Saturday, January 24, 2015

24/1



السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Mood  : santai pada malam dingin~
Muzik : mainkan lagu Thinking Out Loud berkali - kali

Alhamdulillah, tuhan je tahu bertapa leganya aku bila sudah memasuki musim cuti semester. Kenapa ? Obviously, peperiksaan musim luruh habis sudah. Boleh otak berehat sebentar, boleh badan dimanjakan sama. Ikutkan musim peperiksaan selama dua minggu, dua minggulah tidur tunggang langgang, dua minggu juga tak cukup tidur. Biasanya minum kopi secangkir dua sahaja, musim peperiksaan punya pasal, naik sampai lima. Dan alhamdulillah juga, walaupun emosi turun naik sepanjang dua minggu itu, terkadang rasa lemah semangat, terkadang terlebih excited pun ada, terlebih itu ini, berjaya juga aku 'meloloskan' diri dengan cemerlang. Cemerlang kot. Sejak aku mula bergelar pelajar ijazah, peperiksaan kali ini sahaja yang aku rasa yakin menjawab hahaha Alhamdulillah, perasaan seronok menjawab itu, perasaan tengah cemas tetiba timbul idea, perasaan rasa pening tetiba dada terasa lapang itu aku kira nikmat Allah beri. 




Ini gambar pukul satu pagi aku masih ingat,
cawan tu baru je topup kopi haha
Control system design serius pening kepala study -.-''




Dan alhamdulillah cuti kali ini juga bermanfaat. Asalnya ada bermacam - macam kursus nak kena attend, satu pun tiada rezeki. Adalah hikmahnya, mungkin bukan sekarang kursus kursus tersebut ? Sempat berjumpa ibubapa walaupun sehari sebelum mereka pulang outstation. Sempat tolong abang usahakan perniagaannya. Sempat juga bercuti sekitar Selatan Johor Darul Takzim. Bagi aku biasa - biasa sahaja cuti kali ini, iyalah, datang sana pun main terjah, ikut Rashid. Yang seronoknya bila ada opah Rashid dirumah. Terharunya bila awal sampai rumah Rashid dalam jam satu pagi, kakak Rashid bilang, "Opah tu sebenarnya tunggu kawan Rashid datang, baru dia pergi tidur." Menangih kasih sayang seorang nenek gamaknya bila bersembang dengan orang tua tersebut hati rasa seronok. Macam - macam aku tanya, macam macam juga dia bercerita. Alhamdulillah walaupun usia hampir memcecah 80an, dia masih gagah ke maulid berdekatan, tiada tanda - tanda sakit tua pun malah petah berbicara. Aku siap join opah sakat cucu cucu dia hehehe Nasib badan tiada rezeki bermanja mesra dengan atuk nenek kandung sendiri. 



Memori di Pantai Desaru. Asal nak pergi Pulau Rawa, Mersing.
Check harga tiket, mahal baq hang -.-'



Cuti berbaki lebih 10 hari. Apa yang nak dibuat ? Entahlah, dalam kepala fikir nak jumpa anak buah terutamanya Su dengan Safiyya :3 Nak breakfast dengan Hakim, nak jumpa adik di kolej dia, jumpa parent lagi, jumpa kontraktor buat site visit, nak tolong Rashid nak pindah katanya, nak qada baca buku beli tempoh hari, nak kemas satu rumah, nak. . eh banyak pula nak kena buat hahaha Yang pasti, buat final year project atau singkatan popular pelajar Notts, FYP. Lembut je sebut fyp, tapi bergetar jiwa bila dengar hahaha Memang sengaja tak ikut rakan terdekat pergi trip Krabi-Phuket, ataupun Cebu. Filipina sebab awal sem lagi dah boleh agak banyak lagi benda yang penting kena buat. Hmm tahun baharu beerti usia bertambah, dan amanah serta tanggungjawab pun ikut bertambah sama. Kan ?


Teringat kata kata seorang sahabat. Ringkas sahaja katanya, tetapi mendalam maknanya sehingga aku terdiam. Kena pula waktu telinga menadah saat diri sedang bermujahaddah lawan penyakit malas & lemah semangat. Cukuplah hidup 21 tahun lalu dengan hari hari bertuhankan nafsu. Tiba masa tabur bakti, timba ilmu sampai mati, hambakan diri depan illahi.


Dan. . .ingat lagi entry ini ? 



Plot twisted, bila tiba suatu berita ini. Sungguh aku tak sangka cita cita aku boleh dikejar semula. Aku ingat sudah terkubur mati, dah lama dah jauh aku lupakan impian ini dulu dan tak sangka Allah beri rezeki dari sudut langsung aku tak jangka. Langsung tak jangka dari E&E Eng langsung ke Aerospace Eng.




Yes, suka aku bila habis exam sebab tinggal lagi satu sem. Aku tak sabar habiskan degree sebab nak capai apa yang aku hajati. Tingal bahagian tajaan je lagi, mudah mudahan usul diterima insyaAllah. Moga - moga perjalanan ini diredhai serta dipermudahkan illahi. 


Amin allahumma amin.






P/s : Rezeki, jodoh dan ajal sudah tertulis di Luh Mahfuz. Kata ustaz, seseorang itu takkan mati selagi malaikat belum tunaikan bahagian rezeki kepada kita manusia. Kalau baginda pula, baru diangkat menghadap tuhan setelah tugasnya di atas muka bumi ini selesai. Terus, usah pusing fikir tiga perkara ini. Yang penting, dekatkan diri pada illahi. Dia maha pemberi, yang membolak balikkan hati. Moga kita kekal atas jalanNya sehingga akhir nafas.

6 comments:

  1. Selamat bercuti dengan hari yang berbaki ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah dsim . Allah jua pemilik segala isinya . Tersentuh bila relate kan cerita nobita yang dulu dengan kisah dsim skrg . Allah Maha Adil . Dia berikan apa yang hambanya perlu bila tiba saatnya . Congratz sekali lagi . Moga mimpi jadi nyata!

    ReplyDelete
  3. Tahniahhh... im happy for u... aturan Allah tak siapa yg tahu kannn.. moga inilah yang terbaik.. InsyaAllah.. teruskan usaha!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...