Wednesday, April 30, 2014

Pulau Pangkor, Perak






السلام عليكم و رحمة الله و بركات








Trip paling sempoi pernah aku pergi, trip ke Pulau Pangkor. 3H2M, penginapan, makan minum dan transport dan aktiviti pulau dengan hanya RM 100. Dalam banyak banyak aktiviti, pengalaman berharga sebenarnya waktu sarapan pagi disana. Warung kecil sahaja tepi pantai, tetapi pemandangan cantik ini buat aku terkilan. Bukan selalu lihat pemandangan sebegini bukan?

URL : https://www.instagram.com/p/narTT0JgX2/?taken-by=mohdqhassimi

HG3



السلام عليكم و رحمة الله و بركات






Pilihan aku buat tahun terakhir di Nottingham yang bermula selepas cuti musim panas. Bertahun lama belajar jadi robot, syukur dapat pilih module yang ada minat aku ! 





P/s : Pejam celik pejam celik, tinggal satu assignment, lab report dan presentation
         Pantasnya masa berlalu, moga ada yang terkesan dihatiku.


Sunday, April 27, 2014

Talking to the Moon?

السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Talking to the Moon, try to get to you.
In hopes you're on the other side, talking to me too. 
Or am I a fool, who sits alone, talking to the Moon?



Saturday, April 26, 2014

Kerja



السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Baru - baru ini, aku ada dapat panggilan daripada beberapa buah syarikat untuk kerja sebagai latihan praktikal. Dalam soal jawab bersama wakil syarikat tersebut, dalam hati ini ada ragu - ragu. Bolehkan aku ? Mampukah aku bekerja ? Selama aku hidup, aku bukan jenis yang suka terikat dengan peraturan, lebih suka kerja secara fleksibal.  

Bukan apa, cukuplah dengan beberapa orang yang aku lihat dengan mata sendiri. Di surau berdekatan, sini ada tinggal pasangan muda, diam di rumah besar sejajar kawasan tersebut. Apa aku terlihat, saat orang lain berpusu - pusu menuju solat Subuh, mereka bersiap - siap keluar mencari rezeki. Saat orang lain tersenyum selesai solat Maghrib, baru kelihatan kereta masing - masing parkir masuk halaman rumah. Lihat pakcik aku pula, walau pangkat besar, belum jamin dapat pulang awal melihat anak - anak dirumah. Terkadang pulang lewat, saat anak kecil sudah lelapkan mata. Allahu. Teringat pula kisah Kak Ya, pernah mengadu, sewaktu di KPMG pernah 3 hari tak tidur dek kerja !




Aku fikir, bukan aku jadi seperti mereka. Kerja separuh hari buat mencari rezeki. Ikut aku, cukuplah hidup besederhana, tak perlu terkejar dunia sehingga diri yang terkorban. Maksud aku, kalau dikejar pangkat, wang ringgit atau harta, hatta kerja sehingga tua uzur pun belum mampu puaskan nafsu. Kan baginda pernah bersabda;


"Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, 
tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, 

dan sama sekai tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain TANAH (yaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat."

Muttafaqun 'alaih. HR. Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048




Jangan nanti aku lalai kejar dunia, sedar - sedar aku di kuburan sana. Pernah juga mengadu perkara ini depan ibu. Katanya ringkas bersahaja


" . . lain Mi. Kamu belum ada tanggungjawab lagi. 
Tunggulah ada anak bini nanti. ."



Mungkin, perasaan ini tiba tatkala aku masih bujang lagi, tiada tanggungan ? 
Hmm


Apa - apa pun, biarpun aku berkorban demi seseorang pada masa hadapan, jangan sampai aku terkorban. Biar penat mengejar dunia, asal aku tetap berlari mengejar akhirat. Biar nafas lelah, asal hati tersenyum gembira !




P/s : Hectic week, next week, followed by spring exam. 
       Tired and I can't wait for my summer break !

Sunday, April 20, 2014

Kata orang





السلام عليكم و رحمة الله و بركات








Kata orang, lihat lautan tulip tu rasa macam lihat taman syurga, syurga dunia.







