Thursday, February 2, 2017

Sesat dan hantu




السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Yeah, aku sendiri tak sangka aku boleh sesat tempoh hari. Tapi bukanlah sesat seberat kes budak yang hilang di Bukit Broga tempoh hari. Malunya bila sesat di Bukit Gasing, Petaling Jaya haha Panjat bukit seorang diri, pilih untuk berlari dan terus berlari mengikut trailing yang sedia aku tanpa berfikir panjang ke mana aku menuju sehinggakan satu tahap, aku rasa bersendirian. Jalannya pula tiada tanda menunjukkan itu trail utama, erti kata lain, jarang manusia melalui jalan yang sedang aku tempuhi. Cuak?

Adalah juga, sebab paginya tadi ada baca bagaimana si budak yang hilang itu. Katanya, ada orang mengajaknya pergi ke suatu tempat sehinggakan di terbawa bawa ke alam bunian. Dikisahkan pula dia diajak berkahwin dengan wanita bunian sana. Benarkah alam tersebut? Boleh baca di penulisan mufti kesayangan kita di link ini (LINK). Lawak juga, tapi yang membuatkan aku sedikit risau, bila teringatkan lawak ghost drone prank oleh orang Mexico, viral di mukabuku (LINK). Mau kepala aku tak pusing kiri kanan depan belakang bila hadir perasaan macam tu haha Hailah D-SIM, orang ajak teman, gagah hike seorang diri.



Tapi, persoalan utama, perlukah aku berasa takut? 


Kecil dahulu, aku selalu dimomok akan cerita cerita hantu. Pelbagai kisah diceritakan dalam majalah Mastika, sehingga terbawa - bawa ke meja sekolah. Pergi ke bilik air pun takut kesudahnya, nak buang air besar pun takut terbayang bayang ada tangan berulat keluar dari lubang tandas! Ada pula menceritakan pengalaman sendiri, ada juga sempat berjenaka dengan filem hantu lawak macam dalam filem Momok. Masih ingat filem Pontianak Harum Sundal Malam? Tak tidur malam aku dibuatnya, sehinggakan kalau melihat ke bawah pun takut dek terbayang satu babab kepala hantu sahaja di atas tanah. Sedihnya dewasa kini terfikir, kenapa aku harus belajar 'tauhid' kepada hantu terlebih dahulu sebelum Allah? Atau sebenarnya budaya kita mengajarkan anak anak akan 'tauhid' kepada hantu? Masih ingat lagi waktu aku berjalan di negeri JDT, ada orang tua - tua sengaja memasangkan filem hantu, supaya anak anak segera mencapai selimut dan menyorok disebalik bantal, sebagai satu idea agar anak segera tidur. Cerita famous kita selalu dengar, para ibu bapa atau orang tua - tua menjerit dari jendela pada waktu menjelang maghrib, menyuruh anak mereka segera pulang atau bakal diganggu hantu. 



Aku kira ini salah satu pendidikan melalui pembohongan sedangkan cerita sebenar perlu disampaikan seusai hadis yang dikisah kan. Benar ada perkara yang kita amalkan atau momokan ada yang terkait, cuma cara penyampaiannya kita ragui. Matlamat tak pernah menghalalkan cara kan? Masakan larangan tersebut termaktub pada anak anak, dewasa pula bagaimana? Mungkin tahap kecelikan anak anak jadi penyebab ringkasnya teguran, namun tidak sama sekali membenarkan pembohongan. Ah, sistem pendidikan sebegini nampak berhasil dengan keputusan segera, tetapi dalam masa yang sama menyuburkan perihal yang terselindung. Mengajar anak juga untuk turut berbohong, menyelindungi kebenaran dengan kebatilan, menuruti pesanan yang sama tanpa semakan. Apa yang kita takuti, perasaan si anak apabila mengetahui kebenaran, apakah perasaan si anak pada si ibu bapa yang sekian lama mereka percayai, rupa rupanya menyampaikan kisah palsu kepada si anak? Kembali kepada pokok asal, kita takut akan pemahaman terhadap 'tauhid' hantu itu subur, mengalahkan pengenalan kepada Allah. Cubalah tanya pada anak kecil kini, berapa jenis hantu dia kenal, baik hantu local malah hantu Hollywood, jika dibandingkan dengan sifat sifat tuhan? Kalau anak anak percaya, hantu boleh berbuat apa sahaja seperti dikisahkan dalam filem, masakan si tua - tua percaya, bahkan bergantung harap pada perkara tahyul seperti benda keramat. Dua dua pemikiran sejenis, bezanya satu menjauhi/takut perkara tahyul, satu lagi mempergunakan perkara tahyul. Tahun 2017 sudah, masih ada lagi sejenis menyebarkan fitnah melalui santau, di tiang tiang kedai dengan botol berkain pelbagai warna, mat mat motor dengan tangkal benangnya pula. 

