Monday, May 9, 2011

Universiti Teknologi Petronas ?

Assalamualaikum.
Mood  : -.-', sengal laa.. kenapa tak boleh muat turun Enemy At The Gate nih ?
Muzik  : Train - Marry Me.


Yeap, aku dulu ada pergi temu duga UTP, ingin aku maklumkan temu duga UTP berbeza dengan Petronas okay. Yang pertama, semestinya kalau berjaya temuduga Petronas akan dapat tajaan. Kalau berjaya UTP, nothing ! Cuma surat tawaran yang sampai ! ( melalui internet yeaaa ==' ) Temuduga UTP hari itu, aku kena bawa kereta sendiri sebab ibu bapa masing - masing sibuk dengan kerja. Pagi - pagi lagi dah kereta aku meluncur laju ke Tronoh, terletaknya UTP. Cuak juga mula - mula, ramai yang hadir kowt ! Ehem, cewek pun ramai :PP Alhamdulillah laa temu duga berjalan lancar, topik dia bagi pula tak lari dengan esei EST yang selalu aku jawab. Dengan lancarnya ( kowt ), aku memberikan isi - isi topik itu macam zaman budak 5 Bestari suka hentam esei EST dulu, hahaha. Aku rindu llife 5B laaa, tapi tak suka asrama -.-'

Okay, mula - mula aku nak cakap, alhamdulillah aku dapat tawaran Universiti Teknologi Petronas. Dengar cerita tak ramai yang dapat sebab ada quota bisiswa Petronas dan majoritinya adalah bidang kejuruteraan, aku pula tercampak kat bidang ekonomi. What the heck aku dulu pilih Business Information System ( BIS ) nih ???? Aduhhh, lagi serabut pula bila aku dapat tawaran ini -.-' Sejujurnya aku ada dapat tawaran Matrik, tempat aku adalah Kolej Matrikulasi Gopeng - alah, dekat gila. Taknak Matrik, aku rasa korang pun tahu kenapa kan ? UPU ? Aku dapat tawaran Asasi Kejuruteraan di Uitm Puncak Alam. Kedua - duanya kena mendaftar pada 23 Mei 2011 ini, dalam 2 minggu lagi. Tapi..tapi.. aku sebenarnya dah ada plan ( bukan memilih okay ! ) kalau dalam negara, UTP laa tempat aku nak pergi. Mungkin faktor nisbah tenaga pengajar dengan pelajar, jarak UTP dari rumah aku, persekitaran lahiriah dan batiniah UTP, malah tak sampai 6000 pelajar dari Asasi sehingga nak ambil Phd - privasi. Nak kata disebabkan senior, mana - mana universiti Malaysia pun ramai senior dalam dan luar negara, ada yang sebelum percubaan SPM lagi dah suruh aku ikut dia. Dan kalau nak tahu, MARA adalah harapan utama aku, kedua barulah UTP dan tiada ketiga. Memang, aku bergantung sangat kat MARA, nakkan biasiswa. Kalau UTP nie, aku bukannya bawah tajaan Petronas, tajaan Father And Mother ( FAMA ) adalah. Aku tak nak beban ibu bapa weiii... MARA pula bila nak keluar ? Dahlaa kena mendaftar UTP pada 19 Mei 20011, kalau dapat MARA - insyaAllah - tak perlu nak bazir masa dan duit demi UTP. Aku.. tak boleh buat apa - apa sekarang, sekadar berdoa dan bertawakal agar dapat MARA, hilang beban ibu bapa aku, dan impian aku sejak dulu lagi lebih mudah dicapai, Ir.Mohd Qhassimi Bin Mohd Nor Hamizi. Kalau ambil UTP, tak ke aku dah lari bidang aku dari kejuruteraan kepada ekonomi ? Mana mungkinlah nak capai Ir kalau dah ambil dan hidup dengan Business Information System degree. Aku taknak hidup dengan ijazah dan kerja yang aku terpaksa ambil bidang belajar sekarang! :(((( YA ALLAH, MARA PLEASEEEE !!!

P/s : Saat inilah, terasa lemah seorang hamba yang tiada letak apa - apa harapan melainkan kepada Pencipta-Nya.

4 comments:

  1. gud lak qhasimi/cimi/mimi/mi...
    ape2 pun name ko..

    ape2 pun name yg aku pena pggl..

    good luck..

    jgn lupe member2 k. haha

    ReplyDelete
  2. ho3...samehala tuju nak jadi Ir. hohoho.good luck with mara..btw mara result kluar 16hrbln..tggu jela...

    ReplyDelete
  3. all da besh ye utk mara tu.. x lmbt dh.. minggu dpn je lg.. sempat la tau result sblm daftar utp..:)

    p/s: ada yg ckp yg utp nie indah khabar dr rupa..

    ReplyDelete
  4. pada aku, it's better that u fulfil ur dreams on being an engineer rather than regretting it later,

    ReplyDelete