Sunday, April 6, 2014

Catu air



السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Jumaat lepas bermulalah giliran zon sekitar Semenyih menerima catuan air daripada Syarikat Syabas. Beruntung pihak universiti awal - awal lagi memberi peringatan melalui email, kalau tidak aku lah orang yang terakhir sekali sedar akan perkara program ini -_- Cuma hati aku tergelak kecil bila mendengar ramai yang mengomel di laman sosial, tak kiralah di muka buku atau berkicau sana sini. 


Kes 1 :





Hmm, boleh jadi ini pengalaman pertama kali buat 'mat saleh' tersebut ? Tapi beli sampai 5-6 bekas macam melampau je ? Ehe.





Kes 2 :





Hahaha ada benarnya juga. Boleh jadi tetiba air simpanan habis ? Mau tak haru dibuatnya ? Kena recap balik cara berinstinjak ni. Nampak tak hikmah tiada air disitu ?




Aku ?

Entahlah, apa yang aku teringat cuma kisah kisah lama sewaktu aku kecil dahulu. ( link : sini ) Terkadang sampai menadah air hujan. Ada juga ternanti nanti hari lori membawa bekalan air buat penduduk sekitar. Saat itu, mungkin aku sendiri bermasam muka dengan nasib yang dihadapi ataupun paling tidak aku merungut bila mengangkat berbaldi air berat.  Bila sudah ada pengalaman sebegini, aku pula yang tersenyum bila mendengar rakan rakan yang mengomel sesama sendiri. Tidak hairan, bila kita merungut kehidupan sebagai seorang pelajar, seorang anak dan seorang remaja dihadapan ibu dan bapa, terkadang mereka senyum sendiri bukan ? Yang dinantikan adalah sebuah jawapan, dibalasnya cuma sekuntum senyuman. Dan baru kini aku mengerti disebalik senyuman tersebut. Apa yang cuba aku sampaikan, pengalaman lalu, suka atau duka, membuatkan kita pada hari ini. A calm sea does not make a skilled sailor. Detik beginilah kutip pengalaman buat bersedia pada masa hadapan. Kita kena senantiasa memandang sudut yang positif walau beban yang dihadapi berat sekali. Janji Allah ;




“. . .Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, 
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Surah al-Insyirah: 5-6)


Ada sahaja orang yang belum mengerti apa - apa sedang kau sudah laluinya berbelas tahun dahulu. Mohon memberi tunjuk ajar kerna Islam ajar buat kita eratkan kasih sayang melalui salam dan nasihat, bukan begitu ? Paling seronok sebenarnya bila seisi rumah menggembleng idea dan tenaga dalam mengurus isu ketiadaan air. Bila ada hubungan saling membantu, meleraikan isu buntu, mudah capai kata sepakat, kan itu maksudnya hubungan sesama ahli rumah semakin erat, tanda seisi rumah ada berkat ? :) 



P/s : Dengar khabar dari mak, abang aku nak kahwin dah. Nak join satu kenduri boleh ? Jimat sikit. Eh.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...