Ah aku sedih bila memikirkan perkara sebegini ada dalam pemikiran masyarakat kita. Sayangnya bila si kecil dengan takut berjalan kaki ke surau atau masjid berdekatan kerana tauhid salah itu. Sayang juga bila si anak kecil berasa sangat takut bersendirian di rumah, berasa sangat terganggu pada apa juga bunyi biarpun detikan jam dinding. Akalnya dari mula dicemari dengan tanggapan hantu mampu mencederakan manusia, bahkan mematikan seperti dalam filem. Sayangnya pula kepada si dewasa, ada rasa seram atau takut pada sunyi malam sedangkan sepertiga malam adalah malam yang afdhal nya solat tahajjud, Qiam dalam bahasa sek sek usrah. Rugi bila beralih rasa berharap, tertipu dengan mainan syaitan yang memudaratkan, bahkan menggugurkan akidah diri demi kepenting duniawi. Seperti yang kuulaskan sebentar tadi, kepada Allah lah yang sepatutnya kita takut pada azab yang tertulis seperti dalam surah Al-Waqiah, kepad Allah lah juga yang sepatutnya kita berharap seperti ayat ke-3 surah Al-Ikhlas. Sekurang kurangya, bila sudah celik, ajarlah si anak anak perkara yang sebenarnya, siapa hantu siapa Allah. Bukannya kerana memudahkan engkau dalam memberi perintah kepada anak, diceritakan kisah hantu supaya segera tidur, atau sebenarnya tertidur dalam ketakutan. Bagi aku ini penyeksaan psychology yang ternyata salah!

Beringatlah, andai ada terbit rasa takut selain Allah, cubalah hayati hadis yang disampaikan guru mulia ini;




Mudah kata, apa yang anak Adam takutkan atas dunia ini, perkara itulah Allah uji, uji dan terus menguji sehinggalah kita get over it, melepasi 'ujian' tersebut. Sampailah kita sedar, Allah jualah tempat yang sepatutnya kita takut. Perihal hantu pula, teringat pesanan ringkas guru, 


"La hawla wala quwwata illa billah, 
orang yang beriman tidak takut hantu."



Di mana iman kita bila disebutkan Allah jika dibandingkan bila disebut hantu?


* * *

End-up, aku keluar dari tempat tersebut dengan terpinga - pinga, kepala tercongak congak dimana sebenarnya aku berada. Tiada telefon minta bantuan uber/grab request dek kepenatan, tiada wallet bersama untuk singgah di kedai kopi. Cuma kunci kereta dan diri sediri. Berjalan separa jogging mencari jalan menuju ke pintu masuk, tempat aku parkir kereta juga, tika itu bukan lagi rasa takut yang hadir, ada suatu perasaan dipanggil insecurity. Tak senang duduk, gelisah, risau walhal aku separa jogging di Malaysia pun, bukannya benua lain. Insecurity lah perkara yang banyak menggubah pola fikiran serta tindakan kita dalam bermacam perkara. Persoalannya, apakah tindakan tersebut baik atau jahat? Pernah terfikir, dalam segala hal kita lalui, yang mana satu terhasil dek perasaan insecurity ini?

No comments:

Post a Comment