Thursday, September 18, 2014

Habis sudah cuti musim panas.


السلام عليكم و رحمة الله و بركات






Pantas benar masa berlalu, kan ? Sedar sedar kurang seminggu lagi tahun terakhir pengajian aku di UNMC ini bermula. Ini juga bermaksud, kurang setahun sahaja aku di Bumi UNMC, sebelum aku terbang mencapai impian tersendiri, insyaAllah. Seperti tahun tahun sebelumnya, cuti musim panas diberikan UNMC adalah dalam 4 bulan. Oleh sebab tempoh yang lama, aku pilih untuk buat latihan praktikal di salah sebuah syarikat kecil di ibu kota. Biarpun cuma 12 minggu aku 'berkelana' di sana sebagai seorang pekerja berjiwa muda, banyak juga aku kutip ilmu hingga terkadang diri rasa banyak lagi yang perlu aku belajar dalam menjadi konsultan. Cita - cita terakhir aku, jurutera konsultan. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku dengan pendedahan awal kerjaya ini. Baik - baik sahaja aku bekerja di sana cuma ralatnya satu, tiada surau di dalam kantor. Leceh tahu ? Lagi - lagi bila tiba bulan puasa, dalam misi menghabiskan khatam satu Quran. Buatnya terkentut, mahu tak dahi berkerut bila masa kosong terbuang begitu sahaja tanpa baca Quran ? Alahai. Mahu tidak mahu, Masjid Al-Ghazali jadi tempat aku bersendiri, mencari ruang rehat. Syukur dekat juga masjid tersebut dengan pejabat aku. Masjid ini best, amantempat yang sesuai lepaskan lelah. Macam - macamlah aku mengadu di sini, bila difikir balik malu pula dengan tuhan.



Waktu asar waktu paling tenang
sebab dah habis kerja kot hihi




Nasib officemates tak ramai, 
boleh lah belanja pizza sempena hari last haha



Bulan Ramadan ? Terawih aku kalau bukan di rumah makcik, terawih aku di masjid atau surau berdekatan. Lagi suka kalau di masjid atau surau, setiap hari ada ustaz jemputan. Terawihnya cuma solat 8 rakaat sahaja, tetapi setiap rakaat dibaca satu dua mukasurat Quran. Doa Qunut sahaja dibaca 5 minit. Terketar - ketar kaki masa awal Ramadan, haha. Pengisian ceramah yang paling aku dahaga di sana, kan bagus setiap hari adalah hari Ramadan ? Sebab setiap hari ada kuliah agama, setiap hari belajar ilmu baharu, setiap hari diberikan peringatan. Antara ustaz yang sempat jumpa, salam adalah Ustaz Zulkifli, mufti KL dan Ustaz Norhisyam :D Bulan Ramadan bertambah 'menarik' kerna inilah waktu rakan - rakan dari luar negeri, pulang ke kampung halaman. Kena pula asal Sains Alam Shah di Kuala Lumpur, dan aku pula bekerja sekitar ibu kota, maka banyaklah perjumpaan sesama batch Patriots di sana. Ada dari USA, UK, Dublin, Rusia, Mesir/Jordan, Jerman etc uni tempatan pun ada. Reunion di Mid Valley, KLCC, Avenue K, Bob Manjalara, Burger Bakar Abang Burn Ampang, Taman Melawati, Keramat, futsal at Kerinchi Lama, Bangi plus met new friends at Burger Jerman Dali, Ampang, Bandar Sri Permaisuri, Cheras and Chemistry Cafe, Shah Alam. Kawan baharu dari Seseri, UiTM Shah Alam dan CUCMS.  Terjumpa kawan lama dari Sekolah STAR. Seronok betul berjumpa kawan sampai bersembang paling kurang 3 jam lamanya ! Entah kenapa, tetapi aku suka keluar berjumpa dengan kawan, kenal kawan baharu daripada pulang dari pejabat, duduk di rumah ternganga tak tahu nak buat apa. Oh yea, ini lah seronok bekerja. Pening mana tugasan, tiba waktu pulang, segala tugasan 'dibungkus' tangguh dibuat esok hari. Tak perlu bawa pening kepala ke rumah pun. Inilah kot hikmah besar dapat praktikal di ibu kota. Walaupun hari hari ulang alik jauh, tetapi nikmat disebaliknya lebih besar dari susah aku untuk bekerja. Kena pula elaun dapat pun boleh tahan tinggi hehe




Excited jumpa dengan 5 Bestarians. 
Dua bakal jurutera dan seorang bakal doktor dalam gambar,
insyaAllah !




