Saturday, January 1, 2011

1st JANUARY 2011. 1/1/11

Malasnyaaaa nak edit balik post nih. Mau makan 2 jam nih, cerita hari nie, panjangkan botak?

=_________________=

Senang cerita, hari ini aku banyak habiskan masa tidur dan mencari kerja :D


1245 :* Vrrrr * L7i aku vibrate. Mataku buka perlahan-lahan,

D-SIM, nak cari keje tak?

Dengan malasnya aku balas,

Jap lagi, kita pergi dengan Hanif.

Penatnya, kuselubung tubuhku dengan selimut kembali.

1601 :* Vrrr * L7i aku vibrate lagi. Siapa pula nie~ Aku tekan butang hijau pada papan kekunci henset,

Hoi! Cepaat arr, sembang nak keje.

Haish, mamat nih, potong stim betul =='

Iye - iye,
Heyyy.. bila nak pergi ?
Pas asar okey? Solat dulu~
Set.

Target kami :

1st.
PasaBina di PasaBina Emas Mall

Kenapa ? Alah, dekat jea pasaraya nie. Ikutkan dulu, selalu berbasikal ke sini untuk bermain badminton sebab ada gelanggang sewa di tingkat atas. Mula - mula, ligat pulak aku fikir, macam mana nak cari kerja nih ??? Hah ! Kalau tak silap, biasanya ada ditampal vacancies advertisement pada information board, and we went looking forward. Jumpa, tapi yang ada. . .

Promoter Bahagian :
Kasut
Pakaian
Makanan.

Cantik nih! , kata Aizad sambil tersenyum

Tapi masalahnya,

Ish, sape nak pergi tanye nih? Segan laa,
Kome laa pergi,
Farid, trylaa..
Segan weihh..
Jom carik mak cik tue sikit, baik sikit.
Okey Aizad,

Aku segan weyh! Aku makin lama, makin mengurangkan langkahku, sedar - sedar Aizad dan Farid dah tanya seorang mak cik kat dalam pasaraya tue. Tiba - tiba, Aizad berpaling dengan muka.. Apa tue? Masam ?

Jom arr bla, macam taknak kasi kite keje jea.

Hahaha, inikah dugaan mencari pekerjaan mulia?! Keluar keluar, alamak. Hujan, naik motosikal jea tadi. Nak taknak, kena laa tunggu hingga hujan reda.






Hah, kita orang melepak macam orang takde kerja, ahaha. Eh, memang tak da kerja pun ==' Dahlaa pening memikirkan pencarian pekerjaan nih. Tapi,ada hikmah kowt hujan nie, sebab teringat pula kat Faizatun dah ada pilihan kerja. Kenapa tak tanya dia ? Message in and out jela sepanjang petang tue, tanya macam - macam , sekali dia beri idea bernas, kerja kat hotel! :D Tenkiu Tun! Sayang ko, hahaha

Dan lepas magrib * tak sempat yasin hehsss * , terus keluar, bawak Hazmi sekali.

Laaaa, pergi mane lak nih?

Farid menjawab,

Moto aku haus, nak minum katanye,

Hahaha, Farid farid.



Secara tidak langsung,

2nd.
Shell Pasir Putih kami tujui. Selepas selesai isi minyak,

Makin lebatla pulak hujan nih, aku terlupe bawok baju rider aku,
Erm, pergilah balik dulu, kteowg tunggu kt sini.

Lama menunggu Farid. Bak loghat orang Perak, kami melenggut je laa kat situ, tanpa buat apa - apa. Sekali. .

Aizad! Tue! Tue!
Ape die?
Aku jumpe keje kosong!
Mane ang nih?
90' ko...

Terpampang banner besar gila kat pagar milik Shell, tertulis JAWATAN KOSONG STESEN MINYAK SHELL. SILA HUBUNGI..bla..bla..bla.

Segan sangat..
Aizad, aku pandang dinding. Ko sebut nombo shell tue cepat..
Hahaha, okey2..


