Wednesday, May 20, 2015

Kira berapa ramai rakan kita dengan kalkulator!





السلام عليكم و رحمة الله و بركات






Mari kita main kira kira hari ini dan perkara yang mahu diambil kira adalah bilangan sahabat yang benar benar sayangkan kita. Kerna aku yakin ramai yang tertipu dengan bilangan followers, friends di laman sosial. Ada juga yang berbangga bangga bila buat sekarang aktiviti, punggutan suara adalah ramai bahkan bila disebut sebut nama, hampir semua orang kenal, hampir semua orang mahu bercerita perihal dirinya.

Ramai yang bertanya padaku baik di ask.fm/mohdqhassimi, tumblr mahupun secara berdepan, tentang bagaimana mahu mencari rakan yang baik, rakan yang terbaik di sisi kita. Bukan selalu kita berada waktu susah dan selalunya kita berada di waktu senang. Jadi proses 'pemilihan' rakan itu sulit dilakukan sehingga aku terpanggil mencari cara untuk menyelesaikan masalah ini. Entah bagaimana, ilham datang dari tuhan bila aku temui salah satu cara melalui mantik.

Pernah tidur kepenatan sehingga terlepas subuh berjemaah? Terus tidur sehingga dikejut ibu bapa, bangun untuk meraikan hadiah daripada tuhan, solat subuh itu. Terkadang sekali kejut terus bangun, waktu lain tersambung tidur. Datang lagi ibu bapa buat kali kedua, terus kejut kita. Kali ketiga, kali keempat kelima seterusnya sehingga mereka pastikan kita benar benar bangun untuk mendirikan solat. Lihatlah bertapa sayangnya ibu bapa kita terhadap kita biarpun terkadang waktu mereka mengaji berzikir pada waktu keemasan subuh itu kurang dek anaknya seorang ini. Mereka sanggup berkali kali kejutkan kita agar tidak terlepas daripada rahmat dan sakinah melalui solat, mahu kita dan keluarga berlepas diri dari murka Allah juga.





Kita disunatkan membaca doa bangun tidur 
kerana syaitan itu hakikatnya menghasut kita 
supaya kembali tidur biarpun 
mata kasar tidak nampak, 
deria telinga tidak dengar.


Lantas, tatkala kita tinggal serumah dengan sahabat yang lain ataupun bermusafir jauh, menetap rumah rakan misalnya, lihatlah kesungguhan para sahabat dalam mengejutkan subuh andai diri tertidur dek kepenatan. Jika betul mereka sayang, berapa kali mereka kejutkan kita ? Sekali ? Dua ? Tiga ? Makin banyak bilangannya itu tanda rakan kita benar benar sayangkan kita dan sudah semestinya rakan yang paling sayang dengan kita adalah rakan yang betul betul kejut sehingga kita solat subuh bukannya rasa kesian lihat kita tidur gaya kepenatan sehingga terbiar langsung solat kita!



Ambil kalkulator sekarang, kira berapa kali sahabat kejut, berapa pula bilangan sahabat yang 'betul'. Tekan '1' dan '+' '1' dan terus mengira sehingga habis akal mengira. Jika angkanya besar berbahagialah anda kerana dikelilingi orang orang yang cinta kepada akhirat. 

Jika kesudahan angkanya cuma satu atau dua, perlu buat sesuatu. Pilihan yang mampu aku simpulankan ada dua, sama ada engkau;

  • mulakan tradisi berkasih sayang atau 
  • tinggalkan bau besi, cari pemegang minyak wangi



P/s: "sesetengahnya menolong sesetengah yang lain" 
"sesetengah ya kecundangkan sesetengah yang lain"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...