Mula belajar jadi hipster kopi, eh.



Raya ? Fuh, berpeluh fikir. Bayangkan sepanjang tiga minggu awal Syawal, pagi  keluar bekerja malam beraya sehingga lewat malam ? Sabtu Ahad pula penuh jemputan jamuan raya. Memang kopi jadi teman dek rasa nak memaksimakan masa yang ada untuk mencuri peluang sebegini. Minggu pertama raya jenuh seharian jadi driver sejati ibu dan bapa. Al-maklumlah, satu satunya anak mereka yang sudah memiliki lesen kereta. Kebanyakan siang hari beraya rumah sanak saudara, malam pula merayap beraya dengan rakan. Belum kira edisi futsal raya bersama mereka. Alhamdulilah alhamdulillah, tuhan mengetahui aku jenis tak boleh duduk diam suatu tempat tak berbuat apa, lantas kekosongan itu diisi dengan perkara sebegini.
Syok malam raya tu, sanak saudara ramai ramai jumpa,
main mercun je dah dua jam spent aha




Raya dengan Pats !



Habis sahaja praktikal, masa yang berbaki tinggal lebih kurang sebulan. Cuti berjalan aku bermula dengan berjimba di Singapura, negara jiran kita. Kenapa Singapura ? Sebenarnya dah lama sangat teringin ke sana, lihat jiran kita, lihat pembangunan yang digembar - gemburkan hebat.Ternyata apa yang mereka sebut itu betul. Yang benar - benar buatkan aku kagum, sistem pengangkutan yang tersusun serta pembangunan hijau yang bersih. Makcik cleaner sana pun speaking lancar cakap kau haha Lagipun belanja di sana murah, murah sangat dan belanja keseluruhan tak sampai RM 200 pun.

 Esplanade Waterfront view :)


Sabah pula apa kurangnya ? Pergi waktu orang bekerja luar musim cuti sekolah, memang Kota Kinabalu dan Kundasang jadi tempat kami punya. Tempatnya cantik cantik di sana ! Kagum dengan sikap peramah pemandu di sana, terasa segan jika dibandingkan diri yang suka mencilok sana sini sewaktu terkejar kejar ke tempat kerja. Bajet ke sana ? RM 400 belanja, RM 245 harga tiket. Tetapi. . err. . belanja di sana jadi lebih sehingga mencecah RM 1000 harga keseluruhan -.-' Difikir balik, tidak mengapa. Contoh terlebih itu, seperti bayaran RM 20 bayar seorang untuk lihat Rafflesia hidup, betul betul di depan mata. Boleh bau scent pokok tersebut. Belum kira ilmu tentang cara dia hidup dan sifatnya. Kira berbaloi juga dengan nilai itu. RM 140 pula untuk island hopping termasuk parasailingAllah know how much I long for that parasailing. Again, berbaloi disitu. Lagi ? RM 55 untuk makan malam terakhir di sana. Boleh bayangkan makan seafood 3 orang dengan harga RM 164 ? Macam macam menu kami pilih, sampai sejam lebih masa diambil untuk habiskan semua ! Lawaknya waktu makan, ada mat saleh tiba - tiba terhenti di meja kami, lihat kami atas bawah berselang seli hidangan atas meja. Apa ingat orang Asia makan sikit ke ? Haha And another RM 135 spent on pearl brooches for those I loved. Lagi lagi untuk mak sebab selalu dengar mak merungut brooch dia asyik hilang hehe. Kiranya, win - win situation lah kalau terlebih belanja pun, tak kisah sangat asal bukan membazir. 




Morning view dekat hotel paling win dekat Kundasang !



Seterusnya ke Melaka, menginap homestay di Taman Muzaffar Shah. Homestay ? Rumah Haziq sebenarnya, tetapi dah hampir setiap tahun pergi Melaka menginap rumah dia, Amir Shah dan aku gelar homestay haha Berjimba dengan Fauzi, rakan baru pulang dari Jerman, Fahmin dari Manipal, dua rakan jarang jumpa. Makan tengah hari di rumah rakan SSP, di Durian Tunggal. Terima kasih taja makan tengah hari tehee. Keluar pagi pulang lewat malam berjimba sampai sadisnya tak sempat jumpa pun ibu bapa Haziq walau menetap dua malam ! Muka tak tahu malu betul kitaorang ni -_-