..... tulis nama dan kad pengenalan, nombor telefon sekali~

Dah dapat satu tempat! :D My first attempt ever! Yeaahaa! Seronok tak terkata! Hehehehe.. Ceh, tapi bukan secure dapat tempat ke tak =='

3rd.
Heyyy, basah-basah kite pergi The Store nih, Aizad mengeluh.

Tempatnya, taklah jauh sangat memandangkan kami tahu selok-belok laluan pintas ke sesuatu tempat dalam Bandar Ipoh. Lagipun, bukan besar sangat pun Ipoh nie jika dibandingkan Kuala Lumpur -.- Ketandusan idea, dan segan bertanyakan jawatan kosong, aku cadangkan agar naik dahulu ke tingkat atas bahagian pakaian.

Wah! Ramainye! Pahal nie?

Ada sale kott! Baju Cheetah yang lawa boleh dapat bawah RM20. Pergh, ikutkan nafsu satu lori nak angkut balik. Haha,

Kome nie, nak keje taknak?


Hazmi tegur kami bertiga. Aku tengok Farid, Farid tengok Aizad,haha.


Mintak keje pun segan..

Tanpa sempat kami membalas,

Bang, sini ada kerja kosong?

Seorang promoter bangsa C ditegur Hazmi. Aku.. kagum dengan Hazmi, kerana muka tembok yang bertempat! Ingat lagi masa aku nak beli eye piece earphone, masa tue nak beli pun segan!!! Hazmi jugak laa saviour aku, pada hari tue dan hari ini juga :) Dah set satu tempat, walaupun aku, Farid dan Aizad department lain - lain. Hazmi? Dia dah kerja, dan.. bakal menjadi wira negara di Sg. Bakap, Pulau Pinang! Hahaha. Ajak dia keluar pun, sebab nak pujuk dia. Kata nya, aku yang sepatutnya satu kem bersamanya, ditinggalkan begitu saja atas alasan kesihatan aku. Memang aku tak boleh buat apa - apa atas nasihat doktor tambahan pula, mak aku nak tahu sangat result penyakit aku nih, dah masuk 4 bulan kowt! Dah. Back to The Store. Tak kisah la department lain - lain, asalkan ada kerja mulia :) In fact, aku bawah amoi cantik kowt dan bekerja dengannya sehingga Hari Raya Cina! =P Kalau lepas Isnin depan, boleh start kerja 18hb Januari ini :D

4th.
Kome nak ke kerja Econsave nih? Aku tak lalu,

Tegur Farid. Aku lihat persekitaran pasar raya tue, kotor. Tak pelah, kita cuba jelah.
Then, kami isi borang mintak kerja. Ada baca syarat nya, yang leceh, kena buat ujian kencing sekali ==' benci arr procedure melibatkan hospital/klinik nih. Dah bosan pergi tempat sewaktu dengannya tue! Tapi yang lawaknya, masa isi borang kerja tue lah.

Aizad : Eh, die ade mintak keje yg dipohon laa
Farid : Hmm..
Aizad : Nak tulis ape nih D-SIM ?
Aku : Jawatan ape yang ade haa??

Ligat aku memikirkan..

Aku : Ha!!! Ikut ape yang aku tulis,

Anak mata Farid dan Aizad melirik dakwat mata pen ball atas kertas aku ,yang dipijam dengan Uncle jual henset,ahaha terima kasih uncle!!! :D

Aku tulis ... Selain CASHIER.
Farid merungut,
Aku taknak jadi CLEANER, nanti kerja dengan bangla.

Aizad : Hhahah, ha'a erk.
Aku : Hehe, okey... aku nak tulis...

SELAIN CASHIER DAN CLEANER. SSsssiap! =p

Hazmi : Gaji ko tulis brape mie?
Aku : Jom try MELEBIHI RM1000
Hazmi : Hahahah, mak! Kerje tak seberape ade hati nak lebih RM1000!
Aku : Hehe..

Aku padam, tulis balik..

MELEBIHI RM800.

Okey laa kowt, nie dah melebihi daripada yang sepatutnya. Lagipun, kami cuma lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan SPM. Itu jelah 'tahap' maksimum untuk golongan macam kami, huhu.

