Thursday, November 15, 2018

Life in 2018



السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Terdetik hati untuk kembali menghadap Blog yang hampir setahun lamanya dibiar tanpa sebarang perkembangan. Ibarat menyingkap robok lama, kuhembus buang debu, kuusap kembali diari lama, perhatikan satu per satu perkembangan diri sebelum kembali menulis lagi. Cewah, gaya berceloteh seolah ada pula yang ingin ambil tahu. 

Bismillah.



Whatsapp group assignment kembali aktif malam ini, menyingkap kembali zaman 'kegemilangan' sebagai seorang pelajar siswazah Notts dahulu. Bezanya kini, aku bergelar sepenuh masa jurutera & separuh masa pelajar pascasiswazah. Kupilih UTM KL Jalan Semarak berikutan lokasi yang bersesuaian dan juga tempoh masa menghabiskan MEng Power Engineering bertepataan kehendak aku. Mungkin aku baru 3 tahun meninggalkan Nottingham sebelum kembali bertatih dalam dunia keilmuan ini, tapi kurasakan cabaran tetap ada, bahkan terasa lebih berat jika dibandingkan waktu ijazah dahulu. Kalau perasan, bekerja lebih menyenangkan jika hendak dibandingkan zaman belajar. Waktu bekerja memang leceh 9 ke 5 tetapi boleh 'campak' segala hal kerja di kantor dan kembali bersantai bersama keluarga pada waktu yang berbaki, termasuk juga waktu cuti Sabtu Ahad dan cuti umum. Boleh jadi keadaan yang berbeza mengikut tugas pekerjaan seseorang, ada waktu malam hari pun aku terpaksa kerja remotely, belum campur masa dihabiskan untuk outstation. Zaman belajar pula, siangnya sibuk dengan belajar sedang dimalam waktu pula bekejaran menyiapkan tutorial/homework/assignment atau belajar berbuat persiapan test/final exam.

Cabaran aku pula?

Gabungkan soal kerja dan belajar dalam masa yang sama! ADOI! Tatkala siangnya rungsing perihal kerja, malam pula terkial kial belajar untuk kelas pada Sabtu & Ahad. Oh yea, kalau belajar di UTM KL dibawah pelajar pesisir (offshore student @ part - time study) kelas pada hari Sabtu bermula dari jam 2 petang hingga ke 10 malam manakala 8.30 pagi sehingga 5.30 petang pada hari Ahad. Mengikut hukum logik akal, otak aku kini seolah dikerah 'bekerja' 7 hari seminggu!  Bermula dengan komitmen kelas Bahasa Arab ambil di UM selama beberapa bulan pada setengah hari Sabtu, bila dah biasa baru rasa diri 'sedikit' bersedia untuk melangkah ke alam pelajar sambilan MEng. Tapi menariknya pembelajaran pascasiswazah di UTM ini, seminggu satu subjek. Maksudnya, jika minggu pertama Subjek A, maka kelas Sabtu & Ahad tersebut cuma Subjek A sahaja. Dan tentunya kelas dihadkan kepada 4 subjek sahaja pada satu semester (course lain tak pasti pula). Syukur kali ini kupilih 3 subjek sahaja, itu pun hampir tercungap minta nyawa! HAHA. Susah juga hendak belajar kalau baru selak satu dua muka surat, suara nyaring Muadz singgah ditelinga sambil menarik senyuman nakal pada abinya.

Oh ye, perkenalkan Muhammad Muadz (محمد معاذ),



Alhamdulillah, selamat dilahirkan bulan Mei lepas. Sempurna sifatnya, handsome & nakalnya mungkin diwaris dari abinya sendiri, eh. Berat juga tugas selaku seorang bapa dan teringat pula kata English Teacher masa Form 4 di ASiS dulu;


"Father will take care of the children, 
love more the kids than the wife."


Strange huh? Ligat akal berputar mencari jawapan yang logik dek akal, kerna si isteri itu dikahwini atas dasar suka sedangkan anak itu pula anugerah illahi. Bagaimana rasa cinta, kasih atau sayang itu boleh bertukar sebegitu rupa? Segala persoalan tahun 2009 dahulu terjawab saat kuazankan ditelinga kanan Muadz selepas mendapat kebenaran dari staf Hospital Shah Alam. Kusempat garap ucapan syukur dan kaitkan jawapan tuhan dalam caption di instagram;



"Dinikahi seorang perempuan itu kerana 4 perkara, dimulai agamanya, berkeluarga baik, ada rupa & harta. Dinikahi seorang perempuan pula untuk 3 perkara, sakinah, mawaddah & rahmat. Ada ulama mentafsir ‘rahmat’ pada hadis tersebut adalah kurniaan rezeki anak melalui pernikahan. Dan cara bersyukur pada kurniaan rezeki Allah, salah satunya adalah memanfaatkan rezeki tersebut dengan sebaik mungkin. Moga محمد مُعَاذ membesar dengan pendidikan secukupnya, moga jadi insan yang jauh lebih baik dari abi & ummi-nya."



