Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru




السلام عليكم و رحمة الله و بركات





Special post, selamat hari guru kepada Habib Ali Zaenal Abidin! :3 Masih tak lupa pertama kali pergi kuliahnya di Masjid Saujana Impian. Waktu itu sangat kagum dengan penggunaan bahasa serta ilmu yang diselitkan sama. Sebagai seorang yang suka bermain kata, bait katanya benar benar memukau aku dan ilmunya benar benar mengubah caraku berfikir terhadap dunia. Adabnya, senyumannya menawan hatiku secara total pada pertemuan kali pertama biarpun belum pernah dengar lihat perihalnya sebelum itu.

Terkadang letih dengan urusan hidup sebagai seorang pelajar timbul penyakit 'M' untuk mengaji malam hari. Istiqamah hadir ke majlis hal lain pula. Cuma dengan izin Allah, rasa itu hilang sendiri bila tiba di majlis ilmu. Terlihat sahaja wajah ulama, hati jadi berbunga bunga. Berdetak jantung laju bagai berlari bila waktu kuliah. Suka benar hati hadam 'makanannya' (sentap pun satu hal juga).

Mungkin post ini bunyi syok sendiri, tetapi siapa pernah pergi kuliahnya tahulah candu dia macam mana. 2-3 tahun juga aku tertanya - tanya, tercari - cari apa hikmah Allah 'campakkan' aku ke UNMC. Tak sangka salah satu hikmah yang aku jumpa adalah beliau, aku kira hadiah terbesar buat hati yang cela ini. Alhamdulillah untuk guruku ini yang membawa aku mengenaliMu ya Allah dan juga utusanMu yang mulia, Rasulullah.

Tak lupa juga selamat hari guru buat guru guru diluar sana, termasuk ibuku sendiri :)

No comments:

Post a Comment