Kata orang, Alps ada dua benda yang terbaik, pemandangan dan snowboarding 
walau noob macam mana sekali pun !






Kata orang, Yellowstone tu tempat menarik walaupun terpendam bom jangka !






Kata orang, skydiving di New Zealand tu best sangat walaupun terasa darah berderau thrill !





Kata orang, memang nampak seram, tapi bungee jumping kat Queenstown is a must !





Kata orang, Malaysia pun apa kurang ? 
Pulau Manukan tempat diving paling menarik yang pernah aku dengar setakat ini.





Kata orang, Pulau Mabul sana dapat mengajar kita erti syukur.






Kata orang, kalau study kat Espana, memang tiap tiap minggu tengok match dekat Santiago Bernabéu.







. . . ataupun tengok sendiri Yaya Toure main di Etihad Stadium. 




Dan kata orang, simpan sahaja segala benda idaman sebegini takut suatu hari nanti termakan diri. Kata orang, menarik mana sesuatu perkara, tiba saat kau sendiri tertanya - tanya akan perkara tersebut. Kata orang putih, first thing first, ada sahaja priority case datang di tengah jalan. Kata jalan takdir, aku terlalu jauh mencapai semua. Kata pengalaman lalu, biar terubat luka, parut masih ada. 


Ah biarlah!    

Hatiku kuat berkata, aku ingin kedua - duanya ! Kata orang arab, man jadda wajadda. Sebab kata mak, buat lah segala perkara, asal bukan bertentangan suruhanNya.





P/s : Kata baginda, manisnya iman terpancar dari muka. Kata janji tuhan, syurga itu indah belaka. Kata tujuan hidup, itulah yang paling utama !










Sunday, April 13, 2014

Jumaat lepas





السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Mata melilau, melihat segenap ragam manusia dari mata kaca ini. Alhamdulillah, rata - rata para lelaki disini menjaga adab dengan memberi tumpuan penuh mendengar khutbah tanpa sebarang bicara. Kalau riuh pun, datangnya dari kawasan saf anak - anak kecil, menjadi refleks buat para bapa untuk mendidik adab mereka ketika berada di perkarangan masjid, lebih lebih lagi bila khatib memberi khutbah. Sedang menanti giliran buat mengambil wudhuk, aku terpandang para jemaah berteduh dibawah kanopi. Namun aku percaya, pasti panas dibawah sana, tambah pula tiada kipas. Kilas mata memerhatikan seorang pakcik, bermasam muka. "Kenapa pakcik ? Tak tahan panas ke ?", desis hati kecilku. Boleh jadi pakcik tersebut tempang dek penyakit bila dia terpaksa duduk di atas sebuah kerusi mudah alih dibarisan hadapan sekali. Tiba - tiba ada seorang budak lelaki berseragam sekolah meletakkan sesuatu di sebelah seorang pakcik. Eh, apa tu ? Eh, sejadah kecil ? Buat apa ? Bukannya ada tikar memberi alas kepada jemaah lain melainkan budak tadika berbuat lapik dengan sejadah itu tadi. Sedang kepala ligat mencari jawapan, ada seorang remaja bangun dari safnya, dan berbetulkan sejadah kecil itu tadi. Dia meletakkan sejadah tersebut, sebagai alas kaki bagi pakcik tersebut !


Now everything makes sense !




Patutlah tadi pakcik berkerusi itu bermasam muka, kakinya mungkin sakit menahan panas jalan tar yang tiada berlapik itu. Budak kecil tadi mungkin malu menyatakan hasrat sebenar dengan hanya meletakkan sejadah kecil itu disebelahnya dan persoalan terungkai bila remaja tadi membetulkan kedudukan sejadah kecil itu. Ah, nikmatnya terasa bila melihat unsur ihsan depan mata ! Jujur aku terharu dengan tindakan mereka berdua, masing masing punyai usaha dan niat yang baik. Kalau aku sendiri sudah rasa gembira dengan mata berkocak,  apatah lagi pakcik tersebut yang mula berubah riak, dada naik turun menahan sebak. 

Terpanggil kembali hadis pendek dalam ingatan;



"Allah akan senantiasa menolong hamba 
selama sang hamba tersebut menolong saudaranya." 


