Tuesday, March 11, 2014

MH370


السلام عليكم و رحمة الله و بركات






Hangat berita perihal MH370 diperkatakan diseluruh pelusuk dunia. Malah beberapa armada megah dari pelbagai negara mainkan peranan dalam misi mencari mangsa, or worst case, serpihan bingkai kapal terbang tersebut. Cuma. . kalau mahu aku berlaku jujur, mula terima berita ini, terdetik hati aku katakan kemalangan ini disebabkan konspirasi. 


I'm damn serious.


Jawapan aku tetap sama walau aku baca dari berbagai pihak. Politics or most likely business. Kalau betul firasat aku ini, aku takut, takut bahawa Malaysia sudah 'berani' sehingga tahap menghilangkan nyawa secara besar-besaran. The next America maybe ?
\

Apa - apa pun, marilah kita berdoa akan keajaiban itu berlaku secepat mungkin. Biar Allah temukan kita semua dengan mangsa yang terselamat biar dia buka mulut beritahu dunia akan apa yang terjadi sebenarnya. InsyaAllah, insyaAllah.

#prayforMH370

2 comments: