Thursday, December 13, 2018

Su atau Sue



السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Kenal Sumayyah?



Dalam diri selembut sutera

Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan



Iya, seperti lagu nyanyian kumpulan Hijaz yang selalu kedengaran di IKIM FM, Sumayyah binti Khabath dikenali sebagai wanita pertama mati syahid dalam pertahankan keimanan beliau. Boleh jadi Sumayyah juga berstatus sahabat Rasulullah SAW kerna memenuhi kriteria, memeluk Islam dan hidup sezaman baginda. Cuma belum aku temui hadis Sumayyah pernah bersemuka dengan baginda berbuat lengkap syarat status sahabat. Berbeza dengan kisah syahid yang kebiasaannya disesuaikan kisah perang, Sumayyah mati syahid kerna diseksa oleh majikan beliau sendiri, bahkan suami dan anaknya jua terkesan apabila anak beranak menerima kesan buruk di saat pihak Quraisy membenci sebaran Islam tika itu. 


Dan aku kenal Sumayyah binti Khabath sebenarnya bermula daripada Aina Sumayya. Atau lebih senang kupanggil, Su atau Sue. Oh, selama ini kusangka nama penuh Su adalah Sumaiyah huhu Kalau die-hard-fan blog aku pasti perasan beberapa kali aku mention Su;




Aku tak ingat bila kali pertama kenal mereka sekeluarga, melainkan dari entry pertama di atas, saat pengenalan waktu berbuka puasa bersama di Shangri-La, Putrajaya. Waktu itu aku baru memasuki Sains Alam Shah, sudah hampir 10 tahun lalu? Hotel tersebut pun sudah bertukar milik kepada Pulse Grande Hotel dan 10 tahun juga jarak masa kali terakhir aku menjejakkan kaki di sana. All thanks to Mak Long for the break fast!


Tahniah!

Dan siapa sangka waktu berputar laju, Su kini telah mendapat keputusan peperiksaan pertama di peringkat kebangsaan. 5A 1B, sekolah ABIM wajib mengambil peperiksaan bahasa Arab. Kira hebatlah kan? UPSR aku dahulu cuma 3A 2B, itu pun berangan nak masuk MRSM dengan keputusan tersebut. Hailah. Semalam berkesempatan berziarah ke Bangi usai meeting di Melaka, dapat tahu Su bakal menghadiri ujian sebelum memasuki salah satu MRSM Ulul - Albab. Rasanya bilangan MRSM yang menawarkan program ulul albab boleh dibilang dengan jari dan bakal pelajar diminta menghafaz Surah Al-Mulk, diuji sebagai salah satu keperluan memasuki sekolah berprogram tersebut. Oh yea, selain itu, para pelajar akan diberikan satu muka surat ayat Quran untuk dihafaz dalam masa 20 minit! Fuh, hebat. Ada juga aku cadangkan sekolah agama lain seperti SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB), SMAP Labu, SBIP Gopeng, SMA KL, SMAMAWIP KL, SMA Kajang atau SMA Bestari (SAMBEST). Rupanya ada isu bila bersekolah swasta, tidak layak melanjutkan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan. Rata - rata ibu bapa pelajar akan keluarkan anak nya pada tahun ke 6 untuk punyai rekod bersekolah kebangsaan. Dan isu sekolah MAWIP pula, salah seorang ibubapa atau penjaga mesti punyai alamat Wilayah Persekutuan. 



Jigsaws puzzle

Jauh pula bercerita sedangkan apa yang ingin aku sampaikan cuma perihal didikan anak. Masakan dahulu Su cuma bertubuh kecil dan pendiam, kini sudah bersedia bersekolah asrama belajar erti berdikari walau sepanjang hidupnya cuma sebumbung dengan Pak Lang Mak Lang. Saat Mak Lang merungut perihal kes sekolah swasta sukar masuk sekolah kebangsaan malam itu, separuh minda aku melayang fikirkan Muadz, anakku, suatu masa nanti. Ibarat bermain jigsaws puzzle, satu demi satu cebisan puzzle disusun dalam mencipta suatu gambaran yang lebih besar dan jelas. Dan sudah tentu, bagi mana mana ibu bapa di luar sana, sangat teliti dan berhati - hati agar puzzle tersebut tidak disalah letak. Boleh jadi anak tersalah didik atau kita tersalah tunjuk role model. Andai segala kesilapan boleh diperbetulkan sekalipun, rugi masa usia mudanya begitu sahaja. Pernah dengar, dengan masa kita boleh cari wang, sedangkan wang tidak pula boleh membeli masa? Rasanya lagu fav Angah, Tepi Sikit - Sleeq pun ada ketengahkan soal masa.

Hadis tersohor;


“Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibu bapa lah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” 

- (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dari situ aku terfikir, tugas ibubapa bukan sekadar memenuhi amanah & tanggungjawab Allah berikan, idea dan kreativiti mendidik juga seperkara yang perlu diberikan perhatian. Sudah tentu, idea dan kreativiti suatu perkara yang membezakan setiap manusia, itu juga yang mencorak segenap isi Bumi ini. Boleh bayangkan jika semua manusia punyai pola pemikiran yang sama? Masakan lampu terhasil jika semua manusia berlumba - lumba menghabiskan masa pada teknologi & teori lilin? Sampai bila kita perlu bergantung pada matahari sebagai penentu waktu solat setiap hari jika tidak kita kerjakan ciptaan jam? Persoalan kini, idea dan kreativiti manusia terhad sedangkan engkau mahukan yang terbaik buat anak - anak. Dan aku cuma mampu kembalikan segala rasa insecurity ini kepada Allah. Aku tak mahu lagi tertipu dengan usaha sendiri, kerna bila kau bertaruh pada usaha, nescaya kau menghampiri gila saat rasa pedihnya kecewa, harapan musnah hadapan mata.

Dan malam itu juga, aku doakan baik - baik sahaja kepada Su. Aku bukan jenis 'menakutkan'  atau merendahkan perihal UPSR jika dibandingkan realiti PT3 atau SPM nanti, melainkan beri penghargaan sepatutnya. She deserves an honest appreciation just like how honest she wanted me to know her results on D-Day.

Terima kasih juga, kerna mengajar erti tarbiyatul aulad, biarpun secara tidak langsung. Nanti abang carikan hadiah ye?

No comments:

Post a Comment