HR. Muslim : 2699


Aku mula terbayang bayang akan apa pertolongan menanti buat dua anak muda tersebut. Sedangkan aku yang bersimpati dari jauh sahaja, Allah sudah titipkan perasaan gembira dalam hati, pasti balasannya nanti melebihi akan apa yang aku rasa kini.


Seronok lihat orang berbuat kebaikan,
paling kurang aku sedar, masih ada 'harapan' buat ummah.
Semoga Allah berikan hidayah buat kita semua,
agar segala kebaikan dilakukan secara istiqamah.
Amin.







P/s : Bangun bangun tidur, ada dapat posto berisi ini;




Thanks mate !


Dan siang tadi spend lagi BR1M, rasanya dah RM400 duit baucer habis. Yeap, RM400 duit baucer, dengan RM 350 balance. Untung jadi orang suka membaca ni, dapat lebih.




Jumpa ini kat MPH, Bangi Gateway. Tak sangka Rooftop Rant ada lagi dalam pasaran, buku lejen pengubah aku tu !

Sunday, April 6, 2014

Catu air



السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Jumaat lepas bermulalah giliran zon sekitar Semenyih menerima catuan air daripada Syarikat Syabas. Beruntung pihak universiti awal - awal lagi memberi peringatan melalui email, kalau tidak aku lah orang yang terakhir sekali sedar akan perkara program ini -_- Cuma hati aku tergelak kecil bila mendengar ramai yang mengomel di laman sosial, tak kiralah di muka buku atau berkicau sana sini. 


Kes 1 :





Hmm, boleh jadi ini pengalaman pertama kali buat 'mat saleh' tersebut ? Tapi beli sampai 5-6 bekas macam melampau je ? Ehe.





Kes 2 :





Hahaha ada benarnya juga. Boleh jadi tetiba air simpanan habis ? Mau tak haru dibuatnya ? Kena recap balik cara berinstinjak ni. Nampak tak hikmah tiada air disitu ?




Aku ?

Entahlah, apa yang aku teringat cuma kisah kisah lama sewaktu aku kecil dahulu. ( link : sini ) Terkadang sampai menadah air hujan. Ada juga ternanti nanti hari lori membawa bekalan air buat penduduk sekitar. Saat itu, mungkin aku sendiri bermasam muka dengan nasib yang dihadapi ataupun paling tidak aku merungut bila mengangkat berbaldi air berat.  Bila sudah ada pengalaman sebegini, aku pula yang tersenyum bila mendengar rakan rakan yang mengomel sesama sendiri. Tidak hairan, bila kita merungut kehidupan sebagai seorang pelajar, seorang anak dan seorang remaja dihadapan ibu dan bapa, terkadang mereka senyum sendiri bukan ? Yang dinantikan adalah sebuah jawapan, dibalasnya cuma sekuntum senyuman. Dan baru kini aku mengerti disebalik senyuman tersebut. Apa yang cuba aku sampaikan, pengalaman lalu, suka atau duka, membuatkan kita pada hari ini. A calm sea does not make a skilled sailor. Detik beginilah kutip pengalaman buat bersedia pada masa hadapan. Kita kena senantiasa memandang sudut yang positif walau beban yang dihadapi berat sekali. Janji Allah ;




“. . .Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, 
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Surah al-Insyirah: 5-6)


Ada sahaja orang yang belum mengerti apa - apa sedang kau sudah laluinya berbelas tahun dahulu. Mohon memberi tunjuk ajar kerna Islam ajar buat kita eratkan kasih sayang melalui salam dan nasihat, bukan begitu ? Paling seronok sebenarnya bila seisi rumah menggembleng idea dan tenaga dalam mengurus isu ketiadaan air. Bila ada hubungan saling membantu, meleraikan isu buntu, mudah capai kata sepakat, kan itu maksudnya hubungan sesama ahli rumah semakin erat, tanda seisi rumah ada berkat ? :) 



P/s : Dengar khabar dari mak, abang aku nak kahwin dah. Nak join satu kenduri boleh ? Jimat sikit. Eh.