Friday, May 22, 2015

Bukit Broga 2015




السلام عليكم و رحمة الله و بركات





Kali terakhir pergi Bukit Broga ? Misi "Palestine You're Not Alone" (link)  bersama rakan dari OASiS, zaman asasi dahulu. Sudah 3 tahun berlalu, ada rezeki mendaki semula Bukit Broga. Aku kira, permukaannya sudah tidak seindah dahulu, jalannya sudah tidak se-creepy dahulu, tidak mencabar macam dahulu. Overrated place? Obviously. Punca segala punca. Kata orang, biar masuk menerjah alam, yang ditinggalkan cuma tapak kaki bukannya daki. Apa apa pun, yang masih kekal sama, keindahan waktu malam, bintang bintang gemerlapan di atas sini. Sedikit pun tak pernah kecewa bila lihat keindahan alam tuhan cipta ini tiada cela. 

Bila hirup udara segar, hati pun tenang,
Bila hati tenang, nak bermunajat pun senang.

Cuma tinggal lebih kurang seminggu aku berada di Bumi Semenyih ini sebelum menamatkan tahun pengajian ijazah muda. Tinggal lagi satu kertas yang berbaki, yang perlu ditempuhi. Tolak tambah darab bahagi, aku kira, boleh jadi ini kali terakhir aku panjat Bukit Broga dalam hidupku.

























Terima kasih tuhan, atas nikmat keindahan alam ini. Terima kasih jua, bila bawakan aku ke tempat yang buat hatiku tenang jua.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...