Video makan besau


Paling terakhir, paling baharu, berjalan dengan kawan sekitar Utara Sumatera, Indonesia. Ini acara main redah edisi kedua aku selepas trip ke Sabah lepas. Cumanya kali ini, di tempat orang. Rasa cuak pun ada, kena pula aku yang bawa rakan yang belum pernah naik kapal terbang, jejak ke negara orang pun apatah lagi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, dan ternyata berbaloi baloi bila reality is way better than expectation. Bajet keseluruhan berjalan selama 4 hari 3 malam ? RM 370 termasuk tiket kapal terbang :) Err, tetapi tidak termasuk jumlah harga membeli belah di sana. Adalah dalam RM 200-300 dibuat beli telekung, baju I love Medan dan outdoor sandal. Ikutkan pening kepala beli barang orang, sebabnya aku bukan jenis suka habiskan duit pada barang material. Lagi lagi kena buat pilihan, pilihan untuk barang orang pula tu. Tetapi kali ini lain daripada lain. Sudah banyak tempat aku merantau, kalau aku tanya mak aku nak apa, biasanya ringkas sahaja balasnya "Mak rasa mak dah cukup segalanya. Mi baliklah dengan selamat." Beli kerongsang mutiara di Sabah tempoh hari pun sebab teringat mak selalu hilang kerongsang, itu pun jenuh fikir mana satu lawa, mana satu yang sesuai. Sebelum bercuti di Medan, mak awal awal lagi dah minta telekung. Mahu tak garu kepala aku cari telekung ? Medan dah lah syurga membeli telekung, sakit kepala cari dari satu kedai ke satu kedai haha




Morning view from out hotel at Berastagi :D




Su dengan telekung barunya :3


Langkawi adalah destinasi terakhir aku bercuti dengan keluarga. Ikutkan kuderat, letih sudah berjalan. Cuma terfikir waktu itu waktu cuti sekolah ada baiknya kalau habiskan masa bersama keluarga. Boleh tahan juga Langkawi, cuma pergi tempoh hari musim mendung berselang seli hujan.



Aku suka betul kalau pergi pulau dengan pantainya bersih.


Terima kasih semua, kerana 'menjayakan' cuti musim panas aku kali ini. Memang betul betul menjayakan cuti sampai sudah sebulan solat Jama' dek berjalan sahaja. Seminggu sebelum mula belajar baru ada masa duduk di rumah haha Terima kasih dekat Mak Long, bagi tinggal di rumahnya sepanjang aku bekerja. Terima kasih buat visiting lecturer sebab bagi markah cemerlang untuk presentation ! Terima kasih juga buat rakan rakan yang berikan ole - ole dari negara tempat mereka belajar. Ingat jugak korang dekat aku huhu 



Bersama rakan yang turut bermusafir dalam berjimba.




Alhamdulilah, cuti musim panas kali ini aku manfaatkan sebaik mungkin. Cuma aku rasa tak terlawan dengan cuti musim panas yang lepas, sebab tahun lepas sempat buat umrah. Tak terlawan ibadah satu musim panas kali ini dengan ibadah umrah waktu itu sahaja. Dan aku tersenyum sinis bila dalam kereta berdua dengan adik pulang ke Ipoh bila adik ada sebut..



Adik : "Mi, nak tahu tak ? Ada orang macam tegur adik pasal mimi."

Aku  : "Tegur ? Tegur apa ? Ada buat salah kat orang ke ?"

Adik : "Tak, ada orang pernah cakap kat adik. Tapi tak ingat siapa. 
          Dia tengok dekat instagram dekat facebook dia pelik. Dia cakap 
          mimi ni berjalan banyak sangat."

Aku  : "Ai, berjalan banyak pun salah ke?"

Adik : "Entah, dia cakap dia macam ragu ragu dengan mimi. Mana dapat duit
          banyak pergi berjalan ? Ikutkan mimi student pun."

Aku  : "Oooo. . okay. Adik balas apa?"

Adik  : "Adik cakaplah mimi ada simpan duit, tambah lagi duit mimi kerja. 
            Tapi dia balas katanya takkan lah sampai duit banyak sangat sebab
            merata tempat pergi."


Terdiam lama aku waktu itu sebelum terbit rasa syukur. Syukur ada orang ambil berat perihal aku. Saat aku di jalan benar pun ada orang tegur, moga saat aku tersilap langkah, tersasul bahasa, tersalah buat secara sedar mahupun tidak, ada orang menegur aku di saat itu. 

Amin :)





P/s : InsyaAllah akan update perihal segala trip - 

Pantai Timur Bhg II, 
Krabi, 
Johor,
Singapore, 
Sabah,
Utara Sumatera, 

jika ada kelapangan masa. Doa doakan :)



4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...