السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Terjaga pagi, dalam pukul 5. Dalam samar kegelapan malam, mata segera mencerap kelipan hijau puncanya daripada telefon bimbit.
"Notification baharu?", gumam sendiri.
Pantas tangan mencapai telefon bimbit, memeriksa segala apps yang berkenaan. Mata antara pejam celik, kepala sedikit pening. Bila difikir semula, seminggu dua ini tidur langsung tidak menentu. Terkadang kerja memaksa diri ke tempat kerja dua jam lebih awal daripada sepatutnya. Terkadang pulang lebih lewat, selewat jam 5 pagi! Rezeki hari itu, hujung minggu itu, bangga berjaya 'meloloskan' diri daripada terlibat secara langsung dengan projek yang sedang rancak dijalankan oleh syarikat. Beginilah nasib jurutera muda, bahagian operasi lebih terperinci. Walaupun syarikat umpama pucuk muda di kalangan tumbuhan segar lagi matang, namun kehadiran pucuk muda ini lah menggegarkan industri serta pasaran sedia ada. Berbuat duit puluhan juta nilainya walau tenaga pekerja cuma 15 orang, kurang setahun namanya gah diperkenalkan! Syukur, biarpun penat, banyak perkara yang aku belajar di tempat ini. Sayang sehingga kini mulut masih berat mengucapkan 'terima kasih' kepada senior senior, associates, serta JV yang banyak mengajar aku secara langsung mahupun tidak, secara kasar mahupun teguran lembut.
من لم يشكر الناس لم يشكر الله
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia
maka dia tidak bersyukur kepada Allah"
- HR. Ahmad
Ibu jari kiri scroll selaju mampu, mencari cuma isi isi penting topik perbincangan. Cuma ini masalah utama dihadapi, bila segala bahan mahu diceritakan, baik dalam group whatsapp keluarga, rakan sebaya, event atau kerja, sedangkan aku bukan orang yang benar benar teliti dan tally apa yang terjadi. Ikutkan nafsu, mahu sahaja aku leave semua group yang ada, tetapi siapalah aku berbuat begitu?! Siapa berani leave group kerja atau keluarga besar mari kita berjumpa aku belanja teh tarik in return of exchanging that knowledge hey! Sedar sedar dunia gelap, mata terlelap, irama nafas mulai rendah terasa damai, kepala kembali terbang diawangan melupakan dunia buat sementara sedang badan masih terasa sengal kepenatan kerja semalaman.
"Sesungguhnya diantara dosa-dosa itu,
terdapat satu dosa yang tidak dapat dihapuskan
dengan shalat, puasa, haji dan umrah."
Sahabat bertanya,
"Apa yang dapat menghapuskannya wahai Rasulullah?"
Beliau menjawab,
"Semangat dalam mencari rizki."
- HR. Thabrani
Pusing. Tergaru garu kepala tidak gatal, rungsing melihat kereta penuh sesak di hadapan mata. Apakah norma warga kota melalui MRR2 sebegini rupa ? Ini bukan pertama kali melalui jalan ini, cuma hari ini, pangkal empat belas haribulan Mac 2016, pertama kalinya aku mencuba melalui MRR2 bermula dari Kajang, tepian Cheras sebelum mula melalui lingkaran kedua tersebut. Gila, kerja gila sebenarnya. Biarpun jarak aku sekarang dengan pejabat tinggal 5KM cuma, ditolak tambah darab dan bahagi, aku kira jika diberi masa sejam lagi untuk merangkak keluar dari kegilaan ini, belum tentu aku akan sampai ke pejabat tepat pada masanya! Aduh, menyesal aku. Asalnya lihat jam 7.00 pagi, merasakan diri akan sampai ke pejabat pada 7.30 pagi jika ambil jalan kebiasaan. Dalam kepala mula mencongak ketika itu, apa kata korbankan sedikit masa, terokai norma jalan baharu dan jimat beberapa buah tol dengan melalui jalan ini. Dan sungguh, dalam kehidupan ini kita perlu korbankan banyak perkara dalam mencapai hanya satu perkara. Andai kebiasaan aku ke pejabat perlu melalui pelbagai jalan, lebuhraya serta ragam sesebuah tempat demi ketelusan diri pada masa kehadiran jam 9 pagi, waktu itu aku gugurkan sedikit cuma pengorbanan itu dan ternyata pada jam yang tertera, aku sudah lambat masuk kerja!
Hangit bau tayar, dada sesak bau udara kering bercampur karbon monoksida, hasil utama dari paip ekzos kenderaan. Mentari mula membasahi Bumi dengan pancaran haba, pun begitu berpusu - pusu manusia memasuki perut kota Kuala Lumpur ini. Kontranya aku berada di dalam kereta, terasa sunyi sendiri, mata merenung kosong kereta hadapan dalam berjaga jaga jarak antara kereta pada waktu puncak sebegini. Biarpun DJ Rizal Ismail IKIM rancak berceloteh di corong radio, telinga ralit tumpu perhatian kepada persoalan hati.
