Friday, January 6, 2012

Mesej si dia.

" Bulu tangkis apa ya yang aku pukul tadi ? Lain benar rasanya. 
Timing jatuh lambat dari biasa, bila dipukul, tak blah pulak. "


Ligat bermain persoalan itu dalam kotak fikiran, sambil tangan terus menggoreng ayam. Tak boleh leka sedikit pun, kalau tidak mahu hangit ayam kumasak. Memang tak sesuai laa kalau Mat Jenin si suka berangan termenung jauh duduk di dapur. Haih, sedih juga hidup orang bujang nie. Nak nasi, tanak sendiri. Nak air, bancuh sendiri. Nak makan, masak sendiri ! Namun aku bersyukur, sebab di asrama Nottingham, aku boleh tetapkan jadual untuk cleaner datang cuci satu rumah. Dari sangkar tikus dalam almari, sampai ke lubang jamban pun diorang cuci ( hiperbola gila ). Setakat sapu sampah tiap-tiap hari aku tiada masalah, cuma part cuci bilik air atau mop lantai satu rumah yang sakit tuuu. . Senang-senang jea 2-3 jam habis kat situ, silap aku hygienic atau sekadar menjaga kebersihan apa yang sepatutnya ? Okay, sekurang-kurangnya, tak lah pack jadual hujung minggu kalau aku boleh jimatkan masa mencuci satu rumah bila mak cik - mak cik cleaner yang tuff sedia membantu, jimat masa aku, hehehe.

##

Frying pan sudah siapku basuh, makanan dah lama 'serah diri' atas meja makan, atau sebenarnya meja belajar yang aku sendiri ubah memandangkan tidak bertuan. Sayang melihat meja kosong dahulu, sedikit pun tidak berbakti pada manusia, yang dicipta oleh manusia untuk kegunaan manusia juga. Rupanya buruk sekadar cukup untuk menampung berat buku-buku ilmiah bukannya hiasan akuarium berkilogram namun fikir sejenak ; bukankah meja kosong ini juga kemudahan bagi aku ? Ibarat ilmu di sekeliling kita. Ustaz ustazah dengan ilmu agamanya, programmer dengan ilmu perisian ICT-nya, doktor dengan ilmu merawatnya, farmasi dengan ilmu ubat-ubatannya, seniman dengan bahasa puitisnya, chef dengan ilmu memasaknya. Masing-masing mempunyai kemahiran sendiri, amat mahir, masakan tidak bila sesuatu bidang itu dipelajari selama bertahun-tahun, itu tidak campur lagi waktu mereka mengaplikasikan ilmu mereka - waktu bekerja. Jadi untuk memanfaatkan peluang mempelajari ilmu daripada mereka tidak mustahil kerna semuanya bergantung pada tanganku ; mahu atau tidak mahu ? Jadi, kiranya meja kosong adalah sesuatu yang boleh aku memanfaatkan dengan nilai sebuah meja itu sendiri, dengan menjadikan mini-kitchen atau meja makan atau apa-apa sahaja asalkan aku tidak biarkan ia sunyi tak bersentuh.


Adil bererti meletakkan sesuatu hak pada tempatnya. 


Benar meja itu bisu, namun jika mampu bersuara, tentu dia merayu untuk gunakan dia sebaik mungkin. Hak dia bukan untuk diabaikan, tetapi digunakan sebaik mungkin.


 ". . Berlaku adillah. . "
Al-Maidah, Quran [5:8] 


Aku kena memanfaatkan perkara disekeliling aku Ini cara aku bersyukur, bersyukur dengan kemudahan yang ada, kemudahan yang datang dari Allah S.W.T jua. Moga hidupku dirahmatiNya dengan menjaga perkara sebegini.


Beep ! Beep ! 




Ah,sudah. Mesej masuk. Pasti itu mesej. Tanda sudah 3 minit masuk, atau 6 minit lalu atau selang 3 minit seterusnya ? Secabuk-cabuknya pun telefon bimbit yang aku miliki ini, ada satu fungsinya cukup untuk menambat minat aku kepada fon keluaran Motorola ini, iaitu reminder beeps. Katakan seharian tinggalkan telefon dalam bilik, sampai sahaja rumah tak perlu periksa fon, tunggu sahaja telinga anda menangkap bunyi BEEP, tandanya ada mesej masuk atau missed call, atau kedua-duanya sekaligus. Siapa yang hantar, itu masih belum ketahuan. Apa yang pasti, bunyinya cukup nyaring sehingga terbantut situasi aku yang sedang berkira-kira untuk makan. Memandangkan bunyinya akan berulang dalam masa 3 minit lagi, baik aku dapatkan telefon bimbit sekarang juga. 


2 message received.
Read ? 
Enter password : **** ( like I'll tell y'll here :P ) 


Jariku bermain di atas pad kekunci.


" Ntah. . Bla, bla, bla, bla, bla. . . kau google jea. "

From : N***** Notts 


Kututup mesej dari dia, hati kecilku mengomel ;

Sejam aku tunggu kau balas, kau suruh google ?
Kalau last-last suruh google baik tak payah cakap cik oiiiii. 
-..-

Tiada rezeki laa tu ; cuba kupujuk diri sendiri. Lantas kutekan butang bawah, terus buka mesej lagi satu ;


Ahlan wahsahlan :)