5th.
Mostly hotel di Ipoh buka ' jawatan kosong ' pada hari Isnin. Waktu kerja.
Syuen, Excelsor, Caserina, Impian dan Heritage. Aku harap sangat dapat kerja kat hotel. Senang, lagipun bukan ramai sangat pelancong kat Ipoh nie. Takat function kat restaurant dan ballroom jela yang selalu ada. Malah, dah banyak belajar protokol dan etika sewaktu di bumi ASiS. Tak salah kalau aku mengaplikasikan semula ilmu aku tue. Sebelum ' berhenti ' cari kerja di hotel last Caserina..

' Simi, tengok tuee '

Farid memuncungkan bibirnya kepada sebuah bangunan di sebelah kiri jalan.Wow! Tak sangka pulak ada San Francisco Steakhouse kat Ipoh nie. Bila boleh rasa nih?

' Nanti, first gaji kita makan sini ' kata Farid.
' Set! ' aku tersenyum mendengarkan first gaji.

Kerja pun belum start lagi! Hahaha




Sebelum balik, isi perut dulu. Aizad mula keluar lepas magrib tadi dah merungut lapar. Akhirnya, dalam jam 2300 lebih, kami memilih untuk makan di Dataran Ipoh. Bagi kami, inilah tempat 'biasa'. Datang Ipoh, sebut jea dataran mesti penduduk tempatan dah membayangkan pelbagai gerai makanan di bawah kanopi masing - masing. Sebut jelah menu ape yang nak, seafood ada * mahal sikit,sebab Ipoh ke laut 7okm * sate, perghhh sedap! Jus strawberi, masakan barat pun ada! Ehem, kalau rajin hembus, perkhidmatan syisya pun boleh masuk dalam bil makanan,haha Kebanyakan gerai di sini menyediakan makanan yang panas dimasak. Malam nie, aku belanja Hazmi bersempena keberangkatan beliau ke PLKN beberapa hari jea lagi! Haaha! Erm, lupa nak belanja birthday dia pun. Kira belanja 2-in-1 lah,hehe.. And, I chose Nasi Goreng Pattaya. Lapar nasi tadi,hehe.. Seriously, sedap!




Berikutan masa sedang merangkak masuk hari Ahad, seperti minggu - minggu lepas, terdapat suatu ' pameran ' kereta di Dataran Ipoh berhadapan Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh. Sebenarnya, kalau ikutkan.. lagi lewat malam, lagi banyak modified car macam gambar di atas dan juga kereta sport mewah. Pernah aku datang sini jam 0100 dengan kawan - kawan semata - mata ingin mencuci mata ( peliknye ayat ==' ) dengan pameran percuma ini,haha. Aku..cuma suka dengar bunyi dentuman muzik daripada pembesar suara yang diubahsuai masuk ke dalam kereta tue jea.. Bunyi bass die, kuat nya cukup membuatkan para hadirin merasaikan degupan jantung yang lebih pantas walaupun beratus meter jaraknya! Jantung berdegup kencang kowtt! Aku suka bass..sangat..sangat.. Syukur lah, mak aku berikan Home Theater + Sub-woofer padaku semasa Form 3. Memang aku setup bunyi bass sekuat mungkin! Weeeeha!!! Masyuk kowt layan lagu Dota dan Jumper! Kalau main Call Of Duty terutamanya Modern Warfare 2, perghhh! Macam tengah berada di medan pertempuran! Bunyi efek dia real!

As I expected, It's impossible to go bed early as I'm blogging for more than 2 hours :) Start about 2.30 am something, and Subuh prayer is a few minutes away,haha. And I've got driving license class to attend at 9 in the morning ==' Btw, Assalamualaikum and Good Morning yaw! :D

pss : sume gambar pure, x edit. nak cantik edit sdirik :)


6 comments:

  1. ala cite jelah smtnhg happen ary nh ^^

    ReplyDelete
  2. boleh masuk pertandingan essay.BHAHAHAHAHAHA. =P

    ReplyDelete
  3. eh kejap kejap. tu cincin yg jatuh dlm ehem ehem kat ospital tu ek. smartt!

    ReplyDelete