Kenapa kena bekerja sebenarnya? Tercetus persoalan hati sambil mata tertancap kepada access card diberi. Rasa cemas terhadap waktu kehadiran bekerja semakin suntuk, telah mula pudar lebih separuh tahun aku bersama sama dengan syarikat ini, pelbagai suka duka kecapi bersama. Ada waktu, terasa diri bagai seorang asing. Ada waktu, rasa terharu kehadiran dihargai meski di padangan orang umum, aku ini hanyalah 'budak mentah' atau 'baru setahun jagung'.
Cukup pangkal satu haribulan May, bererti genap lapan bulan aku bekerja dalam bidang tenaga (Read : Energy) Pun begitu, persoalan masih belum lengkap terungkai. Aku lebih banyak menemui hikmah bekerja di tempat aku kini melebihi pengertian terhadap pekerjaan yang aku sedang lakukan. Teringat kata kata pengarang buku The Art of War, Sun Tzu yang kini hikmah katanya lebih banyak digunakan dalam dunia perniagaaan; katanya;
Benar, kerna untuk apa atau siapa aku perjuangkan diri aku dari tidur yang lena selama lima hari berturut - turut, bersusah payah memerah keringat otak juga tenaga sedia ada dari segenap tubuh kecil ini 8-9 jam lamanya, terkadang aman kondusif berhawa digin terkadang dibawah pancaran matahari terik, keringat satu per satu jatuh membasahi Bumi. Aku sedia tahu keupayaan serta kekuranganku tetapi bukan apa yang berada dihadapanku. Umpama sejongkong emas bermutu tinggi di padang pasir, sedang nilai nya langsung tidak setanding kehausan sang pengembara yang melintasi kawasan tersebut. Tahu nilai emas itu berapa dan potensinya, tetapi tertanya tanya apa yang terselindung di sebalik butir butir pasir berdebu itu untuk aku!
Nafas kuhela deras sekali, kepala sedikit tidak menghiraukan kesesakan yang berlaku. Mungkin bukan sebutir pasir pun untuk diriku, mungkin sahaja Allah menempatkan aku di situ, untuk aku berkhidmat pada setiap butiran pasir. Aku cuma takut repitisi kosong bermula semula, tidak mahu terjatuh dalam lubang yang sama pada kali kedua. Cukuplah UPSR untuk PMR, PMR untuk SPM, SPM untuk biasiswa, segulung ijazah pula untuk keselesaan bekerja. Bunyinya berbeza beza, jalan atau likunya tidak sama bahkan semakin sukar bila ditempuh, tetapi bila difikirkan semula, bukankah itu repitisi bersahaja? Andai repitisi itu berisi, aku akur tetapi bukan pada hal hal yang kosong. Tiada jiwa yang aku temui sepanjang perjalanan tersebut, rungsing juga kepala memikirkannya, bukankah setiap amalan itu kayu ukurnya adalah niat tulus hati seorang hambaNya? Takut setiap langkah aku berjalan menuju ke pejabat, setiap kata - kata aku lontarkan di meja mensyuarat, setiap kali jari jemari berlari atas papan kekunci dalam mengabadikan nilai - nilai kejuruteraan itu hanyalah ikutan desas desus syaitan. Bila langkah itu cuma membesarkan kesombongan dalam hati, kata - kata mengasah lidah untuk terus petah berbicara penuh angkuh dan bongkak, jemari - jemari pula menulis dalam menzahirkan suatu usaha yang jauh dari hati berniatkan ikhlas tulus kepada, hanya dan daripada Allah semata - mata. Bukankah bila kita lakukan pekerjaan selain daripada Allah adalah syirik asghar sedangkan bila kita lakukan pekerjaan atas nilaian orang adalah riak, sifat munafik tercela ? Terlupa pada kisah baginda musnahkan masjid yang dibina orang munafik ? Masjid itu tempat ibadah, tetapi turunnya firman Allah untuk dimusnahkan masjid tersebut. Baginda musnahkan apa yang ada, dari atap punca dedaun kurma serta pelepahnya, bahkan kayu kayannya dibakar sehingga debu sahaja yang tinggal. Apa simboliknya kisah tersebut walhal boleh sahaja kayu dijadikan rumah, atapnya diambil berbuat tempat berteduh bukannya dibakar terus? Tiada nilai pun masjid dibina andai bukan atas dasar taqwa, tiada tempat sifat munafik walaupun setitik di sisi Allah.
Artinya :
Nauzubillah min'zalik, moga apa yang ghaib tersimpan dalam hati ataupun jelas lagi nyata terzahir melalui perbuatan merupakan hasil hati yang ikhlas mencari redhoNya.
P/s: Tiada jawapan secara langsung melalui pembacaan kalian ini, cuma bait bait kata kutengahkan berbuat kalian bertanya kembali pada niat serta diri sendiri tentang kudrat yang dicurahkan 8-9 jam seharian bekerja.

"Kejap, biar aku bilang guna jari. .