Suatu perasaan yang sukar diungkap, melainkan ucapan Alhamdulillah yang tidak putus - putus hampir setiap kali melihat Muadz. 




Gigihnya mahukan yang terbaik, sehingga ditahnik pun kucari Mufti Wilayah, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Ikutkan tempoh, hampir sebulan Muadz belum ditahnik tika itu. Mak pula mendesak aku sendiri yang mentahnik Muadz. Kata orang, si anak terkesan dengan siapa yang mentahniknya dahulu. Aku 'pendiam' atau malu alah ni pun sama gayanya atuk Kota Tinggi yang mentahnik kan aku dahulu. Ish, bapa mana yang mahukan anak jadi seperti dirinya melainkan jadi lebih baik dari bapanya sendiri? Teringat pesanan tersebut, kerna abah aku sendiri pernah berpesan sedemikian saat aku kecil dahulu memberontak tak mahu belajar LOL. 


Alhamdulillah, cantik aturan Allah.


Dan dalam kesempitan waktu kini, sempat juga aku ceburi bidang saham Bursa Malaysia. Mula terjebak bila aku rasa kecewa dengan pulangan Tabung Haji saban tahun, semakin sedikit. ASB? Lebih kurang sahaja bila tolak 2.5% untuk potongan zakat (Menjadi kewajipan pemegang ASB bayar zakat sendiri, Tabung Haji akan bayarkan bagi pihak pemegang akaun saham/deposit). Nak dijadikan cerita, aku antara pemain tegar Anno 1404 mobile version. Awal tahun ini lah sebelum mula sibuk dengan perkara lain. Dalam permainan tersebut, para pemain dapat berinteraksi atau berjual beli barangan dengan matawang game tersebut sesama pemain. Walau kaya mana sekalipun jajahan aku, aku dapati keadaan market semasa yang tidak menentu menyesakkan aku. Sebagai contoh, harga kayu murah RM 1 bila inflasi jadi RM 4 dan akan mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk harga semasa stabil semula. Dari sini aku terfikir, apa guna simpan duit bila sekali ombak inflasi berlaku, hampir kering duit reserve game aku? Tambahan pula, realitinya pun memang kadar inflasi lebih tinggi jika hendak dibandingkan nilai matawang negara. Maka bermula pelaburan pada harta benda @ fizikal termasuk pengenalan terhadap saham Bursa Malaysia. 



Boleh ikuti penulisan/kajian aku terhadap saham bursa di highlight instastory


Dunia saham ini sungguh sesuatu yang baharu bagi aku. Lebih mendebarkan apabila tiba saat kita berkira - kira, berapa jumlah yang hendak diletakkan, berapa pula keuntungan boleh dijana, berapa pula kerugian dek risiko. Belum lagi ambil faktor keadaan market satu dunia, kebiasaanya saham  jatuh bila market sekeliling jatuh juga. Bezanya orang yang berilmu dengan yang tidak, dalam keadaan Bursa Malaysia merah 'berdarah' (fasa kerugian, jumlah orang menjual saham melebihi membeli saham) ada beberapa kaunter saham yang bergerak dalam keadaan untung. Itu yang perlu aku dalami. Masih lagi dalam kajian, bertukar tukar pendapat, cari ilmu, cari guru, sebarkan ilmu berkenaan saham kerna tidak ramai antara orang Melayu tahu apa itu saham pun. Untung seribu rugi seribu aku rasa memang resmi bidang ini. Hatta tika aku menuntut ilmu @ berguru sekalipun, mereka pernah kerugian selama beberapa TAHUN, PULUHAN RIBU sebelum menikmati pulangan dari ilmu saham dipelajari. Aku ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada senior Notts, Dayat, Nazz dan kawan ASiS, Syazwan yang banyak membantu newbie ini huhu.

Oh, stock trading lebih mudah jika hendak dibandingkan kisah aku kerja part - time, atau direct selling seperti mana yang selalu aku cuba sejak dahulu. Rasanya aku belum pernah cerita salah satu kisah aku dengan zaman aku ber-Uber kan? Memang buat duit melebihi ribuan ringgit sebulan, ada masa aku coleteh disini lagi insyaAllah. 


Dan jika ditanya apa yang aku mahukan tika ini?

Waktu, masa, umur. 




Bukan kerna takutkan mati, tetapi berharganya masa melebihi segala yang ada di atas muka Bumi ini. 

Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, maka seharusnya lah sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Kamu telah mensia-siakan sebagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu. Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt. 

(Imam Ibn Athoillah as Sakandary)

No comments:

Post a Comment