Thursday, September 25, 2014

Jatuh cinta


السلام عليكم و رحمة الله و بركات






Q : " Apa ibrah yang kau boleh ambil dengan pengajaran dari kewujudan Masjid Al-Aqsa ? Selalu benar kita bercerita tentangnya, dikhabarkan pula semangat jihad disana mempertahankan masjid tersebut, kawasan tersebut bahkan Palestin keseluruhannya demi maruah agama Islam itu sendiri. "

A: " Aku rasa perlu ada niat buat kita ke sana. Iyelah, sepertimana yang kau tahu, di situlah tempat terjadinya kiblat utama dan pertama pada zaman Rasulullah. Bahkan pada tempoh isra' dan mikraj sahaja, baginda telah melawat kawasan ini sebagai khusnul nabi, iaitu penghujung atau penutup nabi dengan melengkapkan kitaran tugasan atau perintah tuhan buat berdakwah di Bumi tersebut. Wajib kita jatuh cinta dengan masjid tersebut, wajib kita jatuh cinta dengan bumi Palestin.

Q : " Jatuh cinta ? Kenapa pula ?"

A : " Sebagaimana Salahuddin Al-Ayubi rasa sebelum kita. Diceritakan beliau berbulan bulan tidak ketawa atau bersuka suka. Sehinggakan salah seorang sahabatnya bertanya akan mengapa reaksinya begitu ? Apa pula yang menggangu fikirannya waktu itu. Dibalas beliau, "Bagaimana aku mahu ketawa sedangkan saudara kita di Palestin sedang berduka terinaya ?".

Q : . . tersentap sendiri, pertama kali mendengar ucapan tajam berkenaan isu Palestin dari ungkapan panglima, ketua negara yang terkemuka suatu masa dahulu. Alangkah baiknya jika aku sendiri punyai ciri ciri sebegitu ?

A : " Entahlah bro, aku rasa aku terpanggil untuk pergi ke sana. Kau tahukan aku suka sejarah, sirah. Kau tahu bagaimana cinta aku pada Nabi Ibrahim dan Rasulullah itu mendalam. Rasa terpanggil mencari jejak meraka, maksud aku, pergi ke tempat tersebut, melihat sejarah tinggal disitu. Boleh jadi jaulah di sana sedikit sebanyak menambah cinta aku kepada mereka. Apa kau kata ? "

Q : " Hmm. . pernah dengar first thing first ? "

A : " Of course, why ?

Q : " Err. . kalau diberi peluang sekali dalam seumur hidup, kau nak pergi ke sana sebagai pelancong atau pejuang ? Kau rasa mana lebih patut, persiapkan diri untuk melancong atau berjihad ? "

A :. . . termenung panjang, lebih jauh kali ini.



Aku pun.



Rindu.



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ







P/s : Sekarang ni, selalu sangat termenung jauh. Amanah dan tanggungjawab melebihi masa yang ada.

3 comments: