Friday, April 29, 2011

Cerita kami sekeluarga Sabtu lepas :')

Assalamualaikum.
Mood : Happy gile ! Sebab dapat tengok gak Scream4 tadi ! :D
Muzik : Boyzone - Picture of You :P

Haihaihai. Sebenarnya sabtu lepas punya acara nih. Yeap, aku tak sempat nak update cerita ini berikutan masa nak upload yang agak lama ( internet aku lembab), dengan temuduganya lagi, cop sana cop sini, haihhhhh. Baru jea aku sampai dari Bangi hari tue, mak aku dah pesan awal - awal Sabtu 23 / 04 / 2011, jangan sibuk - sibuk nak pergi kemana - mana sebab ayah aku ada pelan dia sendiri, nak pergi Lumut makan - makan kat sana :D Main purpose sampai nak pergi jauh - jauh, nak raikan keputusan SPM aku, huhu Aku okay, seronok adala. Boleh ambil gambar, dah lama terperuk dalam almari DLSR tuh, hahaha. Dan, boleh memandu ke sana, pakai kereta mak :P 

Lepas solat asar, kami sekeluarga siap - siap. Kena bertolak awal sikit sebabnya kena ambil abang aku dulu, dia sebulan tak boleh balik dari Kolej Komuniti MARA, Sri Iskandar, hahahahahha aman hujung minggu aku wei ! XD Kira ambil dan hantar balik malam nanti laaa... Dah ambil abang aku, aku terus meluncur laju ke Teluk Batik. Ikutkan hati nak ke Lumut jea terus, pergi ke Jeti Lumut ke. Tapi kalau tak silap, mana ada pantai kat Lumut, maksud aku kat Pekan Lumut, baik aku pergi ke Teluk Batik, Teluk Rumunia ke. So, at least I can feel the sand between my toes. Dan aku memilih Teluk Batik :)) Sebab pertamanya, paling dekat dari jalan utama ( tue pun mak yang tunjukkan jalan, kalau tak entah kemana aku melencong -.- ) Kedua, dah nak magrib, kena kejar masa ! Hohoho Sampai - sampai sana...

Eh, mak.. betul ke Teluk Batik nih ?

Laaa, betul laa.. Kan ada papan tanda kat luar kawasan ini tadi..

ALAMAK ! Silap pilih lokasi, tak nampak matahari terbenam disebalik bukit tue ! 

Adessss, hancur pelan aku ! T.T Tak ape lah, memandangkan dah sampai sini, ambil jelah peluang yang ada kannnn.. Ini ada sedikit gambar yang sempat aku ambil...











Awal aku sampai sebenarnya aku terus terjah aiskrim roti, hehe Kempunan laa katakan, tapi mahal gila kowt. Roti nipis dengan 3 skop RM2.50 :O Mintak semua cokelat, kasinya pandan campur vanilaa. Ade laa sikit portion chocolate, huh.  Baek aku tambah 20sen pastue beli Cornetto Royale Chocolate, sedap pun sedap -.- Apa yang dapat aku perhatikan, Teluk Batik yang berlokasi dalam 70km dari Bandar Ipoh ini dah banyak berubah. Jauh berbeza dengan sebelum ini - okay, masa itu aku baru darjah entah berapa, tak heran sangat kalau ada berubahan besar :P Betullah cakap Iqbal anak manjung kat sini, dah banyak berubah. Dulu aku datang ada laa dalam 2 blok bangunan kedai dengan kawasan tempat letak kereta yang sempit dan tak terurus, beruk kera cimpazi berkeliaran mencari burger atau hotdog, menyakat pelancung mat salleh. Tak lupa, aku nampak kera atas kereta orang -.- Masa itu, aku kecil sangat laaa... Atok aku pun ada sekali masa tue, mandi pantai bersama dengan keluarga Pak / Mak Cho. Aku rasa, aku last mandi pantai kat sini laaa, hahaha Sebab aku tak suka tertelan air masin -.-' Pastue nak bersihkan kaki lagi, nak mandi air bersih lagi dan kalau nak tahu, pantai lagi kotor daripada sungai, hoho Tak percaya sila selak balik buku sains tingkatan 3 O.o Kembali kepada Teluk Batik, terdapat banyak kemudahan disediakan, bangunan baru, pejabat pertanyaan pun ada. Luas juga dataran Teluk Batik, siap banyak lampu didirikan bagi memudahkan pergerakan para pengunjung pada waktu malam. Tempat letak kereta banyak, paling best, banyak kedai cenderamata woooo :DDD Tapi satu hape pun aku tak beli, ehem, iman membeli - belah aku terkawal laaa B)

