السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Terjaga awal pagi,
masih jauh sinar mentari.
Mata pena aku harap,
sebuah kata aku garap.
Terjaga awal pagi,
angin lalu sejuk sekali.
Bermain kata dalam kepala,
mengatur kata bicara.
Terjaga awal pagi,
masih gah menulis lagi.
Mencari sebuah inspirasi,
dari sudut bilik kurenungi.
Terjaga awal pagi,
mula menulis sebuah konklusi.
Berlari indah mata pena,
atas sebuah kertas kerja.
Terjaga awal pagi,
rentetan kata aku turuti.
Terkadang tersenyum gembira.
Terkadang rasa kecewa.
Terjaga awal pagi,
menulis dengan emosi.
Hatta menulis fakta,
soal hati jangan lupa.
Terjaga awal pagi,
tersenyum sendiri.
Apa matlamat tahun ini,
puas aku kecapi.
Terjaga awal pagi,
bermasam muka awal hari.
Apa yang sedang aku lakukan,
bila kerja sekadar diperlukan.
Terjaga awal pagi,
mula mencari posisi.
Pada segenap kata bicara,
mencari aku dimana sebenarnya.
Terjaga awal pagi,
tersentak sendiri.
Mungkin ini proses kerja,
bukan sekejap dicapai semua benda.
Terjaga awal pagi,
masih menulis lagi.
Cuba mencari erti,
setahun sudah kulalui ini.
Terjaga awal pagi,
membuat satu lagi konklusi.
Diri masih haus cabaran,
perlu tempat berpatutan.
Terjaga awal pagi,
tinggal masa untuk submit.
Dalam hati terfikir juga,
5 tahun lagi jadi apa?
Terjaga awal pagi,
Berfikir pula masa nanti.
Apa perlu aku terima,
tawaran kerja yang aku suka?
Terjaga awal pagi,
aku kira banyak travel nanti.
Terfikir apa jadi,
pada kita hari nanti.
Terjaga awal pagi,
benarlah hidup sukar diselusuri.
Andai bergantung kiraan sendiri,
biar berulang kali bilang guna jari.
Terjaga awal pagi,
surah al fatihah aku mulai.
Tersimpan pada surah itu,
pergantungan manusia pada Tuhan yang satu.
Terjaga awal pagi,
surah al ikhlas kubacai.
Tersimpan pada ayat ketiga,
bawa aku jumpa tuhan seketika.
Terjaga awal pagi,
kembali aku berteleku sendiri.
Konsep tawakal aku lupa,
dalam leka pada dunia.
Sungguh malu ku padaMu,
sehingga duduk kuberteleku.
Bila terbit persoalan,
Kau beri jawapan.
Bila kurungut sendiri,
Kau segera beri nikmat sejukkan hati.
Bila tiba rasa ragu ragu,
Kau segera hapuskan rasa itu!
Terjaga awal pagi,
ampuni hambaMu seorang ini.
D-SIM
Kangar, Perlis
31 Julai 2016.
No comments:
Post a Comment