Oh, hari ini sudah 101 hari aku melangkah dalam alam pekerjaan. Kisah suka duka bercampur baur mencorak variasi kehidupan sebagai insan. .
Dan sudah 101 hari, masih belum jumpa erti "bekerjalah kerana Allah" acapkali ibu ucap di hujung talian. Sibuk serabut mana dalam kepala, tanda tanya tetap berlegar dalam minda. .
Biarlah melangkah lagi 101 hari dalam mencari 1001 makna itu, asal semangat & tabah mencari erti tidak luntur, macam 101 hari yang lalu."
Link : instagram
Cukup pangkal satu haribulan May, bererti genap lapan bulan aku bekerja dalam bidang tenaga (Read : Energy) Pun begitu, persoalan masih belum lengkap terungkai. Aku lebih banyak menemui hikmah bekerja di tempat aku kini melebihi pengertian terhadap pekerjaan yang aku sedang lakukan. Teringat kata kata pengarang buku The Art of War, Sun Tzu yang kini hikmah katanya lebih banyak digunakan dalam dunia perniagaaan; katanya;
“If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.”
Benar, kerna untuk apa atau siapa aku perjuangkan diri aku dari tidur yang lena selama lima hari berturut - turut, bersusah payah memerah keringat otak juga tenaga sedia ada dari segenap tubuh kecil ini 8-9 jam lamanya, terkadang aman kondusif berhawa digin terkadang dibawah pancaran matahari terik, keringat satu per satu jatuh membasahi Bumi. Aku sedia tahu keupayaan serta kekuranganku tetapi bukan apa yang berada dihadapanku. Umpama sejongkong emas bermutu tinggi di padang pasir, sedang nilai nya langsung tidak setanding kehausan sang pengembara yang melintasi kawasan tersebut. Tahu nilai emas itu berapa dan potensinya, tetapi tertanya tanya apa yang terselindung di sebalik butir butir pasir berdebu itu untuk aku!
Nafas kuhela deras sekali, kepala sedikit tidak menghiraukan kesesakan yang berlaku. Mungkin bukan sebutir pasir pun untuk diriku, mungkin sahaja Allah menempatkan aku di situ, untuk aku berkhidmat pada setiap butiran pasir. Aku cuma takut repitisi kosong bermula semula, tidak mahu terjatuh dalam lubang yang sama pada kali kedua. Cukuplah UPSR untuk PMR, PMR untuk SPM, SPM untuk biasiswa, segulung ijazah pula untuk keselesaan bekerja. Bunyinya berbeza beza, jalan atau likunya tidak sama bahkan semakin sukar bila ditempuh, tetapi bila difikirkan semula, bukankah itu repitisi bersahaja? Andai repitisi itu berisi, aku akur tetapi bukan pada hal hal yang kosong. Tiada jiwa yang aku temui sepanjang perjalanan tersebut, rungsing juga kepala memikirkannya, bukankah setiap amalan itu kayu ukurnya adalah niat tulus hati seorang hambaNya? Takut setiap langkah aku berjalan menuju ke pejabat, setiap kata - kata aku lontarkan di meja mensyuarat, setiap kali jari jemari berlari atas papan kekunci dalam mengabadikan nilai - nilai kejuruteraan itu hanyalah ikutan desas desus syaitan. Bila langkah itu cuma membesarkan kesombongan dalam hati, kata - kata mengasah lidah untuk terus petah berbicara penuh angkuh dan bongkak, jemari - jemari pula menulis dalam menzahirkan suatu usaha yang jauh dari hati berniatkan ikhlas tulus kepada, hanya dan daripada Allah semata - mata. Bukankah bila kita lakukan pekerjaan selain daripada Allah adalah syirik asghar sedangkan bila kita lakukan pekerjaan atas nilaian orang adalah riak, sifat munafik tercela ? Terlupa pada kisah baginda musnahkan masjid yang dibina orang munafik ? Masjid itu tempat ibadah, tetapi turunnya firman Allah untuk dimusnahkan masjid tersebut. Baginda musnahkan apa yang ada, dari atap punca dedaun kurma serta pelepahnya, bahkan kayu kayannya dibakar sehingga debu sahaja yang tinggal. Apa simboliknya kisah tersebut walhal boleh sahaja kayu dijadikan rumah, atapnya diambil berbuat tempat berteduh bukannya dibakar terus? Tiada nilai pun masjid dibina andai bukan atas dasar taqwa, tiada tempat sifat munafik walaupun setitik di sisi Allah.
Artinya :
Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. ( Q.S. At - Taubah [9] : 105 )
Nauzubillah min'zalik, moga apa yang ghaib tersimpan dalam hati ataupun jelas lagi nyata terzahir melalui perbuatan merupakan hasil hati yang ikhlas mencari redhoNya.
P/s: Tiada jawapan secara langsung melalui pembacaan kalian ini, cuma bait bait kata kutengahkan berbuat kalian bertanya kembali pada niat serta diri sendiri tentang kudrat yang dicurahkan 8-9 jam seharian bekerja.
No comments:
Post a Comment