Ingat lagi tak gambar yang aku ambil kat Marina Island bulan lepas ? Selepas sahaja aktiviti aku farid nasir dan hazmi masa itu, aku pergi jumpa Iqbal kat Tesco Manjung dan membawa kami semua ke Gerai Char Kueh Teuw ( aku sumpah tak tahu nama sebenar kedai tu ==' ) Gerai tersebut terletak berhampiran Teknik Manjung, berhadapan SMK Seri Manjung. Ikutkan gaya kedai tersebut, hanya dibuka pada waktu malam. Dan makanan utama gerai itu Char Kueh Tuew sememangnya sedap ! Kueh Tuew dia banyak, pekat pulak tue kuah dia. Harga takat RM3.50, harga biasa yang boleh didapati kat restaurant tapi tak tertanding keenakannya. Sepanjang hidup aku, inilah Char Kueh Tuew yang paling sedap ! Huhuhu ( melelah dah air liur aku teringatkan setiap suapan kueh tuew tuh, sllerrppp.. ) 

Dalam perjalanan ke gerai tersebut, ehem, biasalah kalau aku cakap aku tersesat. Ingat - ingat lupa pulak cara nak ke sana. Dalam perjalanan aku, aku sampai ke suatu tempat yang aku boleh nampak Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung. Fuiyooo ! Dari jauh boleh nampak bangunan gergasi tuh, dengan lamu yang menyala, menampakkan bentuk stesen arang batu itu walaupun dalam gelap kepekatan malam. Haihs, buat HDR seronok gila tuh. Silap masa dah suntuk, tak boleh buat apa - apa. Tengok jela dari jauh :s



Aik, tadi cakap gerai..nie dah macam restaurant ? Hehehehe, yeap, memang restaurant  :) Gerai yang aku nak pergi tue tutup owh malam tue, agak kecewa arr..maksud aku kecewa gila T.T Tak apalah, kat restaurant ini ada menyediakan makanan laut segar, apa orang putih cakap.. Fresh Seafood ? ;p Memandangkan mak aku tak makan daging ayam dan aku suka makan ikan bakar, kiranya restaurant makanan laut ini pilihan terbaik kami. Nama restaurant ini.. Seri Manjung Semangkung Kangkung Nangkung hapa entah, panjang sangat nama dia. Susah nak hafal, kira dah kurang bahan entry kali ini, huhuhu Restaurant dia terletak di tepi jalan besar dari Lumut ke Pekan Manjung, boleh perasan laa kewujudan restaurant ini walaupun sedang memandu. Nampak ikan segar bugar, haishh tak sabar rasanya nak makan ikan bakar. Jadi, aku pilih ikan talapia merah buat ikan bakar, abang aku nak udang untuk masak sambal, adik pilih sotong bagi masak merah. Mak ada pesan sayur kailan, sayur campur kalau tak silap, dan ayah aku pesan tomyam beserta 2 bekas besar nasi, gila pelahap kitaorang nih XD  Masa kak hot datang ambil pesanan minuman, aku terpandang menu restaurant....


Hahahaha ! Tak pernah aku jumpa menu macam ini ! Nak kahwin? Nak bantal ? Nak ada saudara baru ? Nak ada rangkaian ? Nak derhaka ? Boleh jea tempah ! nanti 5 minit siap ! Hahahaha. Pelik sungguh Manjung nih -,-


Memandangkan waktu dah lewat malam, abang aku pula kena balik asrama cepat, malam itu ayah aku pula yang pandu kereta, alah kasi chance laa kat abah XP Boleh laa aku malas - malas kat belakang dengan perut kenyang, fuhhhh ~ Walaupun masa yang kami habiskan masa bersama tak sampai sehari, tapi aku rasa gembira sangat sebab dapat duduk semeja bersama. Biasanya, waktu macam ini hanya singgah pada Hari   Raya Aidilfitri jea, susah sangat nak bersama. Masing - masing ada hal :s Kalau ada percutian tempat jauh sekalipun, biasanya abang aku tak dapat nak menghadirkan diri. Haih, kan seronok setiap hari begini. Dalam kepekatan malam menuju ke Kolej abangku, mataku pejam, ku terlena dan segala gelak tawa gembira   terhenti disitu.

P/s : an eternal moment

2 comments:

  1. pahal gmbar kelabu bhai?xkn dslr kot...

    ReplyDelete
  2. lawak betoi nama nasi goreng tu.. XD
    msty sdap kann..?

    ReplyDelete