Siapa pula yang rajin berbahasa arab ni ? Teman idoklee tahu nak balas, tapi bunyi macam warmth jea. Laluku lihat tanda nama dibawah mesej tersebut.. Ya Allah, tak sangka ! Ringkas sahaja bunyi mesej tersebut, namun bila dapat tahu itu dari si X, cukup membuatkan hatiku berbunga, terukir secebis senyuman pada wajah ini, walau sebentar tadi letih bermain badminton dan memasak. Tanpa dipinta, fikiranku terus memanggil waktu kita habiskan bersama dulu. Dalam sebulan lepas, sempat aku merasa masakan kau buat. Sempat melihat wajah ceria kau. Sempat bersembang berbual walau kau dan aku sedia tahu, I am a man with few words. Sempat aku melihat kau gelak ketawa tengok aku buat lawak bodoh dengan gaya paling annoying pernah aku buat dalam hidup aku. Habis sudah gelak, kau layangkan ayat 'Jerk' padaku. Sempat juga kita bergaduh manja, perkara biasa. Sempat aku belikan choc wafer  kesukaan kau, Kit kat kan ? Itu pun kegemaran aku.  Sempat kita bersua sebelum aku kembali ke Notts, dan aku sedia maklum, kau pun akan ke suatu tempat yakini tempat yang akan membawa kebaikan kepada engkau. Sayang waktu kau berangkat pergi, aku di sini, di bumi orang yang dahagakan ilmu. Ikutkan hati, seribu satu soalan aku nak tanya kau ;

sihatkah ?
makan minum terjagakah disana ?
sana kawan baik-baik ?
seronok hidup di sana ?  

Yea, memang aku rindu kau. Perasaan itu tiba-tiba timbul sejak aku tahu kau keluar dari Bandar Ipoh for your good sake. Namun, terus aku tutup mesej dari engkau. Dalam banyak-banyak soalan yang terfikir, tidak tergerak pun hati untuk membalas mesej kau. Terus aku ke meja makan, mencapai apa yang patut. 


Maafkan aku. 


Aku tak bisa membalas mesej itu. Ini cara aku sayang kau, adik. Jangan salah anggap. Kau yang pertama kali keluar melihat dunia luar, bukalah mata kau seluas-luasnya. Perhatikan cara hidup dan tingkah laku orang di sekeliling engkau. Carilah ilmu hingga kau dapat pastikan apa yang baik, dan apa yang buruk. Nilai sendiri apa yang patut ditegah, apa yang perlu dijadikan ikutan. Cuba belajar hidup berdikari, tanpa mak, tanpa abah di sisi. Jujur aku dulu pernah homesick waktu di SBP, 2-3 bulan dengan demam bagai. Sekarang, kau mengertilah sendiri maksud ayat itu. 

Biar kau tahu apa itu rindu bila berjauhan dengan orang yang selalu dampingi kau dahulu. 
Biar kau menghargai orang tersebut, ibu bapamu sendiri. 
Biar kau rasa ralat terlepas bermacam berita orang nun di kampung,
Biar itu membuatkan kau ingat pada mereka setiap masa. 
Bila makanmu tak seselera di rumah, biar itu membawa rasa lidahmu kepada masakkan mak.
Bila di sana serba kekurangan, biar itu buatkan kau terfikir kemudahan lengkap di rumah sendiri. 
Bila terasa susah, biar ingatan kau tersingkap saat ibu dan bapa sedia membantu.
Bila waktu sebelum kau tidur, baru kau terfikir - mereka selalu susahkan diri untuk aku, no one else.
Bila saat kau terfikir itu, baru kau mengerti pengorbanan mereka selama ini, yang kau sia-siakan.




Adik, aku dalam diam pun cemburu. Cemburu kerna kau dapat kejar ilmu akhirat dengan lebih mendalam, di sana. Aku nak, tapi kesihatan tidak mengizinkan waktu aku lapang dahulu. Jadi, manfaatkan setiap detik kau disana. Belajar selagi mana kau mampu. Jika aku selalu ingatkan kau, nanti kau pula yang tegur aku. Jika aku selalu terangkan sunnah yang menjadi ikutan orang mukmim pada kau, nanti kau pula perincikan itu. Jika aku selalu ajak kau berjemaah, aku berharap kata-kata itu terbit sendiri dari mulut kau. Aku nantikan engkau yang baru. Aku meletakkan harapan tinggi pada engkau yang baru. Besar harapan itu, jangan kau musnahkan harapan itu. Moga perjalanan kau di sana menemui hidayah Allah. InsyaAllah. 




Tatkala dikau terbang tinggi
menerjah langit Ilahi 
demi cita dan niat suci 
Rusydee, 19 Safar 1432



Terbang lah tinggi adik, tinggalkan aku di sini. Kita ada perjalanan masing-masing. Sama-sama kita banggakan ibu bapa kita suatu masa nanti, baik duniawi dan akhirat sana. Pull each other to Jannah - the home of the hereafter. Cuma ingat satu perkara jea, yang aku sendiri pernah tuturkan jelas dihadapan kau : 


Abang mana tak sayang adik sendiri ? :)



P/s : Ape tu ahlan wahsahlan ? O.o  Jeles adik belajar bahasa arab -,- 

6 comments:

  1. ahlan wasahlan = selamat datang..
    kalau tak salah.. :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 berjauhan tu ada perlu utk kita merenung n memperbaiki diri kita.. =)

    ReplyDelete
  3. ahlan wasahlan - selamat datang.
    betul kata cik sarah atas nih.
    btw, it's ahlan wasahlan, bukan wahsahlan, lain maknyanya tu. just nak betulkan, peace no war :D

    ReplyDelete
  4. anon & khadijah : :)

    sarah : yeah, ade google hritue, btw thanks ! cume...mcm xkene jea msej slmt dtg =.=

    che qyll : betul tuu.. biar hidup kita diibaratkan seorang pengembara :)

    farhana : yeap, ustazah dlu slalu ckap..silah satu huruf pun boleh lain mkneny, thanks !

    ReplyDelete