pun sudah mampu melekakan kita, membutakan mata akan kebenaran hakiki. Jadi, cuba letakkan situasi beliau dengan diri kita. Mampukah kita menjadi Nabi Ibrahim ?



Jadi seperti Siti Hajar pula ?



" Kemana dikau mahu pergi ? "


Terus berlalu tanpa sepatah kata.

" Kemana dikau mahu pergi ? "

Beliau terus diam membisu.

" Apakah ini perintah tuhanMu ?"

Dia membenarkannya sambil terus berlalu tanpa menoleh. Reaksi Siti Hajar ? Tersenyum dan menerima ujiannya dengan redha. Mampukah kita mencontohi peribadinya ?



P/s : Dan baru - baru ini mak kau contact aku. Erm, doaku buat baikmu ada dari jauh.

No comments:

Post a Comment